BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Ahad, 2 Oktober 2011

Antara Hiburan dan Kepercayaan

Tun Dr Mahathir Mohamad; "Filem hantu rosak kan fikiran rakyat, karut semata"

Bagus rasa nya bila salah seorang pemimpin tertinggi negara (walaupun beliau x-PM, tp nasihat & pandangan nya masih lagi bernas) bercakap mengenai isu2 seperti ini.
Kalau orang2 kebanyakkan yang bercakap, ia umpama angin lalu jek. Tak memberi kesan langsung.
Aku sangat2 setuju. 

Tun Mahathir bercakap mengenai pandangan beliau berkaitan pengeluaran filem hantu/seram yang melambak2 di pawagam;"filem hantu hanya meracun fikiran rakyat Malaysia & karut semata"
Menurut beliau, filem hantu boleh membantut kan usaha kerajaan untuk membina rakyat yang lebih percaya kan sains & teknologi berbanding kepercayaan tahyul & karut.

"sebagai seorang muslim, kita patut tahu hanya Allah s.w.t yang mempunyai kuasa atas segala sesuatu"

Yupp, semesti nya itu betul. Tapi kita tak boleh menolak kewujudan iblis,syaitan dan juga jin. Mereka juga makhluk Allah yang di perakui kewujudan nya di dalam Al-Quran. Mereka di beri green light oleh Allah untuk memperdaya kan umat manusia sehingga hari kiamat nanti. Mereka boleh menyerupai pelbagai rupa bentuk yang mereka suka. Mungkin dari situ lah muncul nya panggilan2 seperti hantu pocong,pontianak,toyol.. bla,bla.. 

Dengar2 nya Eirma Fatimah dah pun bising2 kat twitter dia pasal komen Tun ni.. Aku menganggap nya hanya sebuah pandangan atau pun nasihat bapa kepada anak nya. 

Ada seorang hamba Allah ni cakap; "bukan semua orang mudah terpengaruh. bukan semua rakyat Malaysia ni bodoh untuk terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam filem2 seram. filem seram pun salah satu bentuk hiburan. Holywood pun ada citer seram.."

Rasa2nya apa kah kesalahan penyataan di atas..

Seriously memang pernah terbit kebimbangan kat hati aku ni tengok citer2 hantu kat tv/pawagam bermacam2 pesen dan gaya nya. Kekadang macam tak masuk akal. Sampai menggeleng kepala aku di buat nya. And skang ni citer hantu/seram tak masuk lagi dalam list harus nonton kitaorang kat rumah. Tapi malam minggu yang lepas, kitaorang ada tengok citer hantu dari indon kat astro (last2 minit, dah nak ending). Mak aii, naik pelik aku tengok pakaian yang dipakai oleh pelakon2 pempuan dalam citer ni. serupa macam tak pakai baju.. sampai tanpa aku sedari terkeluar soalan dari mulut aku; 
"kenapa eh diaorang ni pakai baju2 macam ni, baik tak payah pakai baju, pelik lah.."
then laki aku jawab "sebab nanti tak ada orang nak tengok"
aku tengok muka laki aku dengan muka yang berkerut.. "iye ke.." jawab hati aku

Ntah lah, pada pendapat aku macam lebih banyak buruk dari baik nya.. kalau tak terpengaruh dengan watak2 hantu yang di paparkan mungkin akan terpengaruh dengan cara berpakaian artis2 tersebut atau pun gaya percakapan watak2 dalam citer tersebut..

Sampai anak aku yang berumur 2 tahun pun tahu apa tu momok.. bila dia nampak orang pakai purdah atau pun orang india yang kulit nya lebih gelap daripada biasa, dia akan jerit2 cakap momok! momok!.. naik fenin kepala aku.. hahaha

Lagi pun kita kan sedang menuju ke arah negara maju. Daripada buat citer2 hantu tu, baik buat filem sains fiksyen pulak. Citer2 pasal angkasa lepas ke, citer macam armageddon ke.. asik tengok orang putih je yang selamat kan bumi. Nak gak tengok orang Malaysia jadi hero bumi hehe..