BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 19 Oktober 2012

Tart Telur

As salam semua ;)


Entry kali ni bukan nak tnjuk pandai tau. Saje jek nak sharing pasal hobi aku yg memang suka memasak ni.
Aku suka kumpul resipi pas tu suka try resipi2 baru. Dan terima kasih banyak2 kat x-opismate aku (Waheeda a.k.a Cik Ida) dan suami nye yg jual oven baru nya dgn harga RM100 jek. Pada hal masa diaorang beli tu harga nye cecah RM200 kot. Diaorang nak beli microwave oven tp ntah macam mana lah pulak bole tersalah beli, boleh beli oven pulak.. Macam tu lah yg Cik Ida citer kat aku. Sekarang dah jejak 2 tahun aku guna oven tu. Sangat berjasa, dah macam2 aku masak. Alhamdulillah, bole lah buat tukar2 selera dan tukar2 menu sekali sekala.

Hari ni nak share resipi Tart Telur. Resipi ni aku amik dari rakan fb yg sgt bermurah hati nak share resipi tart telur yg sedap ni. Saya minta izin share resipi kat sini ye sis dan terima kasih banyak2 ye. Menjadi jugak tart telur ni,sedap sangat. Yg pnting abis di makan. Kita yg masak ni pun hepi jek hihi ;)

Tart telur ni aku buat masa majlis pertunangan adik ipar aku kelmarin. Nak buat makan2 pas majlis. Tak ingat dapat berapa pcs. Banyak jugak lah, dapat 2 tupperware. 1 tupperware utk adik ipar aku dan 1 tupperware lagi aku hantar rumah abang aku. Rumah abang aku dekat jek, dlm 5-7 minit kalau naik kereta dari rumah aku. Style aku memang macam ni, kalau aku masak apa2 yg spesel aku memang suka agih2 kan kat sesape lah yg aku teringat. Paling beruntung jiran2 tepi rumah tu lah hihi..



Okeh, ni resepi nye:




TART CRUST ATAU SHELL (salina abkamal)
by : Azlita

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling tart telur.

TART TELUR
by : Zaidah

1 Tin susu Cair F&N
1 Cwn Air Suam
1/3 Cwn Gula Pasir (Klu Suka Manis Tambah Lagi)
1 Sudu Kecil Esen Vanilla
5 Biji Telur A
Sedikit Pewarna Kuning

Kacau gula dan air suam hingga gula larut
Bila gula dah hancur dan air telah sejuk masukkan semua bahan yg lain dan kacau rata
Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yg telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dgn suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit



Pada sesape yg nak try tu, ku ucap kan selamat berjuang lah ye. haha.. Nak tekan2 kulit tart ni makan kesabaran yg tingi jugak lah. Nak make sure kulit nye jadi cntik jek. Kalau aku, aku suka kulit tart yg nipis sebab suka rasa telur tu. Kalau kulit tebal nanti penuh dlm mulut rasa tepung jek.

Boleh try utk cuti hujung minggu ni kan. Lagi pun buat sendiri lagi muai dpd beli cuma perlu peruntuk kan masa + kerajinan lah :) Selamat mencuba ye..


Keajaiban Surah Al-Falaq - penawar migrain

Assalamualaikum semua dan salam jumaat ;) Di hari yg penuh barakah ni ku doakan kita semua tergolong di dalam golongan orang2 yg di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah..

U'olls semua sihat ke..
Aku, sihat Alhamdulillah. TQ Allah kerana nikmat yg satu ini belum lagi Engkau tarik.
Cuma, hari2 aku kena sakit kepala. Hanya sebelah bahagian kepala jek, sebelah kiri. Rasa berdenyut2. Kekadang kat tepi kepala, kekadang dia berdenyut2 kat bahagian atas kepala.
Suami aku cakap, "kena migrain lah tu.." then dia suruh telan panadol pas tu tido.
Amboi, senang nya bercakap. Kalau kat opis, tak kan nak telan panadol pas tu tido pulak. haha

Lagi pun tak kan hari2 kena migrain, pelik jek.. Selalu nya pagi2 lagi aku dah kena sakit kepala dan sampai ke petang baru hilang. Kekadang hilang sekejap pas tu sambung balik sakit nya sampai ke malam. Dan aku memang sangat degil, harammm aku tak nak telan panadol tu. Aku biar jek sakit tu datang dan pergi. Sibuk kan diri dengan buat kerja2 opis. Jangan di layan sangat sakit ni.. hihi

Tapi semalam serangan yg datang amat2 menganggu konsenterasi kerja2 aku kat opis ni. Berdenyut2 seolah2 macam nak pecah kan kepala aku ni jek. Then aku dapat idea nak call Ustaz Rosli, tapi teragak2 pulak.

