BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 14 November 2012

Parenting Guide:Kenali Tingkah Laku Anak Berumur 2-4 Tahun


Alhamdulillah.. lega sikit kekusutan aku ni lepas baca artikel ni. 
Abid sekarang berumur 3 tahun 4 bulan. Tapi susuk tubuh dan ketinggian dia dah macam budak umur 5 tahun. Orang2 cakap dia mewarisi gen aku dgn hubby. Ye lah, mak bapak tinggi, anak pun ikut tinggi.

Tapi bukan fizikal dia yang jadi masalah, adoyaiii perangai dia.. memang sakit kepala. Dia sangat aktif tak kira lah kat mana sekali pun. Dekat rumah dah tentu lah, ni kat rumah orang, kat pasaraya,kat mana2 je lah memang tak reti duduk diam. Main je kerja nya, terlompat sana sini, mulut tu mengomel jek. Dia main sorang pun jadi. Diam nye cuma waktu tidur je. Yang buat kitaorang kusut ni kalau kat public dia sikit pun tak endah kan arahan kitaorang. Tengok anak orang lain berjalan dengan mak bapak diaorang,elok je perangai. 

Dua minggu lepas, bawak Abid jalan kat shopping complex. Dia cakap dia nak kencing, belum sempat bawak pi toilet dia dah terkencing dalam seluar. And dia kencing kat dalam pasaraya tu, adoyaii betapa panik nye aku. Dalam 1 jam sampai 2x kejadian tu berlaku and 2x jugak lah kitaorang kena beli kan dia seluar baru. Mungkin sebab dia kerap berlari dan melompat tu yang buat dia kerap nak kencing,tambah pulak hari hujan. Dekat rumah pun kekadang macam tu, punya lah khusuk sangat bermain sampai dah terkencing dalam seluar baru dia nak pi toilet. Ya Allah, kurnia kan lah aku kesabaran di tahap yang paling tinggi sekali,amin.

Bila baca artikel ni, sedikit sebanyak aku dapat memahami senario diri Abid. Sama lah ni, artikel ni memang sebiji, sepadan sangat dengan diri Abid. Dan aku share kat sini utk berkongsi tips ini dengan ibu-bapa yang lain. Semoga kita lebih sabar dan tabah dalam memahami karenah anak2 kita.

Kenali Tingahlaku Kanak2 Yang Berumur 2-4 Tahun
Kanak2 yang berumur 2-4 tahun mengalami 4 jenis perkembangan.

1.Perkembangan Fizikal
Sangat aktif, suka berlari dan melompat.Mereka sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot-otot badan.
Solusinya: bawalah mereka ke tempat permainan selalu bagi melatih fizikal mereka di bawah pengawasan ibu-bapa.

2.Perkembangan Mental
Mempunyai daya konsenterasi sangat rendah dan mudah merasa jemu.Tetapi mempunyai sifat ngin tahu yang sangat tinggi.Vocab mereka juga masih terbatas tetapi mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang.
Solusinya: Ibu bapa perlu bertindak sebagai pendengar yang setia pada setiap bebelan mereka. Tingkat kan penggunaan 5 pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang.Berikan mereka permainan yang melatih kreativiti mereka seperti menyusun blok atau pun puzzle.

3.Perkembangan Emosi
Menyukai suasana yang sudah di kenali dan takut jika dalam suasana asing.
Solusinya: bawalah mereka sekerap mungkin bergaul dengan orang sekeliling, lama kelamaan rasa takut itu akan hilang.
Abid pulak dia tak takut langsung dengan orang. Dia memang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling atau pun orang yang baru di kenali. Ketika umur nya baru 2 tahun dia dah boleh mengingat jalan balik kerumah dari rumah mak mertua ku dan dia boleh ingat tempat2 yang dia pernah pergi. Tapi dia sangat takut dengan bunyi2 yang kuat contoh nya bunyi mercun,bunyi guruh,bunyi hujan yang terlalu lebat,bunyi orang mesin rumput dan yang paling aku tension bunyi blender pun dia takut. Bayang kan lah, setiap kali aku nak blender bahan2 utk masak dia akan mencicit lari. Baru pegang blender, belum pun blender lagi. Kekadang dia akan menangis sambil peluk kaki aku ni "mama jangan lah blender, mama abid takut ni.." adoyai abid,abid..

4.Perkembangan Sosial
Mempunyai sifat berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri yang banyak menentang dalam setiap arahan ibu-bapa dan seringkali mengatakan tidak. Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan yang tidak boleh di lakukan.
Solusinya: Ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulang kali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang.Pelukan dan hubungan baik malalui rakan sosial mampu melembutkan sifat egoistik mereka.

Tapi orang tua2 selalu cakap kan, macam mana perangai anak kita ni sekarang, macam tu juga lah perangai kita masa kecik dulu hihi.. yup memang betol, ada certain perangai Abid yg memang copy&paste perangai aku. Yang paling ketara sekali 'takut makan ubat'. Aku sampai dah tua bangka cam ni pun masih takut lagi makan ubat. Tapi aku akan mengamuk gila bila Abid demam tapi tak nak makan ubat. Ye lah, dia kecik lagi. Kalau demam panas tapi tak nak makan ubat, kang jadi apa2 hal kita yang mak bapak ni yang menyesal seumur hidup. So kesimpulan nya, ada certain thing kita boleh tolerate dgn anak2 kita, dan ada certain thing yg kita kena tegas, no means no ok!