BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Ahad, 16 Disember 2012

FELINNA - YEAR END SALES


PROMOSI JUALAN AKHIR TAHUN !!!

Dah ramai orang kata Felinna Inchloss Lotion ni sangat bagus & terbukti berkesan mengurangkan inci lemak, ukur lilit badan dan menurunkan berat badan dgn cepat & selamat. ! ♥

Ia juga mampu melembutkan kulit,

mengatasi masalah kulit kering, melembutkan kulit yang menggerutu dan merawat selulit. Berbau wangi dan tidak terlalu panas.


Vitamin C Plus Extra Collagen pula mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan sebagai agen pencerahan, anti penuaan, pembasmi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, bintik hitam malah membantu menjadikan kulit sehalus bayi secara keseluruhan badan bukan pada muka sahaja!

SEMPENA ‘YEAR END SALES’ : Beli 1 Set Combo iaitu 1 Botol Inchloss (bernilai RM75) dan 1 Kotak Vitamin C Plus Extra Collagen (bernilai RM85) hanya dengan HARGA PROMOSI RM130 sahaja. Kena beli berpasangan ye. Kalau single harga seperti biasa.

POSTAGE: RM6 semenanjung, RM10 sabah/srwk!

 Promosi tamat sehingga 31 Disember 2012.!

utk oder/pertanyaan sila ke klik http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Kecantikan-Dalaman/107731579288083


Isnin, 10 Disember 2012

PRODUCT REVIEW: AS BEAUTY FACIAL TREATMENT 3 IN 1

AS BEAUTY FACIAL TREATMENT 3 IN 1 - Produk rawatan kulit muka dari bahan semula jadi yg ringkas dan memberi kesan yang menakjub kan dengan hanya 3 langkah mudah, kulit akan kelihatan bersih, putih berseri dan gebu.


Produk As Beauty diformulasikan menggunakan air dan lumpur dari gunung berapi. Air dari  gunung berapi ini mengandungi belerang atau sulfur semulajadi yang sangat membantu dalam mencerahkan kulit dan memudarkan jeragat dan parut jerawat.

Bertindak dengan meningkat kan metabolisme kulit dengan penjanaan sel2 baru, merencat kan proses penuaan, mengurang kan garis2 halus, menambah ketegangan kulit dan mengekal kan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa. 

Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilang kan jerawat, jeragat, bekas jerawat, mengecil kan pori2 serta mencerah kan tona kulit muka.


Ia sangat sesuai utk semua jenis kulit dan semua jantina.
As Beauty:
-Tidak mengelupaskan kulit
-Tidak menyebabkan kulit menjadi nipis
-TIDAK mengandungi HIDROQUINON
-Telah DILULUSKAN oleh KKM (nombor KKM : KKM NOT 101102420K)

AS BEAUTY FACIAL TREATMENT 3 IN 1 - mengandungi 3 item iaitu:

1- Vitamin E Soap - Digunakan utk menghilang kan kesan2 parut dan sel2 mati pd kulit wajah. Cuci muka dgn sabun vitamin E sekurang2 nya 2x sehari - pagi & petang.


2. Day Cream / Krim siang - Diguna kan pd siang hari sebagai alas bedak dan bertindak sebagai pelindung UV dan dlm masa yg sama menghalus kan kulit. Jika kulit kering, basah kan sedikit muka atau jari, supaya sapuan krim akan jadi lebih mudah. Sapu krim dgn sapuan yg nipis sahaja. 


3. Night Cream / Krim Malam - di pakai pd malam hari utk merawat wajah. Selepas mencuci muka dgn sabun Vitamin E, sapu kan krim malam dgn sapuan yg nipis pd kulit wajah. Jika terasa pedih pd kulit muka, jangan pakai krim malam dulu, tetapi terus kan penggunaan sabun vitamin E dan krim siang utk 2-3 hari. Selepas itu baru mula kan penggunaan krim malam. Antara kesan biasa krim malam ialah: gatal di tempat tertentu yg bermasalah, pengeluaran minyak yg berlebihan dlm masa 4-7 hari tetapi akan beransur kurang. Bagi kulit yg bermasalah atau tidak mendapat penjagaan yg wajar sebelum ini, akan terdapat pengelupasan halus di bahagian muka yg bermasalah serta kulit akan menjadi kering dan sedikit kesat.


Selepas mendapat hasil yg memuaskan, krim malam boleh di kurang kan penggunaan nya selang 3-4 hari sekali. Kerana ia bertujuan sebagai penjagaan dan bukan lagi bertujuan sebagai rawatan dan krim siang boleh di pakai pd setiap hari sebagai alas bedak/pelindung UV. 


