BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 21 November 2012

Gencatan Senjata Palestin - Israel



sangat menyayat hati kerana aku juga seorang ibu. aku paham perasaan dan situasi dia. Disaat kita pasrah dan redha dgn situasi, tiada apa yg boleh kita lakukan. Hanya berserah kpd Allah. Dan janji Allah itu pasti, sesungguh nya pintu syurga telah pun terbuka utk Sahar Abu Al-Zoor dan anak2 nya.


Mahmoud Al Sammouni, 15 tahun berdiri seorang diri di kedutaan Amerika Syarikat, di Kuala Lumpur bagi menunjukkan tanda protes terhadap serangan rejim zionis Israel di Gaza,Palestine.
Cuba baca apa yang tertulis kat papan yang dia pegang tu "Why do you let same thing to happen again in Gaza?"
Why,why,why.. kenapa,kenapa,kenapa.. aku juga bertanya soalan yang sama pada diri aku sendiri. Kenapa harus berulang lagi? Pada aku macam seolah2 kita ni nampak ada perompak/orang jahat masuk rumah jiran sebelah dan hanya membiarkan perompak tu membunuh dan merompak mereka. Dan kita hanya membiarkan mereka berjuang sendirian dan mentuli kan telinga dpd mendengar jeritan mereka meminta tolong.
Mahmoud berkata "saya berharap orang akan mendengar suara saya dan Malaysia boleh bantu hentikan keganasan Israel. Bapa saya di tembak walaupun sudah angkat tangan sebagai tanda serah diri. Adik saya berusia 4 tahun juga di tembak." 

Tapi semalam, berita gembira telah di khabar kan kpd kita semua.
Alhamdulillah, Allah telah memakbul kan doa kita semua.
Satu gencatan senjata antara Palestin dan Israel telah berjaya dimeterai.

Antara isi kandungan Perjanjian Gencatan Senjata Palestin-Israel:

1- Israel akan menghentikan semua serangan udara,darat dan laut.

2- Israel akan membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudah kan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3- Hamas di kehendaki menghentikan serangan roket ke Israel.

4- Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan di laksanakan selepas 24 jam gencatan senjata berlangsung.

5- Mesir akan menjadi penjamin bagi gencatan senjata ini.


Muhammad Mursi - Presiden Mesir, telah memberi amaran keras kpd Israel jika tidak menghentikan serangan ke Palestin. Bagus nya jika semua pemimpin negara arab seperti beliau. 


Ada sumber menyatakan bahawa Israel enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka utk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis. Menurut sumber, kerajaan Palestin pula bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Syarat utk melepaskan sekatan ke atas semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu. Mesir berjanji akan membuka sepenuh nya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut. Persetujuan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.