Dan pagi ni seperti biasa dia datang lagiiiii.. aku kuat kan tekad utk call Ustaz Rosli.
Alhamdulillah, Ustaz angkat ;)
Aku memperkenal kan diri dan menceritakan serba sedikit masalah penyakit aku ni.. Lama jugak dia mendiam kan diri. Dalam hati aku berdoa "Ya Allah, jangan lah ada penyakit yg pelik2 dan yg ngeri2 ni. Harap2 sakit kepala biasa2 jek"..

Kedengaran suara ustaz di hujung talian "ohhh ni migrain ni, anginnnn. Bawak pi urut lah, kalau makan tablet jek memang tak jalan".
Kepala aku ligat berfikir, nak kena pi urut ke. oh tidakkk.. menci tau. Aku memang tak suka urut2 ni, sakit tau tak. Masa kena urut tu rasa nak meraung pun ada.

"Tu lah ustaz, saya pun pelik tau, hari2 kena sakit kepala. Tak boleh tahan lah. Ustaz, ada tak apa2 amalan atau doa ke, zikir ke yg boleh saya amalkan utk hilang kan sakit kepala ni.." aku saje jek try nasib, kot2 ada pilihan lain selain nk kena pi urut, euuuu tak suka.

"Doa? Baca surah Al-Falaq je lah.." Ustaz Rosli mencadang kan
Terus bulat biji mata aku ni, mudah sangat. Kacang arr.. Lepas berbual lebih kurang aku pun ucap kan terima.

Letak jek tepon, aku terus tenang kan diri. Fokus.. Aku membaca surah Al-Falaq di dalam hati. Aku membaca nya dengan perlahan2 dan teratur ayat demi ayat. Selesai aku membaca nya, terasa sakit kepala aku ni bagai di tarik keluar dengan lembut dan perlahan2, dlm kata lain slow motion hihi.
Then aku baca lagi surah Al-Falaq berulang2 kali.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,

 "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;

"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".

Padahal, surah Al-Falaq ni selalu aku amalkan masa tengah pregnant kan Abid dulu. Aku ada baca kat 1 buku yg saran kan utk amal kan surah Al-Falaq ni ketika pregnant utk perlindungan diri dan baby yg kita kandung tu. Tapi pas bersalin terus tak amal kan lagi surah2 dan zikir yg aku selalu baca masa pregnant dulu. Mungkin Allah beri aku sakit ni utk ingat kan aku semula pd amalan2 yg dah lama aku tinggal tu.

Dan korang pun boleh nilai sendiri dpd tafsiran ayat2 surah Al-Falaq ni yg menjurus kepada mohon perlindungan dpd Allah s.w.t. Yang paling penting ayat nye pendek dan ringkas. Rasa nya semua orang hafal. Sesape yg tak hafal tu, sila lah hafal sekarang hihi ;) 

Selamat menghafal dan beramal ye.. ;)

Selasa, 16 Oktober 2012

Marathon Weekend part 2 - Air Anugerah,Bronchitis dan Minyak kelapa Dara

kita sambung balik citer semalam k ;)

Sayang nye, sampai jek Pasar Tani Larkin semua orang tengah kemas2 gerai. Malah ada yang dah gerak balik. Hati ku berdetak sendiri "lor, kalu macam ni macam mana nak cari minyak kelapa dara..". Pas tu aku teringat pulak ada sorang rakan fb aku bercerita mengenai produk Air Anugerah - air mineral semulajadi yang telah di doakan 30 juzuk Al-Quran serta ayat2 pilihan sebagai penawar. Dengar citer air ni mudah di dapati, tapi aku tak pernah nampak pun. Bila diaorang berciter kat fb baru aku tahu. Nasib baik aku ada simpan nombor telefon pengedar kat area JB ni (kat fb ada page mengenai air anugerah).