Testimoni pengguna AS BEAUTY FACIAL TREATMENT 3 IN 1


Kesan penggunaan As Beauty, perubahan kulit wajah menjadi semakin bertambah baik


 Testimoni - Najihah 
Setelah menggunakan As Beauty :

1. Wajah nampak cerah
2. Lubang pori - pori semakin mengecil
3. Bekas Jerawat beransur hilang
4. Jeragat hampir tiada
5. Kulit nampak dan terasa sangat halus dan lembut
6. Tona muka sekata
7. Blackhead & Whitehead hampir tiada





Chilled Blueberry Cheese Mousse Cake


As salam semua ;)

Agak dah lama jugak aku x update blog.. Maaf ye, agak busy dgn urusan dunia. Tapi masih sempat lagi nak curi2 masa utk mencuba resipi2 baru.. Hobi yg satu ni memang payah nak di tinggal kan. Kalau dalam kepala ni  dah merancang sesuatu, tp tak buat2 jugak, hmmm jawab nye tidur malam pun tak lena.. hihi 

Dah lama jugak mencari resipi cis kek ala2 secret resipi tu. Dan macam orang mengantuk di sorong kan bantal, ada sorang kenalan kat fb tu dgn bermurah hati nya bagi resipi kat aku. Resipi ni dia dpt kat buku resipi yg dia beli. Dia sendiri belum pernah buat lagi. Time aku tengah belek2 resipi nye, alamak! ada gelatin pulak. Fobia betul aku dgn gelatin ni. Gara2 kek hari jadi anak aku lah. 

Hari jadi Abid yg lepas, aku berangan nk buat kan dia kek. Kek yg glemer sekarang ni - rainbow kek. Konon2 nak guna white coklat mousse uk deko, tp tak jadi. Mousse tu mencair.. urmmm hampes betul. 
First time guna gelatin, so x phm sgt mcm mana nk gaya kn nye. Rasa nya dia tak cair betul2. Semalam, dah lepas 20 minit aku rendam gelatin tu kat air panas, tp dia x cair jugak. Aku terus decide utk cair kn dia secara double boiler. Makan masa jugak utk dia cair, tu pun nak kena kacau selalu sampai dia cair sepenuh nya. 

Alhamdulillah, walaupun buat secara fast and furious, sbb hubby ajak pi shopping ;), tapi hasil nya tak mengecewakan. Bila adunan dah siap isi dlm loyang, aku lorek kan dgn blueberry filling then terus masuk kn dlm fridge. Dan ini lah hasil nya, tadaaaaa ;)



Sis Ainul Fitri, kita minta izin share resipi kat sini ye. Ilmu yg bermanfaat kn elok di kongsikan bersama ;)


Chilled Blueberry Cheese Mousse Cake
Bahan2 utk base/dasar:
ikut resipi guna kek cekelat..tp nk ttuka dgn ape2 biskut@kek span pn bole..
*aku guna base egless moist coklat kek - resipi sis Dayang Jack.
Bahan2 utk Cheese Mousse:
300gm cream cheese
60g gula aising (kita guna gula pasir biasa jek - 3 sudu besar)
1 sdt kulit lemon
150g coklat putih-cairkan
2 sdb gelatin-larutkan dgn sedikit air panas (kita cair kn guna double boiler)
250ml non dairy whip cream - pukul kembang dan smpn dlm peti sejuk (kita guna uht whipping cream)
75g jem blueberry @ filling blueberry
bhn krim:-(OPTIONAL)
150ml non dairy whip cream
cara2:-
pukul krim keju dgn gula aising hingga lembut.mskkan lemon dan sedikit air perahan lemon.pukul rata.
masukkan coklat putih yg dicairkan dan gelatin yg tlh larut.pukul rata.
kemudian mskkan cream yg tlh dipukul td dan kacau secara kaup balik.
ni cara aku ;)
pas tu aku sapu kan blueberry filling keseluruhan atas kek coklat moist then baru tuang kan adunan keju.last sekali sudukan blueberry filling secara dot-dot then corak kan dia. Pas tu kita chilled kn dia dlm fridge smpai dia beku - dlm 2-3 jam kot
hiasan:pukul non dairy smpi kembang dan sapu ats kek..klu x nk yg ni juz curah blueberry filling@blueberry fruit dlm tin ats kek yg tlh beku... (yg ni aku x buat)
sesiapa yg berminat boleh try resipi di atas k ;) ni memang feveret aku sgt2.. ngeee. 
-Selamat Mencuba-

Khamis, 22 November 2012

Felinna - Temuduga terbuka & pencarian model

Alhamdulillah produk Fellina Marketing iaitu Inchloss Lotion dan Vitamin C + Pure Collagen mendapat sambutan hangat. Ni adalah beberapa testimoni pengguna yang menggunakan produk Fellina Beauty.

