BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 4 Oktober 2011

Giliran Namewee pulak memohon maaf..


Ikhlas ke.. atau dia mempunyai agenda yang tersendiri.
Tapi, aku seorang manusia yang positif. Sentiasa menyambut baik kebaikan orang lain.
Sampai husband aku cakap; "awak tu baik sangat dengan orang. Bukan nya dapat apa pun buat baik dengan orang.."

Aku senyum aje lah dengan komen laki aku tu. hehe.. aku tahu lah apa yang aku buat.

Pada aku, hidup kita cuma sementara je kat atas dunia ni. Bila kita buat baik, semesti nya kita harap kan balasan yang baik jugak kan. Dan hati kita akan tercalar jika balasan nya tidak seperti yang kita harap kan.Tapi, aku sentiasa ingat kan diri aku bila buat sesuatu kebaikan. "Kalau aku tolong orang, insyaAllah suatu hari nanti kalau aku susah, Allah akan tolong aku ;) "

Macam kes Namewee ni, dia mengharap kan keampunan dari rakyat Malaysia ke atas penderhakaan nya yang lalu. Ntah apa lah yang telah membuat nya tiba2 berubah. Pada diri nya, Filem pertama arahan nya Nasi Lemak 2.0 yang bertemakan 1 Malaysia ni adalah penebus dosa silam nya. Tapi bila sambutan nya tidak seperti yang di harap kan, mengapa cepat sangat melatah, mengapa cepat sangat melenting..

Ermm, ntah lah konpius aku!

Permohonan maaf nya yang di buat melalui laman web facebook pada ahad lepas, mengakui akan kesilapan nya yang terdahulu berhubung video klip "Negarakuku" yang jelas menghina negara, institusi raja, bangsa melayu dan juga agama Islam.

Dalam permohonan maaf nya, Namewee menyatakan bahawa dia telah beberapa kali berbuat demikian tapi media Malaysia tidak berminat untuk menyiarkan perkara itu.

Namewee juga meminta rakyat Malaysia tidak mengutuk rakan2 nya iaitu Afdlin Shauki dan Adibah Noor, sebagai pengkhianat Melayu hanya kerana berlakon dalam filem arahan nya - Nasi Lemak 2.0.

 “Perkara “Negarakuku”, saya sudah menjelaskan dan meminta maaf banyak kali di media, tapi media kita “tak suka” melaporkan (terutama Utusan) …Jika anda masih mahu benci saya pun tak apa…,tapi sila jangan menghina kawan-kawan saya.

“Tujuan Afdlin Shauki & Adibah Noor menyertai filem “Nasi lemak 2.0″ ialah menghantar mesej patriotik dan bersatu padu kepada semua rakyat Malaysia, tetapi ada beberapa ‘Extremist’ cakap meraka ialah “pengkhianat melayu” …..==”… saya hanya harap ramai orang boleh cuba pergi tengok “Nasi lemak 2.0″, beli pirated DVD pun ok lah…:),” 

Secara peribadi pada aku; kita maafkan ajelah. 'Nobody is perfect'.. semua orang melakukan kesilapan. Tapi jangan gunakan kekurangan kita untuk melakukan kesilapan demi kesilapan.. Tu memang nak mintak hempukkk namanya hahaha..
Tapi kalau terjumpa dia, aku teringin sangat nak tanya dia; "Apa motif dia buat video clip2 gila semua tu? Apa yang tak best sangat kat Malaysia ni? I ok jek " ... ;)