BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul..

Salam..

Hening nya pagi ni. Mungkin kerana hari ni public holiday, so ramai orang melanjutkan waktu tidur mereka lebih dpd biasa. Tak elok tidur lepas subuh tau. Lebih tak elok lagi kalu missed solat subuh.. hehe jawab lah kat dalam kubur nanti.

Awisy dgn daddy pun masih tidur lagi. Tapi daddy keje hari ni. Tak pe lah, kejap lagi baru gerak kan dia. Daddy masuk kerja kol 9.30 am. Mentang2 lah opis tu dekat, kol 9.15 selalu nya baru dia kuar rumah.

Lepas solat subuh tadi, buat kan Awisy susu then tukar kan pampes dia, pas tu teringat pulak nak cek dokumen2 yang aku kena bawak untuk interview imigresen khamis ni. Semalam daddy dah gamkan tapak kasut sport aku tu. Beriya-riya dia suruh aku pergi interview tu. Semalam pagi ntah angin apa, tiba2 dia tanya jadi ke tak aku nak pi interview imigresen tu? "Ntah lah, tgok lh nanti.." nak tak nak je aku jawab.

Semua dokumen original aku dah siap kan. Ingat nanti nak bagi daddy, suruh dia photostet kat opis dia. hehe Memandang kan result interview pembantu tadbir tu adalah 'dukacita' so apa salah nya aku try lagi satu post kan. Orang dah offer, tinggal bawak badan je. Mana lah tau kan, dengan doa dan restu laki aku, result nya lepas ni 'sukacita' pulak. Uniform imigresen pun cun gak, tapi member aku cakap kain dia susah nak iron (husband dia kejer imigresen). Tak apa lah, yang penting kita attend dulu interview ni.

Ingat pagi ni nak buat breakfast nasi goreng kampung. Tapi semalam dah beli roti, buat roti bakar je lah kot. Kesian pulak kat daddy coz hari ni dia tak balik lunch. Buat breakfast berat sket lah ek, at least sampai kol 1-2 pun dia kenyang lagi. Isk ye ke? Tengok lah tahap kerajinan aku nanti nak buat breakfast apa...

Kalu ada free kang nak kena cari info pasal jabatan imigresen pulak.. Kang time interview, dia soal tak reti nak jawab apa pulak. Macam masa aku interview pembantu tadbir hari tu, dia tanya "siapa nama ketua setiausaha negara?" Terkedu aku. "ada ke jawatan macam tu kat Malaysia"? Tak tau pun. Ni mesti tak glamer, tak pernah masuk tv kot.." macam-macam persoalan menerjah kepala hotak aku masa tu. Honestly aku jawab je tak tahu.. hehe

Pagi2 tadi tengok kat mudah.my ada iklan nak pakai kerani kat Kebun Teh. Area tu dekat je dengan rumah aku. So aku emailkan lah resume kat dia. Tapi dia nak pakai clerk berumur 28 tahun ke bawah. Konpius aku, setakat jadi clerk buat keje kat opis pun nak taruk age limit. Yang penting ada kemahiran, sihat tubuh badan, personaliti menarik ok lh tu. Yang penting prestasi kejer yang memberangsang kan. Kalau amik yang muda2 tapi tak boleh buat kerja, asik syok bercinta je, berangan ingat pak we je cam ne..

Bila orang dah kahwin ni, komitmen dia pada kerja lain. Fokus kerja dia adalah untuk menyara keluarga. So, dia akan bagi 70% to 80% komitmen untuk kerja dia and balance dia adalah untuk famili dgn diri sendiri. Contoh nya aku lah. Hehe macam tahun lepas, cuti tahun aku banyak dihabiskan untuk menjaga Awisy kat hospital. Bawak Awisy berubat sana-sini. Kalu aku sakit setakat demam, batuk dgn selsema tu tak pernah pun aku amik MC. Datang jugak opis buat kerja macam biasa. ;) Takut nak tinggal kan kerja, ialah kalau kita cuti kerja kita orang lain kena cover. Nanti beban kerja orang tu bertambah, kesian dia stressed. Tak baik menyusah kan orang kan..

Opss, nampak nya daddy dah bangun. Nak siap kan breakfast untuk dia. So jawab nya hari ni kita breakfast roti bakar dengan butter & kaya.. sedap tau makan panas2.

Anyway, salam maulidur rasul. Banyak kan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ;)