Fellina Inchloss Lotion + Vitamin C

Inchloss lotion tu boleh juga di sapu kat pipi yg tembam tu utk shape kn bntuk muka. tapi sapuan yg nipis jek tau.


Jeng jeng jeng.. dan yg paling best sekali ialah 'open casting' utk model terbaru Fellina Beauty. Tak kisah either u bertudung or free hair. Datang je k ;) Yang berjaya akan mendapat kontrak bernilai RM10k dan travel ke seluruh Malaysia bersama team Felinna.



Bagi yang sedang mencari pekerjaan pula, anda di jemput hadir utk temuduga terbuka esok ye 24/11/2012. sila baca iklan di bawah. Gaji yang sangat menarik di tawar kan ;)


Good luck u'olls ;)


Rabu, 21 November 2012

Gencatan Senjata Palestin - Israel



sangat menyayat hati kerana aku juga seorang ibu. aku paham perasaan dan situasi dia. Disaat kita pasrah dan redha dgn situasi, tiada apa yg boleh kita lakukan. Hanya berserah kpd Allah. Dan janji Allah itu pasti, sesungguh nya pintu syurga telah pun terbuka utk Sahar Abu Al-Zoor dan anak2 nya.


Mahmoud Al Sammouni, 15 tahun berdiri seorang diri di kedutaan Amerika Syarikat, di Kuala Lumpur bagi menunjukkan tanda protes terhadap serangan rejim zionis Israel di Gaza,Palestine.
Cuba baca apa yang tertulis kat papan yang dia pegang tu "Why do you let same thing to happen again in Gaza?"
Why,why,why.. kenapa,kenapa,kenapa.. aku juga bertanya soalan yang sama pada diri aku sendiri. Kenapa harus berulang lagi? Pada aku macam seolah2 kita ni nampak ada perompak/orang jahat masuk rumah jiran sebelah dan hanya membiarkan perompak tu membunuh dan merompak mereka. Dan kita hanya membiarkan mereka berjuang sendirian dan mentuli kan telinga dpd mendengar jeritan mereka meminta tolong.
Mahmoud berkata "saya berharap orang akan mendengar suara saya dan Malaysia boleh bantu hentikan keganasan Israel. Bapa saya di tembak walaupun sudah angkat tangan sebagai tanda serah diri. Adik saya berusia 4 tahun juga di tembak." 

Tapi semalam, berita gembira telah di khabar kan kpd kita semua.
Alhamdulillah, Allah telah memakbul kan doa kita semua.
Satu gencatan senjata antara Palestin dan Israel telah berjaya dimeterai.

Antara isi kandungan Perjanjian Gencatan Senjata Palestin-Israel:

1- Israel akan menghentikan semua serangan udara,darat dan laut.

2- Israel akan membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudah kan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3- Hamas di kehendaki menghentikan serangan roket ke Israel.

4- Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan di laksanakan selepas 24 jam gencatan senjata berlangsung.

5- Mesir akan menjadi penjamin bagi gencatan senjata ini.


Muhammad Mursi - Presiden Mesir, telah memberi amaran keras kpd Israel jika tidak menghentikan serangan ke Palestin. Bagus nya jika semua pemimpin negara arab seperti beliau. 


Ada sumber menyatakan bahawa Israel enggan menandatangani kertas perjanjian dan mengumumkan komitmen mereka utk melaksanakan gencatan senjata tanpa tandatangan dan perjanjian bertulis. Menurut sumber, kerajaan Palestin pula bersetuju apabila Presiden Mesir menjadi penjamin supaya perjanjian gencatan senjata ini berlaku.

Syarat utk melepaskan sekatan ke atas semenanjung Gaza menjadi sebab utama penangguhan pengumuman gencatan senjata sejak 3 hari lalu. Mesir berjanji akan membuka sepenuh nya sekatan terhadap Gaza walaupun Israel tidak menandatangani kertas perjanjian tersebut. Persetujuan terhasil apabila Israel bersetuju dengan menjadikan Mesir sebagai orang tengah dengan syarat hentikan penyeludupan senjata.




Selasa, 20 November 2012

Jualan Amal untuk Palestin

Salam.. saya selaku admin page Rahsia Kecantikan Dalaman http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Kecantikan-Dalaman/107731579288083?ref=hl akan mengadakan jualan amal utk kutipan dana bagi membantu rakyat Palestin yang sedang dalam kesusahan waktu ini.

