BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 11 Oktober 2012

Today is Friday!


Assalamualaikum sahabat2 ku semua..
Alhamdulillah, tq Allah kerana masih lagi aku diberi peluang utk bernafas di bumi Mu ini. Dan di pagi hari aku masih lagi di beri peluang utk menatap wajah2 org yag aku sayang. Tq Allah ;)

Jom kawan2, kita ambil peluang di hari jumaat yg penuh barakah ini utk berdoa akan kebaikan diri kita dan orang2 yg kita sayang. Kalau boleh hari2 lah kita tunai kan solat taubat, solat dhuha sebab ia salah satu cara utk membuka pintu rezeki. Jom kita amal kan doa2 ni selepas solat, minta di ampun kan segala dosa dan di jauh kan dari sifat sombong, bongkak, riyak dan segala sifat buruk yg ada. Kerana walau ada sikit sekali pun sifat sombong dan bongkak dalam hati kita ia boleh menghalang kita dpd masuk syurga.


Bila kita dah berusaha kena lah berdoa. Jangan sombong utk menadah tangan kepada Allah utk meminta apa yg kita perlukan. Malah Allah yg malu kpd hamba-Nya bila hari2 hamba-Nya meminta tapi tak di perkenan kan. Nawaitu kita ikhlas mencari rezeki utk keluarga, dan semoga Allah memudah kan segala urusan kita. 


Dan jangan lupa berdoa utk kedua ibu-bapa kita. Jika kedua nya masih hidup doa kan lah kesejahteraan nya. Jika sudah meninggal dunia, doa kan lah agar di ampun kan segala dosa mereka dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempat kan di kalangan org yg soleh dan semoga di jauh kn dpd azab kubur. 

Kalau boleh bersedekah lah setiap hari. Antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w ialah bersedekah pd setiap hari dan nabi berpesan agar kaum wanita memperbanyak kan sedekah. Tak semesti nye bersedekah kpd manusia, memberi makan kpd kucing2 jalanan juga di anggap sedekah. Yang penting nawaitu kerana Allah ;)

Semoga segala urusan kita di hari jumaat yg barakah ini berjalan lancar ye. ;)

Saya mesti pilih.. ;)

urmm ntah kenapa lah agak nye.. bila aku tgok jek gambar pak cik ni dengan keterangan pendek kat gambar tu rasa touching nye, terus sebak pulak..

tapi pas tu mula lah akal jahat aku pulak datang "nangis berguling2 lah bebudak ni kalau pak cik ni score strait A's.. hahaha"

Pak cik ni kerja sebagai tukang kebung je tau. Dalam kesibukkan dia berkerja tu sempat lagi dia curi2 masa utk belajar dan ulang kaji pelajaran dengan anak dia yg baru abis UPSR.
Dan dia buat semua ni sebab nak tebus balik kegagalan dia utk dapat result yg cemerlang masa ambil SRP 35 tahun yg lepas..

Tabik spring lah kat pak cik.. di harap kan pakcik ni dpt memberi contoh tauladan dan inspirasi kat adik2 remaja yg lain utk lebih tekun dlm menelaah pelajaran.  Tapi jangan pulak korang pikir "alah, apa ada hal, lepas 35 tahun nanti kita return lah balik.." haha

Aku pun sebenar nye ada pasang nawaitu nak return SPM.. tp nak amik saing Abid nanti lah.. Poyo kan aku ni hehe.

Cadang nye nak masuk kan Abid kat sekolah agama. Dah survey kat internet sekolah2 agama swasta kat JB ni. Mungkin nak masuk kan Abid kat Sekolah SRI (Sekolah Rendah Islam ABIM) kat Jalan Abdul Rahman Andak. Kurikulum nye di gubal oleh ABIM pusat. Selain subjek biasa yg di ajar kat sekolah kebangsaan, ada tambahan subjek agama contoh macam subjek Pendidikan Al-Quran, Tafsir dan Tajwid, Pendidikan Hadith, Pendidikan Fiqh,etc.

For starting, next year aku dah register kan Abid kat sekolah Taman Asuhan Kanak2 di bawah kelolaan ABIM jugak. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 11.30 pagi. Tapi aku amik kelas extra, sambung kelas mengaji sampai pukul 12.30 tengah hari. Tengok Abid pun ada minat nak belajar, Alif Ba Ta pun dia bole hafal.. cuma malas jek. Ikut mood dia. Kekadang aku suruh dia nak ikut, kekadang buat muka selamba jek. Tapi dia pun budak lagi, tak bole nak paksa sangat cuma expectation kita tinggi kat dia. Bila tgok dia buat sesuatu yang kita tak berkenan jek, mula lah aku kusut. Dan lagi, terlalu banyak bad influence kat sekeliling dia dan dia mudah terikut2 dgn yg tak baik tu.. so didikan agama lah yg sebaik2 nya utk Abid. Mama doa kan abid berjaya di dunia dan di akhirat sayang ;)

To parents semua, buat lah pilihan yang terbaik utk anak2. Rancang pendidikan anak2 kita. Anak2 tu kan umpama kain putih, kita sebagai parents yg bertanggung jawab utk mencorak nye.. ;)