Then aku discuss dgn hubby, pas tu kitaorang decide utk belikan ayah air Anugerah jek. Cuba je lah..

Dalam kereta Abid merengek pulak "mama, nanti beli kan Abid tampal kepala (kool fever) eh, Abid demam lah.."
"Abid demam ke.." aku raba kepala dan dahi dia.. "tak panas pun, tipu mama eh.." aku tersenyum mengejek dia.
"Abid demam lah, panas ni.." Abid pegang kepala nya then buat mimik muka sedih.
Aku ketawa then mencium nye bertalu2.. haha

Sampai rumah terus kemas2 baju, nak balik BP tapi sebelum tu nak singgah Taman Daya nak tengok ayah. Adik Ifa cakap diaorang semua ada kat rumah along.

Siap kemas - tengok2 Abid tertido kat sofa depan tv. "hmm mukin dia betol2 tak sedap badan agak nya.." bisik hati ku. Sebab dia bukan kaki tido. Memang pelik sangat rasa nya dalam kitaorang kecoh2 begini dia bole tertido sorang2 kat sofa tu.

Then aku dukung dia perlahan2 masuk ke dalam kereta, tapi dia tersedar jugak.. "kita nak pi mana ni mama" tanya Abid
"pi umah mak long sayang. Atuk kan sakit, kita pi tengok atuk eh.."
Abid hanya diam jek, no respond. Mungkin dia masih mamai gak nye..

Masa kitaorang sampai, agak sunyi rumah along. Aku ambil kesempatan utk duduk sebelah ayah dan bertanya kan keadaan ayah.

Ayah cerita kat aku yang dia terbangun pukul 4 pagi utk buang air kecil tapi kaki nya tak bole di gerak kan. Dia cuba kejut kan mak mertua aku yg tengah tido kat bilik (semenjak ayah sakit dia memang suka beralih2 tempat tido ikut keselesaan dia). Time tu ayah tido kat ruang tengah. Dia cuba kejut kan adik Ifa yg tido kat ruang tamu. Ayah baling adik Ifa dgn teddy bear kecik tapi adik Ifa tak sedar. Then ayah pangil nama adik Ifa berulang kali, akhir nya adik Ifa sedar jugak.. urmm sayu pulak hati aku bila bayang kan situasi ayah masa tu. Dengan kedaan ayah yg lemah dan suara nya yg kedalam dan perlahan mesti payah utk dia minta bantuan.

Kita semua akan tua, bahagian kita tak tahu pulak macam mana rupa ujian dari-Nya..

Dalam hujan petang tu kitaorang tinggal kan rumah along. Suami aku hanya berdiam. Abid pun tak banyak ragam, dah nampak tanda2 dia kena selsema. Dia dah dedar lah tu, sebab tu tadi dia minta beli kan tampal kepala.

Alhamdulillah kitaorang selamat sampai kat BP menjelang waktu maghrib. (kenapa aku rasa macam aku tengah mengarang cerita ala2 cerita "Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis. Buku cerita feveret aku masa kecik2 dulu kehkehkeh. okeh abai kan je lah u'olls haha)

Ahad - kira2 hampir pukul 9 pagi kitorang bergerak ke rumah ustaz Rosli. Alhamdulillah, orang belum ramai lagi. Sampai giliran kitaorang, ustaz Rosli menerang kan yang keadaan ayah mertua aku tu adalah perkara biasa utk orang tua yg semakin menginjak usia. Usia ayah mertua aku hampir 70 tahun. Dalam usia nya sekarang, buah pinggang nye dah mula rosak, jantung pun dah mula slow (patut lh hari tu masa keputusan ujian air kencing, doktor cakap air kencing ayah bercampur darah) so tak dapat berfungsi dengan baik utk mencuci darah dan mengalir kan darah ke seluruh tubuh dalam masa yg sepatut nya. Dalam kata lain darah tak sampai secara menyeluruh ke seluruh badan. Selain tu ayah menghidap bronkitis dan parkinson peringkat awal. Parkinson tu berpunca kerana zaman muda ayah banyak buat kerja2 berat. Ustaz Rosli cakap dia tak mampu utk menyembuh kan ayah, cuma dia boleh tolong berdoa utk mengurang kan sedikit beban sakit yang di tanggung ayah. Ni adalah ujian utk ayah, sekarang ni giliran anak2 lah pulak utk jaga kebajikan ayah dan emak.