Jualan amal akan berlangsung di sepanjang bulan Muharram 1434H (sehingga 15/12/12)
Sebahagian keuntungan akan saya derma kan pada Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia?fref=ts

Produk2 yang terlibat dalam jualan amal ini ialah:

1.AS BEAUTY SKIN CARE


-Boleh di dapati dlm 2 jenis pek
 - pek normal set
 - pek trial set
-1 set mengandungi 3 item
 - krim siang
 - krim malam
 - sabun pencuci
Harga sem:RM126 (normal)/ RM56 (trial)
Harga sbh/srwk:RM130 (normal)/ RM60 (trial)

2. COCOARICH - COLLAGEN DRINK EXTRA POWER



Minuman berkhasiat yg boleh di nikmati oleh seisi keluarga. Sangat baik utk ibu2 yg hamil dan breast feeding kerana mengandungi ekstrak 5 jenis makanan sunnah seperti kurma,kismis,buah tin, madu,buah delima,serta campuran collagen, glutathione dan vitamin C.
sekotak mengandungi 20 sachet x 25gm
Harga sem:RM 52
Harga sbh/srwk: RM55


3. SKINRICH - PURE COLLAGEN PLUS


Sejenis suplimen utk kesihatan tubuh badan dan utk kecantikkan kulit,rambut dan kuku,etc.
Mengandungi ekstrak buah manggis,ekstrak delima,ekstrak tomato, collagen,vitamin C & glutathione. Hasil nya badan akan lebih sihat dan cergas serta kulit akan jadi lebih putih dan gebu.
Harga sem: RM107
Harga sbh/srwk:RM 110

4. FELLINA INCHLOSS LOTION


Slimming lotion yg tengah hot item sekarang ini. Mampu menghilangkan lemak2 berlebihan di kawasan perut,pinggul,lengan dan kawasan2 yg di kehendaki. Utk mendapat kan bentuk muka yg tirus boleh sapu inchloss dgn sapuan yg nipis di bwh dagu dan tulang rahang serta pipi.
Dirumus dpd bahan2 semulajadi.
Gunakan 2x sehari selepas mandi.
Harga sem:RM 75
Harga sbh/srwk:RM80

5. FELLINA VITAMIN C + PURE COLLAGEN


Sebiji kapsul mengandungi 5000mg campuran bahan2 seperti vitamin C,
pure collagen,ekstrak gluta dan ekstrak citrus.
Membantu utk sekatakan tona kulit,mencerah dan menggebu kan kulit, mengurang kan jerawat, dan bekas2 jerawat serta bintik2 hitam,anti aging,etc.
Sekotak mengandungi 30 biji kapsul utk kegunaan selama 1 bulan.
Di ambil pada waktu malam selepas makan.
Harga sem: RM 85 + postage RM5
Harga sbh/srwk:RM90 + postage RM5

6. SLIMMING SUIT BAMBOO CHARCOAL



Sut pembentuk badan ini di perbuat dpd bahan semulajadi iaitu gentian arang buluh (bamboo charcoal). Sut ini sgt kuat,elastik dan selesa di pakai.
Mengandungi infra merah yg dpt melancarkan peredaran darah dan metabolism,membakar lemak2 berlebihan,membentuk dan membetulkan postur badan.
Seelok nya di pakai selama 8 jam sehari.
Saiz S-M: bwh 60kg
Saiz L-XL: 60-80kg
Harga sem: RM 56
Harga sbh/srwk:RM60

p/s: 1) beli 2 item/return customer - free postage
       2)beli 3 item - free postage + diskaun
     

Isnin, 19 November 2012

Boycotting Israeli produce sold in the UK (Please share)



Lihat lah sendiri..
Mereka yang non-muslim ni pun mempunyai kesedaran utk membantu rakyat Palestin..

Di khabar kan Cristiano Ronaldo akan menjual kasut emas beliau yang di anggar kan bernilai 1.5 juta (selepas di cairkan) untuk di derma kan kepada BADAN AMAL PALESTIN. Dikhabar kan juga, beliau tidak akan mengambil walau satu sen pun daripada keuntungan tersebut. (Rakyat Malaysia baru di ajak boikot McD je dah nak ajak bergaduh berperang.. )

ni lah hasil dpd sumbangan McD, Coca-Cola,etc


Jom lah bantu mana yang terdaya utk rakyat Palestin. Jom lah hulurkan sumbangan utk ringan kan beban mereka. Viva Palestina Malaysia - http://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia?fref=ts adalah salah satu badan amal yang bergiat aktif membantu rakyat Palestin. Jika anda berniat utk memberi sumbangan, cari lah badan amal yang bertauliah dan sah status nya, ini utk memastikan sumbangan yang kita beri benar2 sampai kepada rakyat Palestin yg saat ini sangat2 memerlukan perhatian dan bantuan kita semua.



