BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 21 September 2011

Puasa Enam di Bulan Syawal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

As salam..

Tinggal saki baki je ni nak habis kan bulan syawal..
hari2 pasang niat nak puasa 6.. tapi tak buat2 jugak. Tak pe, niat je pun dah dapat pahala ;)
hehe.. korang amacam?

Saje nak share dgn u'olls semua.. aku tahu sket2 lah pasal hukum hakam ni, tapi aku
bukan lah ahli yang ariff untuk bercerita/berhujah..

Paham kan betul2 tau bila baca artikel ni. Jangan ngelat eh.. Yang selebih nya Allah maha Mengetahui ;)
Kalau tak paham kita discuss eh..

Puasa Enam di Bulan Syawal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

25 Tip Kuruskan Badan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

As Salam..

Pagi tadi bila aku tengok bentuk tubuh badan aku ni kat cermin, ngeri semacam pulak..
pas raya ni bertambah2 lemak di sana-sini.
Aku kalu bab makan, memang pantang nampak. Mana yg selera je kat mata dgn tekak aku ni..
memang aku bedal cukup2.. tak ingat langsung bab diet2 ni. hahaha.
Pas tu bila tengok lemak di sana-sini baru lah nak menyesal..

Rasa nya dari start raya sampai skang, hari2 makan ayam. Pagi2 breakfast wajib aku:
Mi hun goreng + ayam goreng / ayam rendang + secawan white cofee (mi hun goreng tu aku beli kat
kawasan perumahan aku. Rendang akak ni memang power hingga menjilat jari hahaha)

Agak bertuah jugak lah aku ni, sebab dikurniakan ketinggian yang bole cover2 sket kegemukan aku ni.
Nak dapat balik berat masa anak dara dulu memang mimpi di siang hari ler jawab nye..

Tapi sungguh lucky hari ni, tengah syok2 layan fb ada pulak post kat wall aku tips2 nak kurus kan badan.
Larat dengan tak je lah korang nak wat, sehari makan segengam nasi je tuhh.. Banyak antara tips2 nya
yang aku amalkan, contoh nya banyak minum air masak. Dia cakap dlm setahun boleh kurangkan 10kg, harammm
Berat aku sekilo pun tak turun..

Korang layan lah sendiri articles ni kalu ada niat nak kurus kan badan yek ;)

25 Tip Kuruskan Badan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

WAKAF KITA'11: Angry Bird di Dunia Sebenar

sape nak tengok watak2 animasi angry bird di dunia sebenar. ni aku copy and paste dari blog wakaf kita. minta izin ye sebab copy and paste sebab kiut sgt2 lah menatang ni semua ;) hehe



Enjoy!!!

Raya dulu2.. aku rindu saat itu.

As Salam..

Hari ni dah masuk 23 syawal 1432H.. Sebelum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat islam yang berjaya menjalani ibadah puasa ramadhan dengan jayanya..
yang selalu ponteng puasa / tak puasa langsung, tak payah sibuk nak raya.. hehe

Entahlah, aku selalu merasa 'kekosongan' tiap kali raya. aku pun tak pasti di mana kekurangan nya. Mungkin sebab aku tak merasa lagi hepi nya bila collection duit raya aku mencapai 3-4 ratus hinggit. Almaklum lah, sekarang time memberi pulak.. maklum lh kn dh kerja, tak reti-reti lagi nak bagi duit raya. Lagi pun tak baik kedekut.. ;)

Tapi bukan itu sebenarnya kan.. Entahlah, raya sekarang tak sehepi raya dulu2 masa aku kecik2 dulu.. Masa semua ahli keluarga aku bersatu. Yang paling aku rindui arwah abang aku.

"Aku selalu rasa kau bagai masih ada di dunia ni abang. Sampai terbawak2 dlm mimpi. kau lah membe untuk aku share kisah suka-duka aku. Dan aku tak sangka, sangat2 lah berliku dan penuh ranjau onak duri menjalani kehidupan ni sehari-hari".

"Aku tak sangka begini perit nya kehidupan yang aku jalani sekarang. tak sama langsung yang macam aku impikan. Aku ingat dia boleh menjaga aku dengan baik macam kau bang, tapi dia sangat2 meluka kan hati aku ni. hambar.. ;("

"Hopefully.. matahari akan bersinar selepas hujan ;)"

Apa aje lah yang aku boleh buat. sesungguh nya masa yang dah berlalu tak akan bisa kembali.
Ar Rahman dan ar Rahim sentiasa menjadi tempat aku mengadu. Kerana Dia suka hambaNya menangis. Mengadu lah kepada nya, sesungguh nya dia Maha Mengerti..

Aku sangat2 rindu saat itu. Aku rindu sangat kat kau bro.. my guardian angel, i wish u were here..