BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Ahad, 18 November 2012

Burger Free?


Pagi ni bila aku buka fb, macam rasa pelik then sedih bila baca status dan komen2 orang muslim bergaduh kan beger free ni. Ada yang berkata "apa kena mengena beger free ni dgn  rakyat Palestin?" 
Dan ada juga yang menganggap usaha utk memboikot mcd ni satu usaha yang bodoh. Ada yang terlalu taksub hingga menganggap bahawa mcd adalah sumber kesenangan nya dan pemberi rezeki utk nya selama ini. Jangan, jangan cakap begitu, berhati-hati lah ketika berbicara, jangan sampai rosak iman. Ingat lah bahawa hanya Allah yang memberi kita rezeki selama ini. Allah memberi rezeki dan kesenangan kepada hamba2 nya yang di kehendaki.

Wahai saudara2 muslim ku, ini bukan beger free, ni beger yang di beli dengan darah saudara2 kita di Palestin. Di saat saudara2 kita sengsara dan menderita di sana masih sanggup ke kita nak menikmati makanan ni lagi. Kenapa mcd harus anjur kan beger free di saat Israel melancar serangan udara bertalu2 keatas Palestin. Ia hanya lah utk meraih perhatian dan melalai kan masyarakat islam tentang kesengsaraan rakyat Palestin sekarang ini. Dan pagi ini bukti nya mereka berjaya melalaikan dan memecah belah kan orang islam bila mana kita sesama sendiri bercakaran mempertahan kan pendapat masing2.

so shameful ;(

Aku selalu tegas dengan pendirian dan pendapat aku. Bagi aku hidup ini adalah mengenai pilihan. Kita sendiri yang menentukan pilihan hidup kita. Tapi kesian kan dengan rakyat Palestin, mereka tak diberi pilihan utk menjalani kehidupan yang mereka kehendaki. Tapi kita di sini masih mempunyai pilihan sama ada masih nak menikmati makanan di mcd atau henti kan terus sokongan terhadap mcd. Saat ini tentera2 Israel sedang menunggu keputusan menteri2 kabinet utk melancar kan serangan darat ke atas Palestin. Yup, mungkin menteri2 kabinet Israel sedang menunggu McDonald masuk kan dana utk membeli peluru2 dan roket2 utk membedil Palestin. 

Dan betapa benci nya aku bila berita di TV memaparkan menteri2 bagi negara2 arab menganjurkan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu ni. Tak habis2 mesyuarat, tak habis2 berbincang tapi masih tak ada keputusan dan tindakan yang berani di ambil. Buat mesyuarat tergempar konon, seolah2 peperangan antara Israel dan Palestin baru berlaku semalam.

UAI pun dah bg hint, so buat lh keputusan yg bijak

Wahai saudara2 seislam ku, tunjuk kan lah yang kita ini peduli dan prihatin dengan nasib saudara seislam kita yang sengsara di Palestin saat ini. Ini bukan semata2 mengenai agama, tapi kemanusiaan. Mungkin dengan usaha kita yang kecil ni dapat menyelamat kan satu nyawa yang tidak berdosa. Dan hanya Allah jua yang berhak utk menilai keikhlasan usaha kita itu.