Di rumah ustaz Rosli kitaorang beli 2 botol minyak kelapa dara utk ubat kan penyakit bronkitis ayah. Minyak kelapa dara ni banyak khasiat nya. Tak sakit pun bole di amal kan tiap2 hari. Rasa nya sekarang di pasaran dah banyak syarikat kesihatan yg keluarkan minyak kelapa dara.Ada macam2 jenama.

Lepas tu kitaorang terjah Pasar Karat kat bandar BP pulak. Tujuan nye nak cari tongkat utk ayah. Dah rezeki ayah agak nye, dalam mencari tu aku terpandang tongkat besi yg ada 4 kaki tu. Masih dalam keadaan cantik lagi, warna copper. Kalau baru mungkin harga nya dalam RM100 lebih. Tapi penjual tu kasi kitaorang harga RM50 tak boleh kurang walau sesen pun. Nampak nye diaorang dah semakin pandai meniaga. Okeh, ada kemajuan haha...

Lepas Zohor kitaorang bergerak pulang ke JB. Then singgah Taman Daya nak kasi minyak kelapa dara dan tongkat kat ayah mertua ku. Semoga cepat sembuh ayah. ;)

InsyaAllah kalau ada kelapangan, di entry yg akan datang akan aku cuba cari kan info mengenai Bronchitis dan minyak kelapa dara ok ;)





Ahad, 14 Oktober 2012

Marathon Weekend - part 1



As salam semua ;) Pagi yg lesu tp tetap positif. Masih berpegang teguh pada nasihat Dato Dr. Fadzilah Kamsah; bangun pagi dgn senyuman, ucap kan syukur masih bernafas lagi dan masih berpeluang menatap wajah2 kesayangan ku.. Alhamdulillah, TQ Allah ;) Walaupun monday selalu blues tapi jgn emo2 k, senyum selalu

Weekend yg sgt busy dan agak stress hihi. Bila aku stress mula lh sakit dada + kpla pun berdenyut2. Cepat2 istighfar dan tenang kan diri.. Astaghfirullahalazim.. yup, istighfar sebanyak yg mungkin sehingga rasa tenang.

Mahu nye tak stress, hujung minggu ku bermula dengan panggilan dari mak mertua ku di subuh2 hari. Suspend kan.. jeng jeng jeng.. Suara mak mertua ku dalam keadaan tenang memberitahu ayah mertua ku mengadu sakit, badan nya terasa seram sejuk dan kaki nye (dari pinggang ke bawah ) tidak dapat di gerakkan dan ayah minta di bawa ke hospital. Aku termenung di atas katil, kepala ku ligat berfikir. Aku pandang Abid yg sedang tido dgn nyenyak nye. Aku tersenyum tengok posisi nye.. hmmm Abid, Abid.. Geram, lalu aku mencium nye bertalu2.. haha

Then aku kejut kan suami ku, agak terpinga2 dia.. Aku biar kan dia hilang kn mamai nye dulu. 
aku: "dady, mak call tadi. mak cakap ayah sakit, nak hantar ayah pi spital.."
hubby: "bila mak call?"
aku: "baru je kejap tadi"
hubby: "siapa yg hantar?"
aku: "adik Ifa" (adik ipar ku yg tinggal di KL, memang balik hujung minggu nak tengok ayah dgn mak)
hubby: "nape mak tepon awak, tak tepon saya?"
aku: "ntah, agak nye kalau call awak, takut awak tak sedar.." (dlm hati aku "sbb aku kn menantu kesayangan, hihihi)

Dah bangun pagi2 begini tak tahu pulak nak buat apa. Then aku teringat pulak TNB ada hantar notis beritahu yg pada 13-14/10/12 karen tak ada. Takut rosak pulak krim cheese kat dlm peti sejuk tu. Aku pun terus start  marathon di pagi hari, godek2 kat dapur buat coklat muffin. Resipi aku amik kat fb. Tapi aku ubah suai sikit, atas adunan muffin tu aku taruk krim cheese + blueberry filling. Tak ingat dpt berapa cwn sbb aku dgn hubby dah bedal beberapa pcs, then balance nye aku bagi akak ipar aku dgn mak cik aku. Actually kalau di biarkn sehari semalam lagi moist dan sedap rasa nye.. 

