BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 9 Oktober 2012

Bunga Kenanga

Assalamualaikum.. lama nye aku tak jenguk blog ni. Dah bersawang bagai, habuk pun dah naik tinggi seinci.. hihi.. Maaf ye pada pengunjung semua yg berkunjung ke blog tak seberapa ni tp tak di selenggara dengan baik. Maaf banyak2.. ;)

Hari ni, sebelum solat zohor tadi dah bernawaitu nak tulis new entry kat blog. Macam tak best pulak kalu di biar kan lama2. Dan terima kasih kat kwn fb ku yg telah mendatang kan idea nk tulis entry pasal bunga kenanga. Pagi2 dia dh post gambar bunga kenanga kat wall. Baru di petik kata nya. Terus aku teringat kan arwah Atok Teh (nenek sebelah bak). Arwah Atok Teh suka sangat2 dgn bunga ni dengan bunga rampai (daun pandan yg di racik2 halus dan di campur dgn bunga2 dan di gaul sebati dgn minyak wangi). Arwah atok suka simpan bunga ni (dalam segenggam) kat kocek baju nye atau di balut dengan sapu tangan then dia suka hidu bauan bunga tu. I missed u nenek.. nostalgia nye ;(

Bunga kenanga atau nama botani nye menurut Wikipedia Cananga Odorata. Bunga kenanga ni memang banyak tumbuh melata kat hutan2 Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Pokok bunga kenanga hutan boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 38 meter dan diameter batang nye pula sepanjang 1 meter. Dan bau bunga nye pula lebih kuat daripada pokok bunga kenanga kahwin (yg kita tanam sebagai hiasan kat laman rumah tu) dan tinggi pokok bunga kenanga kahwin pula hanya bole mencapai 1-2 meter sahaja. Dikatakan bau bunga kenanga ni akan lebih kuat di waktu senja kerana kemungkinan disebab kan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut. Orang2 tua ckp pokok ni bole menghalang kuasa "black magic" contoh nye terkena buatan orang.. Allahuwalam..


Bercakap pasal bunga rampai, rasa nye dah berzaman aku tak tengok bunga rampai. Last terpandang yg aku bole recall masa pengebumian arwah Atok Teh dulu, that time aku dlm form 5 kot.. Memang arwah Mak Ngah buat banyak2 utk tabur kat atas pusara atok. opss haa baru aku ingat, last raya masa aku ziarah kubur arwah abang aku kat Mahmoodiah aku ada beli bunga rampai utk tabur kat atas kubur. Tapi bau dia tak power, sbb tak campur minyak wangi kot. Teringat zaman aku kecik2 dulu kalau ada majlis pertunangan, perkahwinan,potong jambul or ada orang meninggal dunia kita akan bergotong royong meracik daun pandan utk buat bunga rampai. Berjalan ke rumah jiran2 yg ada banyak daun pandan then 'mintak sikit' pas tu jalan lagi kat umah jiran yg ada banyak tanam pokok bunga then 'mintak sikit' pas tu kecoh pulak kat rumah miyak wangi sape pulak yang nak di korban kan ni.. hahaha.. nostalgia btol lah

Masa ziarah kubur time raya hari tu memang macam pelik + kagum dgn suasana kat situ. Memang bisnes minded btol lh diaorang ni, kat kubur pun bole buat bisnes. Bersusun meja2 kecik kat tepi jalan kubur orang meniaga bunga rampai,bunga2, dgn air dlm botol utk di siram kat atas kubur. Si akak jual bunga, yang adik2 pulak (kecik2 lagi mukin dlm darjah 1-3) datang kat kitaorang (aku,hubby and Abid) tanya sama ada kitaorang memerlukan servis utk bersih kan kubur ke tak.. Hubby aku pun naik hairan tengok budak2 kecik gitu dah berkeliaran kat kubur - cari duit raya style baru gak nye. Bunga rampai dlm plastik kecik tu di jual dgn harga RM3, air paip dlm botol mineral besar (1.5 liter kot) pun di jual dgn harga RM3, servis bersih kan kubur RM 5, harga bunga jek aku tak tanya..

Rasa nye sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal memang buat duit btol lah diaorg tu. Rezeki ada di mana2 kan, yg penting usaha ;) Dan sekarang ni kita lancar kan misi mencari pokok bunga kenanga. Rakan fb aku tu cakap pokok ni ada jual kat nursery. Tapi kat JB ni harga pokok bunga ya ammmmpunnnnn pengsannn! Tau tak berapa harga pokok puding yang tinggi aras lutut c/w pasu plastik kat sini? RM 45 hinggitt.. pas diskaun dia kasi RM 30, tengah sale kata nya.. sori lh tak berbaloi langsung utk habis kan duit sebanyak itu kat pokok puding jek.. Pas tu nak beli pokok bunga kertas dari sebelum raya hari tu tak dapat2 lagi. Tunggu balik kampung nanti lah kita survey2 kat BP pulak.. ;) 

p/s: bukan kedekut cuma spend ur money wisely.. hihi