Ahad, 18 November 2012

Burger Free?


Pagi ni bila aku buka fb, macam rasa pelik then sedih bila baca status dan komen2 orang muslim bergaduh kan beger free ni. Ada yang berkata "apa kena mengena beger free ni dgn  rakyat Palestin?" 
Dan ada juga yang menganggap usaha utk memboikot mcd ni satu usaha yang bodoh. Ada yang terlalu taksub hingga menganggap bahawa mcd adalah sumber kesenangan nya dan pemberi rezeki utk nya selama ini. Jangan, jangan cakap begitu, berhati-hati lah ketika berbicara, jangan sampai rosak iman. Ingat lah bahawa hanya Allah yang memberi kita rezeki selama ini. Allah memberi rezeki dan kesenangan kepada hamba2 nya yang di kehendaki.

Wahai saudara2 muslim ku, ini bukan beger free, ni beger yang di beli dengan darah saudara2 kita di Palestin. Di saat saudara2 kita sengsara dan menderita di sana masih sanggup ke kita nak menikmati makanan ni lagi. Kenapa mcd harus anjur kan beger free di saat Israel melancar serangan udara bertalu2 keatas Palestin. Ia hanya lah utk meraih perhatian dan melalai kan masyarakat islam tentang kesengsaraan rakyat Palestin sekarang ini. Dan pagi ini bukti nya mereka berjaya melalaikan dan memecah belah kan orang islam bila mana kita sesama sendiri bercakaran mempertahan kan pendapat masing2.

so shameful ;(

Aku selalu tegas dengan pendirian dan pendapat aku. Bagi aku hidup ini adalah mengenai pilihan. Kita sendiri yang menentukan pilihan hidup kita. Tapi kesian kan dengan rakyat Palestin, mereka tak diberi pilihan utk menjalani kehidupan yang mereka kehendaki. Tapi kita di sini masih mempunyai pilihan sama ada masih nak menikmati makanan di mcd atau henti kan terus sokongan terhadap mcd. Saat ini tentera2 Israel sedang menunggu keputusan menteri2 kabinet utk melancar kan serangan darat ke atas Palestin. Yup, mungkin menteri2 kabinet Israel sedang menunggu McDonald masuk kan dana utk membeli peluru2 dan roket2 utk membedil Palestin. 

Dan betapa benci nya aku bila berita di TV memaparkan menteri2 bagi negara2 arab menganjurkan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu ni. Tak habis2 mesyuarat, tak habis2 berbincang tapi masih tak ada keputusan dan tindakan yang berani di ambil. Buat mesyuarat tergempar konon, seolah2 peperangan antara Israel dan Palestin baru berlaku semalam.

UAI pun dah bg hint, so buat lh keputusan yg bijak

Wahai saudara2 seislam ku, tunjuk kan lah yang kita ini peduli dan prihatin dengan nasib saudara seislam kita yang sengsara di Palestin saat ini. Ini bukan semata2 mengenai agama, tapi kemanusiaan. Mungkin dengan usaha kita yang kecil ni dapat menyelamat kan satu nyawa yang tidak berdosa. Dan hanya Allah jua yang berhak utk menilai keikhlasan usaha kita itu. 

Khamis, 15 November 2012

Hati ku di Palestin

Setiap kali memandang gambar2 yg berkait dgn Palestin di post di wall fb ku, terasa tersekat kerongkong ni, sangat berat dada ni nak hembus kan nafas.. sangat sebak..

Melihat kanak2 kecil yang sebaya dengan Abid dalam keadaan tragis, amat2 meruntun naluri aku. Tak tergambar rasa nya kesedihan yang di tanggung oleh ibu-bapa nya. 

Rasa nya Israel dan zionis sedang ketawa melihat mayat2 bergelimpangan di bumi Palestin. Suara2 bantahan dari seluruh pelusuk dunia sikit pun mereka tak gentar. Mereka begitu obses dengan misi mereka untuk merampas bumi Palestin.

Mereka yang bukan beragama islam juga bangkit menyuarakan hak kemanusiaan,kita saudara seislam ini, bagaimana pula

Atau pun sebenar nya Allah sedang menguji kepekaan seluruh umat Islam. Adakah kita semua akan sama2 bangun untuk menentang Israel atau hanya membiar kan sahaja saudara2 kita di Palestin hidup dalam sengsara peperangan yang tak berkesudahan.