Tengah godek2 kat dapur si Abid pulak bangun, mungkin bunyi mixer yg bising masa aku pukul krim cheese tu bangun kan dia. Merengek2 di pagi hari. Nak manja2 lah tu. Haihh nak pujul dia pulak.. dah kelam kabut jadi nya aku sebab aku dah panas kan oven jadi kena lh buat keje cepat2..

Then aku pujuk dia suruh mandi sebab aku terpaksa bawak dia pi opis (kebiasaan nye mak mertua aku yg jaga dia). Aku cakap dengan dia yg dia kena ikut aku pi opis hari ni sebab nenek tak ada kat rumah. Nenek dengan mak usu hantar atuk pi spital. Lepas aku buka kan pakaian nye, tanpa banyak karenah dia terus masuk bilik air. Allahuakbar, kurang sikit sakit dada aku hehe..

Stress aku kembali bermula bila kitaorang sampai opis. Aduhai Abid, macam2 karenah nya.. stress, sakit dada mama sayang.. ;( macam nak nangis pun ada. seboleh mungkin aku mengawal perasaan tak mahu berkasar dgn dia. selalu nye hari sabtu tak banyak kerja, tapi kenapa lah sabtu ni banyak kerja nak kena setel. Doa ku tak henti2 "ya Allah, permudah kan lah urusan ku pada hari ini dan kurniakan lah kesabaran di tahap yg paling tinggi sekali.. amin"

Tengok jam dah pukul 12 tengah hari, aku sms hubby ajak balik. Lagi pun kitaorang plan nak singgah Pasar Tani Larkin (kat sebelah Stadium Larkin) nak cari minyak kelapa dara utk ubat kan ayah. Cerita nye begini dah 3 tahun ayah mertua ku di diagnos menghidap penyakit saraf - parkinson, tapi masih peringkat awal. Dalam minggu ni aku tengok keadaan ayah semakin lemah. Muka nya sgt2 kelihatan seperti orang sakit. Then aku tergerak hati utk call ustaz Rosli yg pernah ubat kan Abid masa Abid selalu kena demam panas dulu. Hanya melalui nama penuh dan alamat dia dah boleh scan keadaan seseorang tu. Kata nya ayah mertua ku mengalami penyakit Bronchitis atau dlm bahasa kita radang paru-paru. Ubat nye senang jek, minum minyak kelapa dara. InsyaAllah nama nye pun ikhtiar, selama 3 tahun ni bergantung dgn ubat2 doktor jek dan keadaan nya tak berkurang langsung. Jadi apa salah nya kita kita cuba ikhtiar rawatan alternatif pulak. Semoga Allah permudah kan..

-bersambung-







Jumaat, 12 Oktober 2012

Tolong jawab kan, pleaseeee..


Tolong abai kan gambar penguin ni ye, hanya sekadar hiasan haha..


sesape yg terror maths or ada ilmu magik tolong jwb kalu tahu ek.. pening kepala aku pikir kan jawapan nye. tapi aku nak tahu sgt2 apa jawapan nye.. ni soalan maths ke trick je ek. tp aku still nk jawapan yg logik.

soalan nye ialah:
Ali nak beli kasut yg nilainya Rm97 ,tapi Ali tak ada duit . Jd, Ali pinjam duit ibunya rm50 dan Ayah nya Rm50. Jd,Ali dah ada Rm100 .

Ali pun pergi beli Kasut tu dgn harga Rm97 . Ada baki Rm3 ,Ali pulangkan Rm1 kepada ibunya ,dan Rm1 pada ayahnya .Jadi hutang Ali pada Ibunya ada lagi Rm49 dan Hutang ayahnya RM49 .Jika di Tambah Rm49+Rm49=Rm98. Campur pada Ali ada Rm1 ,Jadi kesemuanya Ada RM99 . Mana hilang RM1 tu . !!!


anyone pleaseee.. jawapan yg fakta k, tak mau yg auta ;)

Khamis, 11 Oktober 2012

Today is Friday!


