BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 9 November 2011

Perkara2 yg Merosak kan Otak

Hari ni nak share perkara2 yg boleh merosak kan otak. Bahaya jugak kan, tak breakfast pun boleh merosak kan otak kita. Kepada perokok2 semua (speciall to my hubby) udah2 ler isap rokok tu. Membazir je.. baik simpan duit utk hri tua, tak pun melabur dlm endowment ke, medical insuran ke haa, terjamin sket masa depan kita.. ;)

Kepada wanita2 yg isap rokok (skang tengok dh ramai, mcm trend pulak) jgn isap rokok time pregnant, membahaya kan otak baby dlm kandungan tau.. kesian kat baby tu nanti ;(

10 Perkara yang Boleh merosak kan Otak

1) Tidak mengambil sarapan pagi
seperti yang kita sedia maklum, otak merupakan salah satu bahagian badan yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sehingga 25% daripada jumlah keseluruhan tenaga. Kesilapan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini ialah malas untuk mengambil sarapan pagi yang mana akan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak dan menyebabkan banyak sel-sel otak yang akan mati dan membuatkan otak tidak berfungsi dengan baik pada hari tersebut.


2)Terlebih makan
Apabila terlebih makan juga akan membuatkan otak kita menjadi lemah. Hal ini adalah kerana lebih banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Oleh itu, otak tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi dan menyebabkan kita hilang tumpuan dan mengantuk.


3) Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana ia mampu membunuh sel sel otak


4)Mengambil gula berlebihan
Gula yang diambil secara berlebihan mampu menganggu penyerapan nutrisi oleh otak. Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan ini juga menyebkan otak menjadi tidak sihat


5) Menghidu udara yang tercemar
Otak merupakan anggota badan yang mengambil oksigen pada kadar yang paling tinggi dalam badan. Apabila menyedut udara yang tercemar, ia sekaligus akan mencemarkan otak dan merosakan sistem yang dikawal oleh otak kita.

6)Tidur berlebihan
Tidur merupakan satu keperluan untuk setiap manusia. Namun, tahukah korang tidur yang berlebihan juga menyebabkan otak kita menjadi semakin lemah dan kemampuan berfikir juga akan berkurang.


7)Tidur dengan menutup muka
Apabila kita tidur meniarap atau tidur dengan menutup muka dengan bantal atau tangan akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen kerana karbon dioksida akan terperangkap dan kita akan menyedut semula gas karbon dioksida yang dilepaskan. Hal ini akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen dan menjadi semakin lemah


8)Kurang berimaginasi
Berfikir adalah salah satu untuk mengasah kemampuan otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.


9)Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lemah dan tidak aktif.Maka dengan amalan berfikir ini mampu untuk melatih otak kita dan meningkatkan kecerdasan otak.


10) Tidak membaca Al-Quran
Al-Quran adalah kalimah Allah S.W.T . Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada otak kita.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal

sumber:http://www.uptomu.net/2011/11/perkara-yang-merosakan-otak.html