BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 3 Oktober 2011

Mahathir VS Yahudi


Saje je nak share kat u'olls yang kalau2 ada di antara kita dah hilang kepercayaan kepada negara sendiri. Bukan aku nak mendewa kan Tun atau pun aku bukan lah penyokong kuat BN (x pernah pi ngundi pun)

Tapi aku menganggap nya sebagai seorang negarawan. Walaupun idealogi nya kadang kala tidak difahami dan di tentang, tapi dia seorang yang realistik (pd pendapat aku lah). Dia cuma hanya ingin melihat rakyat Malaysia (terutama nya melayu) lebih bersemangat waja dan lupa kan tradisi meminta2..

Seperti motto hidup aku "Bukan senang nak senang". Bila kita dah senang nanti pun, bukan nya kita boleh dok lepak, relaks2 jek. Cuba tengok orang cina yang kaya2 tu, awal2 pagi dah bangun, keluar rumah cari bisnes. Orang melayu, kol 10 pg, matahari dah meninggi baru bangun. Kan waktu pagi tu pembuka rezeki, pintu segala rezeki.. So bangun lah pagi2, macam aku.. hahaha
(tak berniat nak menghina bangsa sendiri, just nak banding kan lifestyle masyarakat di Malaysia ni ;)

Berbalik pada video kat atas ni.. sakit hati pulak tengok moderator tu. What is the point? Apa yang dia nak buktikan dgn bagi soalan2 provoke macam tu.. Tak nampak pun kesinambungan setiap soalan tu. Yang aku nampak dia macam nak buktikan yang Tun Mahathir seolah2 bukan lah pemimpin negara yang baik. Macam sakit hati sangat dia dgn Tun.. Kalau tak puas hati, turun sini arr.. amacam, ada bran? hehe

smile.. ;)

Sesuatu yang membuat kan aku tergelak kecil sendiri..
Hopefully, dapat menceriakan u'olls jugak

ni kisah seorang jejaka yang meminta rakan nya untuk meng'edit' gambar nya.. tapi hasil nya amat lah memeranjat kan diri nya.. haha

 ini adalah gambar asal


Dibawah ini adalah antara gambar2 yg telah di edit ;)






mesej yang ingin di sampai kan ialah; berhati2 bila post kan gambar anda di facebook or whatever apa pun laman web sosial yang lain ye ;)

Nak tengok gambar selanjut nya korang klik link di bawah ni yek ;)

http://malaysian-choice.blogspot.com/2011/09/berhati-hati-bila-post-gambar-anda-di.html
 p/s: tq for make me smile

Semudah itu..


Apa perasaan korang bila tengok gambar ni? sedih, marah, pelik, atau pun biasa2 aje.
Atau mungkin dah banyak sangat kes pembuangan bayi di dedah kan media, dah tak heran dah..

Macam mana pulak kalau korang sendiri yang terserempak dengan mayat bayi yang di buang, tak kira lah kat mana tempat nya, di pondok menunggu bas ke, dalam tong sampah ke, dalam mangkuk tandas ke atau pun ternampak anjing sedang menggonggong sekujur tubuh kecil atau sang biawak yang sedang menyiat-nyiat tubuh si kecil, adakah situasi itu bisa menyentap perasaan insan korang semua..

Bila di tanya kepada ibu bayi ini, mengapa tergamak membuang bayi nya sendiri ke longkang, ini jawap nya;
"saya buang dia di longkang kerana dia dah tak bernyawa lagi"..
semudah itu.. hanya semudah itu jawapan nya. Macam tak ada perasaan.
Macam buang tin minuman yang sudah kosong.. just like that!

Gila kentang betul! Betapa seksa nya saat mengandung dan melahirkan.. then bila dah melahirkan, kau buang bayi tu begitu sahaja! Astaghfirullahalazim...

sorry kalau aku sangat2 beremosi.. tapi aku memang tak dapat men'consider benda2 macam ni!

Ibu kepada bayi ini baru berumur 19 tahun dan bekerja sebagai pelatih di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang. Setelah melahirkan bayi nya di tandas asrama penginapan nya, dia membuat keputusan untuk membuang bayi nya ke longkang setelah mendapati bayi nya sudah tak bernyawa lagi.

 Just like that! iskkk marah nya aku..

Dan bayi itu di jumpai oleh orang ramai kira2 pukul 9.30 pagi tadi dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dengan keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat lagi.

Ya Rabbi, kau selamat kan lah semua bidadari2 kecil ku di sluruh dunia dari segala kekejaman dunia.. Amin