BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 30 September 2011

Adoyaii.. sian baby ni!

Kepala baby tertusuk pengecas handphone

siapa nak jawab ni.. adoyaiii. Ni lah antara aksi yang tak sanggup aku nak tengok. Tak terfikir pun kan yang pengecas handphone boleh memberi efek kat kehidupan kita sampai macam ni sekali.

Tragedi ni berlaku di Quingyuan, China. Baby ni yang pada mula nya sedang tido tapi terjatuh dari katil nya lalu menghempap pengecas tu. Malang nya pengecas tu boleh tertusuk kat kepala pulak.. sian dia ;(

Baby ni yang baru berumur setahun ni terpaksa menjalani pembedahan selama 6 jam demi untuk menyelamat kan nyawa nya. Para doktor terpaksa menanggal kan satu persatu pengecas tu sampai tinggal 2 rod logam jek. Pas tu doktor terpaksa menggerudi tengkorak baby tu untuk mencabut 2 rod logam tu.

Menurut doktor pakar di hospital itu, ni ada lah kes pertama seumpama nya. And baby tu tersangat lah bernasib baik sebab tusukan tu tak kena pada saluran darah nya, kalau tak memang dia akan mati serta merta... adoyaiii

Pada parents semua, termasuk lah aku. Jaga anak kita baik2 k. Malang tak berbau kan ;)

Apa komen Datuk Seri?


Bila press tanya PM, apa komen beliau mengenai Namewee?
Ni jawab beliau;

"saya di fahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1 Malaysia. Jadi saya galak kan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger"

"Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencermin kan sokongan kita kepada Gagasan 1 Malaysia"

Namewee aka Wee Meng Chee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari universiti di Taiwan kini jadi pengarah filem pulak. Kalau tak silap aku, filem pertama arahan nya Nasi Lemak 2.0 tengah main kat pawagam sekarang.

Sikit masa dulu, mungkin dalam 2-3 tahun lepas dia ni pernah menggemparkan negara dengan music video nya di you tube yang berjudul 'Negarakuku'.. kecoh jugak lah masa tu.

Tapi, bila tanya PM mengenai hasil kerja Namewee yang dulu2, ni jawab beliau;

"saya tidak mahu memberi komen, sebab masing2 ada kelainan nya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainan nya. Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikiran nya"

ermmm.. jawapan selamat!

Ntah apa lah yang dia sakit hati sangat dok kat Malaysia ni. Adat lah, Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa. Banyak orang, banyak lah ragam nya. At least, kau hidup lagi sampai sekarang dok kat Malaysia ni kan. sihat tubuh badan, sempurna fizikal tak ada cacat cela nya..

Cuba tengok negara lain, kanak2 mengemis di tepi2 jalan demi sesuap nasi. Ada yang kecik2 lagi dah mati kebuluran. Ada yang tengah tido malam syok2 kat rumah, tapi tak sempat nak jumpa pagi sebab malam2 rumah dah kena bom. Kita kat Malaysia hujan air, diaorang kat sana hujan peluru mortar. sadis nya..

Aku sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Thank you Allah..

Honestly kalau kau nak hidup senang dan diberkati, memang kena struggle lah. Bukan senang nak senang kan.. ;) Tapi kalau nak senang dengan cara yang senang pun ada jugak.. Tepuk dada, tanya iman.. ;)

Kecoh2 chef Wan..


Apa saje lah dunia selebriti ni kan.. lum kahwin kecoh, dah kahwin pun orang nak kecoh2
Yang malang nya kawan2 selebriti jugak yang kecoh

Tapi apa kena mengena Chef Wan dengan diaorang ni kan, sehingga pedas sungguh kritikan nya mengenai majlis persandingan diaorang ni kat facebook dia.. Orang dah jemput datang, enjoy je lah. Bukan nye kena bayar pun..

Ni antara kritikan pedas nya..

“If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.

“Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la,”

Dia menganggap Norman dan Memey kelihatan terlalu canggung di majlis persandingan sendiri seolah2 diperalat kan oleh Raflessia (penaja majlis persandingan) hanya untuk menjadi model untuk mempromosi kan produk Raflessia jek.

Pas tu dia kutuk2 pulak baju yang si Memey tu pakai. Ada dia cakap baju tu umpama macam baru keluar dari mesin basuh jek.. amboi chef Wan ni, mentang2 lah majlis anak dia dah lepas, dok selamba je ngutuk2 majlis kahwin anak orang yek..

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.

“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.

“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,”

Pas tu komen dia lagi, konon nya majlis tu tak berupa majlis kahwin seorang islam kerana sepanjang majlis hanya di main kan lagu2 gereja jek, doa selamat pun tak ada (isk isk isk.. x patut) tapi aku terjumpa pulak gambar Norman dgn Memey tengah meng'amin' kan doa masa majlis tu. Ntah2 si chef Wan ni datang lambat gak nye, tak pun dia panas ati sangat majlis lum habis dia cabut dulu hahaha..

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

“I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti"

Anyway, to Memey & Norman semoga bahagia lah hendak nya. and cekal menghadapi susah senang kehidupan berumah tangga ;)

At last; Dia memohon maaf gak..



As salam..

Rasa nya sepanjang minggu ni kecoh pasal Lim Guan Eng memburuk2 kan negeri Johor. Pada aku isu tu macam kecik je, tapi bila dah di propaganda kan ia jadi isu yang hangat di perkatakan. Kat fb. twitter, kat blog,kat kedai kopi.. semua orang dok cakap pasal Lim Guan Eng menghina negeri johor.

Aku sebagai rakyat Johor hanya tersenyum sumbing jek masa tengok rakaman tu di tayangkan di TV3.. Mungkin dia tak berniat untuk memburuk2 kan negeri Johor. Maybe dia tengah nervous sebab kena beri presentation or adat lah orang tengah melobi pelabur untuk melabur kat negeri dia pulak.

Aku masih ingat lagi keadaan aku masa kena beri presentation kat kolej dulu. Masa beri presentation dulu ntah apa lah yang aku bubuh.. Aku cakap jer apa yang aku ingat. Ingat isi2 penting jer. Ayat memang tunggang langgang, peribahasa, tatabahasa semua ntah kemana.. haha.. Aku tengok audience masa tu semua macam nak makan aku jer..

Tapi situasi tu memang tak patut berlaku pada Lim Guan Eng. Ini bukan lah kali pertama dia bagi presentation. Rasa nya dah berpuluh kali atau pun dah beratus kali agak nya dia bagi speech depan orang ramai. Tak timbul masalah melatah, merapu atau apa pun yang sama waktu dengan nya.. Atau mungkin sedara mara dia or sepupu sepapat dia pernah kena culik masa turun ke Johor haha ;)

Melalui kenyataan media nya, dia actually tak berniat langsung untuk memburuk2 kan negeri Johor atau mana2 negeri sekali pun kat Malaysia ni. Dia assumed kenyataan nya berhubung penghinaan ke atas negeri Johor tu telah di putar belit kan oleh media kawalan Barisan Nasional (BN);

“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara patik memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas rasa tersinggung Tuanku terhadap kenyataan Johor yang dibuat patik dan juga (maaf) kepada rakyat Johor.. " (Lim Guan Eng)

Yup, nobody is perfect.. Gaduh2 pun tak membawa keuntungan pada sesape. Baik kita sama2 menjaga keharmonian negara kita ni kan ;) peace yoo