BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 23 November 2011

Malaysia Damai..

As salam.. lum terlambat rasa nya nak ucap kan tahniah kat team Malaysia - Harimau Muda. Specially tu my feveret player; KFCM a.k.a Khairul Fahmi Che Mat..

Alhamdulillah.. bangga nye. Tido pun senyum jek.. haha

And kepada team Indonesia; Garuda Muda.. adat permainan. Dah nama nya pun bola sepak, mesti ada team yg akan menang dan ada team yg akan kalah. Tak perlu lah terlalu emosi..

Khabar nya peminat2 fanatik bola sepak Indonesia telah melempias kan kemarahan hingga terbawak2 ke alam cyber dgn menggodam laman web 1 Malaysia dan maki hamun di facebook and the latest sekali memonyet kan gambar kapten Team Harimau Muda; Badrol Bakhtiar..




Tak baik kan diaorang ni.. isk isk isk
Udah2 ler tu.. Sukan Sea di wujud kan utk merapat kan lagi silaturrahim, tapi sebalik nya pulak yg terjadi..

Rasanya dari zaman Presiden Soekarno lagi, orang Indonesia selalu bikin konfrontasi dgn orang Malaysia.. aku sangat2 tak paham kenapa Indon selalu cari gaduh dgn Malaysia. Sedangkan kita ni bersaudara dan dari agama yang sama. Kebanyak kan rakyat nya cari makan kat Malaysia, dan ada yg dah hidup senang, punya bisnes sendiri dan ada yang berkahwin dgn rakyat tempatan. Meraka diterima baik di Malaysia.. jadi mau apa lagi yaaa..

Aku sendiri berketurunan jawa. Arwah datuk aku dari Ponoroga berhijrah ke Malaysia dan berkahwin dgn arwah nenek aku. Alhamdulillah.. family kitaorang ok jek. Tak ada penindasan utk org2 berketurunan jawa. Kita kan serumpun, budaya kita lebih kurang sama jek. Kalau ada persamaan itu kerana dibawa oleh org2 terdahulu yg berhijrah ke Malaysia. Dan beberapa tahun yang lepas family aku di kunjungi oleh saudara2 kitaorang yang kat jawa. Kiranya diaorang menjejak kembali saudara mara yang menghilang.. so sweet ;)

So, jangan sebut lagi Malaysia as a Malingsia, ok! Kau dan aku sama jek..

Malaysia selalu ingin kan damai dan sentiasa beralah kerana sengketa tak membawa apa2 kebaikan utk kita semua. Bila Indonesia di terima musibah, cepat2 Malaysia menghulur bantuan. Begitulah sepatut nya hidup sebagai tetangga ;)

Harimau Muda dan Garuda Muda sama2 kuat.. hingga ke game masa tambahan pun sama2 tak mahu kalah, cuma malam tu luck lebih kepada Harimau Muda.. jadi kita terima seada nya saje;)