BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 23 September 2011

Dulu & Sekarang; Pelik lah aku..

Pelik kan diaorang ni. Yang sorang tu dri bukak2, skang dah tutup2 pulak.. mintak2 ikhlas lah hati nya utk bertudung..


citer lama..

citer skang...



Yang sorang ni pulak, dri tutup2, skang dah bukak2 pulak.. mak bapak tulun nasihat kan sket ye. sakit mata pulak memandang fesyen dia ni.


kan manis bertudung sopan mcm ni.. sejuk mata memandang ;)






manis masa bercinta.. fida yg dulu lg sweet ;)


Korang fikir lah sendiri..

Harus Baca; 24 Perkara Jangan Di Lakukan


As Salam..
It's Saturday morning lah... malas nya nak pi kerja tadi. Syok jek nonton drama kat astro. "Demi Allah, aku izin kan.."
Lakonan Ieja, norman hakim and sorang pelakon baru yang apa ntah nama nya. Lum glamer lagi kot. Tak pernah nampak pun muka dia sebelum ni. Best gak citer dia. Pasal keagamaan.. sedih sket.
Sampai opis, punch card.. opss lewat 10 minit. ermm tak apa lah kot, saturday.. hahaha. Bukan nya ada kerja pun, dok melahu je. Tengok opismate aku kat sebelah ni, tengah layan novel.. Aku lak, biasa lah blogging ;)
Ni ada satu entry menarik yang aku dapat. Yang kebiasaan nya kita anggap remeh jek. Malah tak kisah pun. Hari2 kita buat, tanpa kita ketahui effect nya pada diri kita. So, u'olls check it out ye ;)
24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN!!!
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. (aku selalu wat ni, ampun kan hambaMu ini Ya Allah)
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. (ni pun aku tahu, tapi aku tetap tak sedia kan selipar kat bilik air. Risau anak aku buat main2 kat bilik air kang)

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.(Ni pun aku tahu, arwah nenek aku marah sangat kalu minum/makan guna cawan/pinggan yang sumbing/retak)
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. (Ni aku baru tahu. Selalu gak biar pingan mangkuk kotor kat singki tu. pas masak biar dulu, pas makan baru basuh hehe)
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) (Ni memang aku dah lama tahu. Lepas solat subuh aku terus buat sandwich untuk niaga ;) semoga Allah memurahkan rezeki aku.. amin)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. (Kekadang lupa gak, makanan dah masuk mulut baru ingat nak baca bismillah)
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.(Jarang lah nak berniat. Kalu nak pi kerja je ingat nak pi kerja. kalu kuar pi jalan, niat nak pi shopping hahaha)
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. (dah hilang akal ke nak pakai kasut sebelah lain2)
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.(Ni orang lelaki selalu buat..)
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.(Nasib baik opis aku tak ramai orang. Kalu jmpa bebudak opis sebelah, senyum jek & bertegur sapa jek)
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. (Istigfar banyak2 - instigfar bole menghapuskan dosa2 kecil)
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. (Ego lah jugak, aku ni jenis "lantak kau lah, ada aku kisah.." haha)
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.(ops saya tak suka sangat ngumpat2 ni. tak suka sibuk hal orang)

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. (Yup, aku jadi kan nya 1 prinsip idup. sentiasa berzikir menyebut nama2 Nya)
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. (InsyaAllah, kalu ada lebih2 syiling pas belanja tu, aku sedekah kan je kat tabung anak2 yatim kat kedai mamak tu)
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. (Teringat pulak kat sorang membe aku yang suka ketawa lepas then suka mencarut. berlebih-lebihan ketika bergurau - munafik)
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. (Reminder for everyone, pas ni jgn ada lagi reason 'bohong sunattt..')
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.(sesape yg suka menganiaya sesama hamba Allah, moga Allah beri balasan yang setimpal untuk nya)
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.(Ni reminder untuk aku untuk tenang kan hati dan melupakan segala kesedihan aku ;) terima kasih Allah)
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.(jerangkung dalam almari, momok kat dapur, anak jin kat bilik air.. hehe just joking)
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.(hmm bukan nya diaorang kisah pun, diaorang lebih rela mati dpd tak dapat hisap rokok. dulu x-boyfren aku siap cakap, "abis, kalau tak isap rokok, nak isap apa.." haha)
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. (selalu balik rumah pas keje umah tak ada orang.. aku bagi salam jugak)
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.(Teringat pada seseorang yang telah tiada - semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan di cucuri rahmat oleh Nya, amin..)
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.(Tanya pun tak boleh ke.. nak jugak tahu logika nya.. Allah knows better ;)

Thanks to Up To Mu ;) sharing is caring kan..

Up To Mu: 24 Perkara Jangan Dilakukan

Posto posto; Kad Kahwin Nabil & Nazirah Ayub





Walimatul urusss..

Haha.. saje jek nak kepoh2 di petang2 hari ni.
Ada entry menarik kat fb aku tadi. Tiba2 jek aku merasa pelik dgn tajuk post kat wall aku tadi.
"KAD KAHWIN NABIL BERKONSEP BUKU CERITA DONGENG"

"aikss, nabil mana pulak ni" detik hati aku. Nabil telinga capang tu ke. dah nak kahwin ke, mcm hri tu baru break dgn Irma Hasmie"

Then jari aku laju je meng'klik' entry tadi tu. Confirm lah ni, Nabil Raja Lawak. Bila pulak lah mamat ni bercintan cintun. Nak tgok sket sape bakal permaisuri dia tu.

Aku pun meng'google' lah 'Nabil dan Nazirah' - then kuar lah muka diaorang ni.

isk isk isk.. aku ni katak bawah tempurung ke. Tak tahu menahu pun pasal gossip diaorang ni.

Dari hasil siasatan aku, diaorang merancang untuk bernikah pada 30/09/11. Cik Nazirah ni dah mengenali Nabil sejak 6 tahun lepas
tapi awal2 tahun hari tu baru cinta mula berputik. Dengar nya dia dulu stewardess kat AirAsia tapi skang tak tahu lak kerja apa. Mungkin pas ni nak jadi full time housewife kot.

Nabil cakap cik Nazirah ni seorang yang ikhlas dan tidak suka menunjuk2 sebab tu hati dia terbuka nak melamar nya menjadi suri hidup nya.

Anyway tahniah to Nabil & Nazirah.
Selamat berjuang lah ye! Sekarang bujang pas kahwin karang jgn ngaku bujang jugak yek hehe

Korang layan lah link kat bawah ni..



Nabil dan Nazirah akan berkahwin 30 September ini | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan