BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 16 Oktober 2012

Marathon Weekend part 2 - Air Anugerah,Bronchitis dan Minyak kelapa Dara

kita sambung balik citer semalam k ;)

Sayang nye, sampai jek Pasar Tani Larkin semua orang tengah kemas2 gerai. Malah ada yang dah gerak balik. Hati ku berdetak sendiri "lor, kalu macam ni macam mana nak cari minyak kelapa dara..". Pas tu aku teringat pulak ada sorang rakan fb aku bercerita mengenai produk Air Anugerah - air mineral semulajadi yang telah di doakan 30 juzuk Al-Quran serta ayat2 pilihan sebagai penawar. Dengar citer air ni mudah di dapati, tapi aku tak pernah nampak pun. Bila diaorang berciter kat fb baru aku tahu. Nasib baik aku ada simpan nombor telefon pengedar kat area JB ni (kat fb ada page mengenai air anugerah).



Then aku discuss dgn hubby, pas tu kitaorang decide utk belikan ayah air Anugerah jek. Cuba je lah..

Dalam kereta Abid merengek pulak "mama, nanti beli kan Abid tampal kepala (kool fever) eh, Abid demam lah.."
"Abid demam ke.." aku raba kepala dan dahi dia.. "tak panas pun, tipu mama eh.." aku tersenyum mengejek dia.
"Abid demam lah, panas ni.." Abid pegang kepala nya then buat mimik muka sedih.
Aku ketawa then mencium nye bertalu2.. haha

Sampai rumah terus kemas2 baju, nak balik BP tapi sebelum tu nak singgah Taman Daya nak tengok ayah. Adik Ifa cakap diaorang semua ada kat rumah along.

Siap kemas - tengok2 Abid tertido kat sofa depan tv. "hmm mukin dia betol2 tak sedap badan agak nya.." bisik hati ku. Sebab dia bukan kaki tido. Memang pelik sangat rasa nya dalam kitaorang kecoh2 begini dia bole tertido sorang2 kat sofa tu.

Then aku dukung dia perlahan2 masuk ke dalam kereta, tapi dia tersedar jugak.. "kita nak pi mana ni mama" tanya Abid
"pi umah mak long sayang. Atuk kan sakit, kita pi tengok atuk eh.."
Abid hanya diam jek, no respond. Mungkin dia masih mamai gak nye..

Masa kitaorang sampai, agak sunyi rumah along. Aku ambil kesempatan utk duduk sebelah ayah dan bertanya kan keadaan ayah.

Ayah cerita kat aku yang dia terbangun pukul 4 pagi utk buang air kecil tapi kaki nya tak bole di gerak kan. Dia cuba kejut kan mak mertua aku yg tengah tido kat bilik (semenjak ayah sakit dia memang suka beralih2 tempat tido ikut keselesaan dia). Time tu ayah tido kat ruang tengah. Dia cuba kejut kan adik Ifa yg tido kat ruang tamu. Ayah baling adik Ifa dgn teddy bear kecik tapi adik Ifa tak sedar. Then ayah pangil nama adik Ifa berulang kali, akhir nya adik Ifa sedar jugak.. urmm sayu pulak hati aku bila bayang kan situasi ayah masa tu. Dengan kedaan ayah yg lemah dan suara nya yg kedalam dan perlahan mesti payah utk dia minta bantuan.

Kita semua akan tua, bahagian kita tak tahu pulak macam mana rupa ujian dari-Nya..

Dalam hujan petang tu kitaorang tinggal kan rumah along. Suami aku hanya berdiam. Abid pun tak banyak ragam, dah nampak tanda2 dia kena selsema. Dia dah dedar lah tu, sebab tu tadi dia minta beli kan tampal kepala.

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai kat BP menjelang waktu maghrib. (kenapa aku rasa macam aku tengah mengarang cerita ala2 cerita "Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis. Buku cerita feveret aku masa kecik2 dulu kehkehkeh. okeh abai kan je lah u'olls haha)

Ahad - kira2 hampir pukul 9 pagi kitorang bergerak ke rumah ustaz Rosli. Alhamdulillah, orang belum ramai lagi. Sampai giliran kitaorang, ustaz Rosli menerang kan yang keadaan ayah mertua aku tu adalah perkara biasa utk orang tua yg semakin menginjak usia. Usia ayah mertua aku hampir 70 tahun. Dalam usia nya sekarang, buah pinggang nye dah mula rosak, jantung pun dah mula slow (patut lh hari tu masa keputusan ujian air kencing, doktor cakap air kencing ayah bercampur darah) so tak dapat berfungsi dengan baik utk mencuci darah dan mengalir kan darah ke seluruh tubuh dalam masa yg sepatut nya. Dalam kata lain darah tak sampai secara menyeluruh ke seluruh badan. Selain tu ayah menghidap bronkitis dan parkinson peringkat awal. Parkinson tu berpunca kerana zaman muda ayah banyak buat kerja2 berat. Ustaz Rosli cakap dia tak mampu utk menyembuh kan ayah, cuma dia boleh tolong berdoa utk mengurang kan sedikit beban sakit yang di tanggung ayah. Ni adalah ujian utk ayah, sekarang ni giliran anak2 lah pulak utk jaga kebajikan ayah dan emak.

Di rumah ustaz Rosli kitaorang beli 2 botol minyak kelapa dara utk ubat kan penyakit bronkitis ayah. Minyak kelapa dara ni banyak khasiat nya. Tak sakit pun bole di amal kan tiap2 hari. Rasa nya sekarang di pasaran dah banyak syarikat kesihatan yg keluarkan minyak kelapa dara.Ada macam2 jenama.

Lepas tu kitaorang terjah Pasar Karat kat bandar BP pulak. Tujuan nye nak cari tongkat utk ayah. Dah rezeki ayah agak nye, dalam mencari tu aku terpandang tongkat besi yg ada 4 kaki tu. Masih dalam keadaan cantik lagi, warna copper. Kalau baru mungkin harga nya dalam RM100 lebih. Tapi penjual tu kasi kitaorang harga RM50 tak boleh kurang walau sesen pun. Nampak nye diaorang dah semakin pandai meniaga. Okeh, ada kemajuan haha...

Lepas Zohor kitaorang bergerak pulang ke JB. Then singgah Taman Daya nak kasi minyak kelapa dara dan tongkat kat ayah mertua ku. Semoga cepat sembuh ayah. ;)

InsyaAllah kalau ada kelapangan, di entry yg akan datang akan aku cuba cari kan info mengenai Bronchitis dan minyak kelapa dara ok ;)