Mungkin kita tak sanggup utk mengerah kudrat tulang empat kerat utk bersama2 rakyat Palestin memerangi kekejaman Israel, tapi yang pasti kita boleh memerangi mereka dari segi ekonomi. Marilah kita semua bersama2 bersatu hati memboikot produk2 yang memberi tajaan kepada Israel. Tak mati pun kan kalau tak makan Mcdonald, tak mati pun kan kalau tak minum air Coca-Cola. Aku memang tak minum pun air coke, sangat tak serasi dengan tekak aku. Dan dah lama sangat2 tak makan Mcd.. Makan beger bakar lagi sedap, dapat pahala lagi sebab support produk muslim.

Di hari jumaat yang penuh barakah ini, ikhlas kan lah hati kita untuk mendoakan kesejahteraan bumi Palestin dan keselamatan rakyat nya daripada kekejaman tentera Israel dan zionis. Luang kan lah masa seminit-dua selepas solat utk berdoa. Antara amalan yang paling baik ialah apabila kita mendoakan kesejahteraan saudara kita yang lain dalam diam (secara tersembunyi).

Qunut Nazilah :-

اللّهُمَّ إِنّا ن
َسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين


Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

-sumber dari Ustaz Dr.Zaharuddin.net-

Aku tahu, janji Allah itu pasti.. Pasti suatu hari nanti bumi Palestin akan sejahtera kembali. 

Rabu, 14 November 2012

Parenting Guide:Kenali Tingkah Laku Anak Berumur 2-4 Tahun


Alhamdulillah.. lega sikit kekusutan aku ni lepas baca artikel ni. 
Abid sekarang berumur 3 tahun 4 bulan. Tapi susuk tubuh dan ketinggian dia dah macam budak umur 5 tahun. Orang2 cakap dia mewarisi gen aku dgn hubby. Ye lah, mak bapak tinggi, anak pun ikut tinggi.

Tapi bukan fizikal dia yang jadi masalah, adoyaiii perangai dia.. memang sakit kepala. Dia sangat aktif tak kira lah kat mana sekali pun. Dekat rumah dah tentu lah, ni kat rumah orang, kat pasaraya,kat mana2 je lah memang tak reti duduk diam. Main je kerja nya, terlompat sana sini, mulut tu mengomel jek. Dia main sorang pun jadi. Diam nye cuma waktu tidur je. Yang buat kitaorang kusut ni kalau kat public dia sikit pun tak endah kan arahan kitaorang. Tengok anak orang lain berjalan dengan mak bapak diaorang,elok je perangai. 

Dua minggu lepas, bawak Abid jalan kat shopping complex. Dia cakap dia nak kencing, belum sempat bawak pi toilet dia dah terkencing dalam seluar. And dia kencing kat dalam pasaraya tu, adoyaii betapa panik nye aku. Dalam 1 jam sampai 2x kejadian tu berlaku and 2x jugak lah kitaorang kena beli kan dia seluar baru. Mungkin sebab dia kerap berlari dan melompat tu yang buat dia kerap nak kencing,tambah pulak hari hujan. Dekat rumah pun kekadang macam tu, punya lah khusuk sangat bermain sampai dah terkencing dalam seluar baru dia nak pi toilet. Ya Allah, kurnia kan lah aku kesabaran di tahap yang paling tinggi sekali,amin.

Bila baca artikel ni, sedikit sebanyak aku dapat memahami senario diri Abid. Sama lah ni, artikel ni memang sebiji, sepadan sangat dengan diri Abid. Dan aku share kat sini utk berkongsi tips ini dengan ibu-bapa yang lain. Semoga kita lebih sabar dan tabah dalam memahami karenah anak2 kita.

Kenali Tingahlaku Kanak2 Yang Berumur 2-4 Tahun
Kanak2 yang berumur 2-4 tahun mengalami 4 jenis perkembangan.

1.Perkembangan Fizikal
Sangat aktif, suka berlari dan melompat.Mereka sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot-otot badan.
Solusinya: bawalah mereka ke tempat permainan selalu bagi melatih fizikal mereka di bawah pengawasan ibu-bapa.

2.Perkembangan Mental
Mempunyai daya konsenterasi sangat rendah dan mudah merasa jemu.Tetapi mempunyai sifat ngin tahu yang sangat tinggi.Vocab mereka juga masih terbatas tetapi mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang.
Solusinya: Ibu bapa perlu bertindak sebagai pendengar yang setia pada setiap bebelan mereka. Tingkat kan penggunaan 5 pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang.Berikan mereka permainan yang melatih kreativiti mereka seperti menyusun blok atau pun puzzle.