Assalamualaikum sahabat2 ku semua..
Alhamdulillah, tq Allah kerana masih lagi aku diberi peluang utk bernafas di bumi Mu ini. Dan di pagi hari aku masih lagi di beri peluang utk menatap wajah2 org yag aku sayang. Tq Allah ;)

Jom kawan2, kita ambil peluang di hari jumaat yg penuh barakah ini utk berdoa akan kebaikan diri kita dan orang2 yg kita sayang. Kalau boleh hari2 lah kita tunai kan solat taubat, solat dhuha sebab ia salah satu cara utk membuka pintu rezeki. Jom kita amal kan doa2 ni selepas solat, minta di ampun kan segala dosa dan di jauh kan dari sifat sombong, bongkak, riyak dan segala sifat buruk yg ada. Kerana walau ada sikit sekali pun sifat sombong dan bongkak dalam hati kita ia boleh menghalang kita dpd masuk syurga.


Bila kita dah berusaha kena lah berdoa. Jangan sombong utk menadah tangan kepada Allah utk meminta apa yg kita perlukan. Malah Allah yg malu kpd hamba-Nya bila hari2 hamba-Nya meminta tapi tak di perkenan kan. Nawaitu kita ikhlas mencari rezeki utk keluarga, dan semoga Allah memudah kan segala urusan kita. 


Dan jangan lupa berdoa utk kedua ibu-bapa kita. Jika kedua nya masih hidup doa kan lah kesejahteraan nya. Jika sudah meninggal dunia, doa kan lah agar di ampun kan segala dosa mereka dan semoga roh mereka di cucuri rahmat dan di tempat kan di kalangan org yg soleh dan semoga di jauh kn dpd azab kubur. 

Kalau boleh bersedekah lah setiap hari. Antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w ialah bersedekah pd setiap hari dan nabi berpesan agar kaum wanita memperbanyak kan sedekah. Tak semesti nye bersedekah kpd manusia, memberi makan kpd kucing2 jalanan juga di anggap sedekah. Yang penting nawaitu kerana Allah ;)

Semoga segala urusan kita di hari jumaat yg barakah ini berjalan lancar ye. ;)

Saya mesti pilih.. ;)

urmm ntah kenapa lah agak nye.. bila aku tgok jek gambar pak cik ni dengan keterangan pendek kat gambar tu rasa touching nye, terus sebak pulak..

tapi pas tu mula lah akal jahat aku pulak datang "nangis berguling2 lah bebudak ni kalau pak cik ni score strait A's.. hahaha"

Pak cik ni kerja sebagai tukang kebung je tau. Dalam kesibukkan dia berkerja tu sempat lagi dia curi2 masa utk belajar dan ulang kaji pelajaran dengan anak dia yg baru abis UPSR.
Dan dia buat semua ni sebab nak tebus balik kegagalan dia utk dapat result yg cemerlang masa ambil SRP 35 tahun yg lepas..

Tabik spring lah kat pak cik.. di harap kan pakcik ni dpt memberi contoh tauladan dan inspirasi kat adik2 remaja yg lain utk lebih tekun dlm menelaah pelajaran.  Tapi jangan pulak korang pikir "alah, apa ada hal, lepas 35 tahun nanti kita return lah balik.." haha

Aku pun sebenar nye ada pasang nawaitu nak return SPM.. tp nak amik saing Abid nanti lah.. Poyo kan aku ni hehe.

Cadang nye nak masuk kan Abid kat sekolah agama. Dah survey kat internet sekolah2 agama swasta kat JB ni. Mungkin nak masuk kan Abid kat Sekolah SRI (Sekolah Rendah Islam ABIM) kat Jalan Abdul Rahman Andak. Kurikulum nye di gubal oleh ABIM pusat. Selain subjek biasa yg di ajar kat sekolah kebangsaan, ada tambahan subjek agama contoh macam subjek Pendidikan Al-Quran, Tafsir dan Tajwid, Pendidikan Hadith, Pendidikan Fiqh,etc.