3.Perkembangan Emosi
Menyukai suasana yang sudah di kenali dan takut jika dalam suasana asing.
Solusinya: bawalah mereka sekerap mungkin bergaul dengan orang sekeliling, lama kelamaan rasa takut itu akan hilang.
Abid pulak dia tak takut langsung dengan orang. Dia memang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling atau pun orang yang baru di kenali. Ketika umur nya baru 2 tahun dia dah boleh mengingat jalan balik kerumah dari rumah mak mertua ku dan dia boleh ingat tempat2 yang dia pernah pergi. Tapi dia sangat takut dengan bunyi2 yang kuat contoh nya bunyi mercun,bunyi guruh,bunyi hujan yang terlalu lebat,bunyi orang mesin rumput dan yang paling aku tension bunyi blender pun dia takut. Bayang kan lah, setiap kali aku nak blender bahan2 utk masak dia akan mencicit lari. Baru pegang blender, belum pun blender lagi. Kekadang dia akan menangis sambil peluk kaki aku ni "mama jangan lah blender, mama abid takut ni.." adoyai abid,abid..

4.Perkembangan Sosial
Mempunyai sifat berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri yang banyak menentang dalam setiap arahan ibu-bapa dan seringkali mengatakan tidak. Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan yang tidak boleh di lakukan.
Solusinya: Ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulang kali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang.Pelukan dan hubungan baik malalui rakan sosial mampu melembutkan sifat egoistik mereka.

Tapi orang tua2 selalu cakap kan, macam mana perangai anak kita ni sekarang, macam tu juga lah perangai kita masa kecik dulu hihi.. yup memang betol, ada certain perangai Abid yg memang copy&paste perangai aku. Yang paling ketara sekali 'takut makan ubat'. Aku sampai dah tua bangka cam ni pun masih takut lagi makan ubat. Tapi aku akan mengamuk gila bila Abid demam tapi tak nak makan ubat. Ye lah, dia kecik lagi. Kalau demam panas tapi tak nak makan ubat, kang jadi apa2 hal kita yang mak bapak ni yang menyesal seumur hidup. So kesimpulan nya, ada certain thing kita boleh tolerate dgn anak2 kita, dan ada certain thing yg kita kena tegas, no means no ok!

Selasa, 13 November 2012

Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah kepada semua pembaca blog ku yang tak seberapa ni.

opss sebelum terlupa terima kasih yang tak terhingga kepada semua customer2 yang dah membeli produk2 di page Rahsia Kecantikan Dalaman - http://www.facebook.com/pages/Rahsia-Kecantikan-Dalaman/107731579288083?ref=hl. Yang paling laris sekarang produk Fellina Beauty Inchloss Lotion, oder masuk bertubi2. Pada sesiapa yg nk jadi dropship agent/dealer, pm je kat fb k. FYI, pada waktu malam dan hujung minggu saya memang tak on-line. Itu ada lah masa utk keluarga. Tak kan dari siang sampai ke malam nk menghadap pc je kan, kesian pulak kat hero ku yang 2 orang tu, kurang kasih sayang pulak nanti hihi.. Tapi pd customer yg sms/call insyaAllah saya akan layan k, dont worry ;)

Dan ada jugak customer yg meragui status saya ni. Maaf, saya memang tak pandai cakap benda2 yg manis utk cair kan hati orang. Saya adalah saya, apa ada nye.. saya cuma menjalan kan perniagaan on-line ni separuh masa utk mencari rezeki yang halal utk menambah pendapatan, itu sahaja. Saya tak tipu orang, saya tak makan riba dan tak makan duit haram. Jika anda berminat dgn produk saya sila pm, tp jika anda tidak berminat tak payah lh pm kat inbox saya yg bukan2 ok. 

But it's ok, saya maaf kan. Ragam manusia macam2 kan ;)

Di kesempatan ini saya ingin ucap kan Selamat Menyambut Awal Muharam kepada seluruh umat islam yg singgah ke blog saya yg tak seberapa ni ;) Terima kasih banyak2.

Tutuplah buku amalan kita dengan catitan amal kebaikan dan mula kan lah buku amalan kita dengan senyuman kebahagiaan. Salam Maal Hijrah ;)

Khamis, 8 November 2012

PRODUCT REVIEW: FELINNA BEAUTY VITAMIN C + COLLAGEN

Alhamdulillah.. syukur sangat2 kpd Allah yg memberi rezeki.
Sejak masuk kan entry produk Inchloss kelmarin, order masuk bertalu2.
Terima kasih kepada customer2 yg percaya pada keberkesanan produk Fellina Beauty Inchloss Lotion.
InsyaAllah, yang penting sekali disiplin. Nak buat apa2 pun kalau tak ada disiplin memang tak jadi, hancusss jadi nya. Bila dah start beli, kena lah start guna, sapu kat mana2 bahagian badan yang berlemak tu, jangan culas! Kalau hari ni sapu, besok tak sapu mana nak nampak hasil nya. Sapu 2x sehari selepas mandi ok!