For starting, next year aku dah register kan Abid kat sekolah Taman Asuhan Kanak2 di bawah kelolaan ABIM jugak. Start pukul 7.30 pagi sampai pukul 11.30 pagi. Tapi aku amik kelas extra, sambung kelas mengaji sampai pukul 12.30 tengah hari. Tengok Abid pun ada minat nak belajar, Alif Ba Ta pun dia bole hafal.. cuma malas jek. Ikut mood dia. Kekadang aku suruh dia nak ikut, kekadang buat muka selamba jek. Tapi dia pun budak lagi, tak bole nak paksa sangat cuma expectation kita tinggi kat dia. Bila tgok dia buat sesuatu yang kita tak berkenan jek, mula lah aku kusut. Dan lagi, terlalu banyak bad influence kat sekeliling dia dan dia mudah terikut2 dgn yg tak baik tu.. so didikan agama lah yg sebaik2 nya utk Abid. Mama doa kan abid berjaya di dunia dan di akhirat sayang ;)

To parents semua, buat lah pilihan yang terbaik utk anak2. Rancang pendidikan anak2 kita. Anak2 tu kan umpama kain putih, kita sebagai parents yg bertanggung jawab utk mencorak nye.. ;)

Rabu, 10 Oktober 2012

Aku Jahil?

Citer nye begini..
Tengah aku cuci2 mata kat fb, mata aku menangkap (wall aku mmg pnuh dgn gambar makanan hihi..) gambar ni (yg kat bwh ni).. aku tengok salah sorang rakan fb aku (muslim) 'like' gambar ni.. 


Berulang kali aku baca keterangan kat gambar ni.. "biar btol minah ni".. aku cakap dlm hati je lah. Walaupun English Language aku tak A1 sangat, tapi perkataan 'pork' tu memang aku paham sangattt lah kan.. Then aku terus pi page tu. Tengok alamat nye restoran tu kat Ipoh. Korang bole tengok sendiri lah conversation kitaorang kat gambar yg aku printscreen tu.


Sebenar nya aku agak tak sangka yang admin page tu akan balas komen kitaorang. And macam proud (penilaian aku lah) pulak dia citer yang ada jugak pelanggan muslim yang makan kat kedai dia tapi tak ler makan pork tu.. apa pendapat korang ek? setahu aku tak boleh. Walaupun kita tak makan pork tu, tapi kitchen utensils yang di gunakan utk masak dgn served pork tu akan di guna pakai utk served makanan lain jugak kan.. 

urmm aku teringat kat satu restoran di City Square (JB), dia ada lekat kan papan tanda 'NON-HALAL' kat tepi pintu masuk kedai dia. Walaupun menu dia tak semua based on pork (kat depan kedai ada gambar2 menu makanan yg di jual) tapi pada aku peniaga tu jujur dan tak fikir keuntungan jek.
Yang customer pulak cari lah kedai makan yg ada status halal, atau pun sure 100% kedai tu halal. Jangan lh pikir pasal nak layan tekak jek. 

Then aku terfikir, kalau ada pelanggan muslim yang makan kat restoran Michelangelo's Pizzeria tu that means ada pekerja muslim ke yang kerja kat situ. FYI, Indonesian bukan lah semua nye muslim. Pak arab pun tak semesti nye muslim. Tapi yang aku tak sure, mukin mazhab diaorang berlainan dgn kita kot, then mazhab dia benar kan buat macam tu. Ni cuma aku AGAK2 je tau, bab mazhab ni aku memang jahil.


Tapi kat Malaysia ni melambak2 kedai makanan halal, kalau dah itu jugak lah yang korang nak makan, urmmm tak tahu lah aku nak cakap apa.. 
Just nak remind lah ye, mencari yang HALAL itu hukum nye FARDHU KIFAYAH ;)



Selasa, 9 Oktober 2012

Bunga Kenanga

Assalamualaikum.. lama nye aku tak jenguk blog ni. Dah bersawang bagai, habuk pun dah naik tinggi seinci.. hihi.. Maaf ye pada pengunjung semua yg berkunjung ke blog tak seberapa ni tp tak di selenggara dengan baik. Maaf banyak2.. ;)

Hari ni, sebelum solat zohor tadi dah bernawaitu nak tulis new entry kat blog. Macam tak best pulak kalu di biar kan lama2. Dan terima kasih kat kwn fb ku yg telah mendatang kan idea nk tulis entry pasal bunga kenanga. Pagi2 dia dh post gambar bunga kenanga kat wall. Baru di petik kata nya. Terus aku teringat kan arwah Atok Teh (nenek sebelah bak). Arwah Atok Teh suka sangat2 dgn bunga ni dengan bunga rampai (daun pandan yg di racik2 halus dan di campur dgn bunga2 dan di gaul sebati dgn minyak wangi). Arwah atok suka simpan bunga ni (dalam segenggam) kat kocek baju nye atau di balut dengan sapu tangan then dia suka hidu bauan bunga tu. I missed u nenek.. nostalgia nye ;(

Bunga kenanga atau nama botani nye menurut Wikipedia Cananga Odorata. Bunga kenanga ni memang banyak tumbuh melata kat hutan2 Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Pokok bunga kenanga hutan boleh membesar sehingga mencapai ketinggian 38 meter dan diameter batang nye pula sepanjang 1 meter. Dan bau bunga nye pula lebih kuat daripada pokok bunga kenanga kahwin (yg kita tanam sebagai hiasan kat laman rumah tu) dan tinggi pokok bunga kenanga kahwin pula hanya bole mencapai 1-2 meter sahaja. Dikatakan bau bunga kenanga ni akan lebih kuat di waktu senja kerana kemungkinan disebab kan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut. Orang2 tua ckp pokok ni bole menghalang kuasa "black magic" contoh nye terkena buatan orang.. Allahuwalam..


Bercakap pasal bunga rampai, rasa nye dah berzaman aku tak tengok bunga rampai. Last terpandang yg aku bole recall masa pengebumian arwah Atok Teh dulu, that time aku dlm form 5 kot.. Memang arwah Mak Ngah buat banyak2 utk tabur kat atas pusara atok. opss haa baru aku ingat, last raya masa aku ziarah kubur arwah abang aku kat Mahmoodiah aku ada beli bunga rampai utk tabur kat atas kubur. Tapi bau dia tak power, sbb tak campur minyak wangi kot. Teringat zaman aku kecik2 dulu kalau ada majlis pertunangan, perkahwinan,potong jambul or ada orang meninggal dunia kita akan bergotong royong meracik daun pandan utk buat bunga rampai. Berjalan ke rumah jiran2 yg ada banyak daun pandan then 'mintak sikit' pas tu jalan lagi kat umah jiran yg ada banyak tanam pokok bunga then 'mintak sikit' pas tu kecoh pulak kat rumah miyak wangi sape pulak yang nak di korban kan ni.. hahaha.. nostalgia btol lah

Masa ziarah kubur time raya hari tu memang macam pelik + kagum dgn suasana kat situ. Memang bisnes minded btol lh diaorang ni, kat kubur pun bole buat bisnes. Bersusun meja2 kecik kat tepi jalan kubur orang meniaga bunga rampai,bunga2, dgn air dlm botol utk di siram kat atas kubur. Si akak jual bunga, yang adik2 pulak (kecik2 lagi mukin dlm darjah 1-3) datang kat kitaorang (aku,hubby and Abid) tanya sama ada kitaorang memerlukan servis utk bersih kan kubur ke tak.. Hubby aku pun naik hairan tengok budak2 kecik gitu dah berkeliaran kat kubur - cari duit raya style baru gak nye. Bunga rampai dlm plastik kecik tu di jual dgn harga RM3, air paip dlm botol mineral besar (1.5 liter kot) pun di jual dgn harga RM3, servis bersih kan kubur RM 5, harga bunga jek aku tak tanya..

Rasa nye sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal memang buat duit btol lah diaorg tu. Rezeki ada di mana2 kan, yg penting usaha ;) Dan sekarang ni kita lancar kan misi mencari pokok bunga kenanga. Rakan fb aku tu cakap pokok ni ada jual kat nursery. Tapi kat JB ni harga pokok bunga ya ammmmpunnnnn pengsannn! Tau tak berapa harga pokok puding yang tinggi aras lutut c/w pasu plastik kat sini? RM 45 hinggitt.. pas diskaun dia kasi RM 30, tengah sale kata nya.. sori lh tak berbaloi langsung utk habis kan duit sebanyak itu kat pokok puding jek.. Pas tu nak beli pokok bunga kertas dari sebelum raya hari tu tak dapat2 lagi. Tunggu balik kampung nanti lah kita survey2 kat BP pulak.. ;) 

p/s: bukan kedekut cuma spend ur money wisely.. hihi