Dan hari ni, nak memperkenal kan satu lagi produk keluaran FELLINA MARKETING: FELLINA BEAUTY VITAMIN C + PURE COLLAGEN.
                                                                          



FELLINA BEAUTY - VITAMIN C + PURE COLLAGEN
sekotak mengandungi 30 biji kapsul utk kegunaan selama 1 bulan.
Di ambil pada waktu malam selepas makan
Harga sem: RM85
Harga sabah/srwk:RM90

Jika anda berminat untuk mendapat kan nya boleh lah pm saya di fb 

Produk ini sangat fast selling, stok yg masuk semua dah di booking. Dengan harga yang amat berpatutan, insyaAllah anda pasti berpuas hati dengan hasil nya.

Khasiat FELLINA BEAUTY VITAMIN C + PURE COLLAGEN
- mengatasi masalah kulit dari dalaman
- mengurangkan masalah jerawat dan dark spot

- melicin dan menegangkan kulit
- mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti
- darah tinggi, jantung tersumbat dan lain-lain lagi!

- KELUARAN MUSLIM
- DI KILANGKAN DI KILANG BERSTATUS GMP
- DI JAMIN HALAL DAN SELAMAT
- MENDAPAT KELULUSAN KKM

Reg no :ULUKM/1542/12
Halal ref No : 150127-PR
MFG :1012
Exp.Date : 2015

sedikit info yg anda perlu tahu ;)
Bahan utama nya terdiri dpd:
-collagen marine
-extract gluta

-vit c
-extract citrus

1 kapsul Fellina Beauty Vitamin C + Pure collagen mengandungi 5000mg bahan2 di atas.
Wanita hamil dan breast feeding pun bole mengguna kan nya.

Sedikit info yang sempat saya cari mengenai kandungan bahan2 di dalam Fellina Beauty Vitamin C + Pure collagen.


1. Kollagen
-Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300).

-Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)

-24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2

-Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan

-PH bernilai 7.6
Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.

2. Gluta / Glutathione
Gluta/Glutathione adalah protin yang mengandungi 3 jenis asid amino iaitu cysteine, glutamic dan glycine, yang biasanya dihasilkanoleh badan untuk mengatasi pencemaran udara, air yang di minum,bahan kimia dan racun serangga di dalam makanan yang di makan. Bahan-bahan ini boleh memusnahkan sel-sel di dalam sistem tubuh  kita. Glutathione selalunya dipanggil sebagai “Master Anti-oxidant..di dalam badan, molikul yang terbentuk oleh jalinan asid-asid amino dan anti-oxidant yang di hasilkan secara semulajadi oleh badan. Ia nya telah diketahui secara meluas tentang kepentingannya untuk mengekalkan kesihatan dan jangka hayat yang panjang.

Glutathione selalunya dipanggil sebagai “Master Anti-oxidant..di dalam badan, molikul yang terbentuk oleh jalinan asid-asid amino dan anti-oxidant yang di hasilkan secara semulajadi oleh badan. Ia nya telah diketahui secara meluas tentang kepentingannya untuk mengekalkan kesihatan dan jangka hayat yang panjang.
Glutathione yang dipertingkatkan kandungan dose nya memberikan kesan sampingan yang baik seperti memutihkan kulit (SKIN WHITENING). Badan akan meningkatkan penghasilan glutathione selari dengan peningkatan pendedahan badan kepada bahan beracun (toxin). Tanpa perlindungan dari Glutathione ini, sel-sel badan akan mati dengan kadar yang cepat, ini akan mempercepatkan proses penuaan dan risiko kanser.
Anti-oxidant, anti-penuaan dan untuk pencerahan kulit . 


Apa yang boleh Glutathione lakukan untuk anda:

·          -Memutihkan Kulit
·                 - Menghilangkan bintik hitam
·                 - Mencegah/menghilangkan jerawat dan parut
·                 - Anti penuaan dan anti kedut.
·                 - Menjadikan kulit licin, segar dan berseri-seri
·                  - Mempercepatkan penyembuhan luka

3. Vitamin C
Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif. Vitamin C biasa nya di peroleh daripada pemakanan dari sumber tumbuhan dan haiwan.
Antara kebaikan Vitamin C dalam kehidupan kita:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang     sihat dan gigi.

- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat  berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan  penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.