BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Ahad, 13 Februari 2011

Nasi Lemak Sambal Udang

Salam..

Cepat nya masa berlalu hari ni. Tak sedar dah nak senja. Jam di dinding dah menunjuk kan pukul 6.30 petang. Apa aje lah yg aku buat hari ni..

Kedengaran batuk Awisy menganggu konsentrasi aku. Kesian dia. Dia masih kecil untuk menanggung semua itu. Dah berbulan sejak dia keluar hospital bulan November 2010 sampai hari ni batuk dan demam nya tak baik-baik. Tapi Alhamdulillah, lepas kami bawak dia berubat kat Gelang Patah dengan seorang mak cik keesokan nya demam dia kebah. Dengan izin Allah jua..

Dah dua kali kami bawak dia ke klinik kerajaan untuk mendapatkan injection sempena umur nya genap 18 bulan, tapi kitaorang di suruh balik sebab dia demam. Tak tahu macam mana nak explain kat misi dan doktor. Doktor ada bekal kan ubat demam dan antibiotik tapi sakit nya begitu jugak. Tak ada tanda2 menunjuk kan sakit nya berkurangan. Masa kali kedua kitaorang datang, doktor ada buat ujian darah. Doktor cakap darah dia ok. Cuma tonsil dia bengkak. Doktor cakap kalau sakit nya berterusan sampai umur nya 4-5 tahun mungkin kena buat operation untuk buang tonsil tu. Berderau darah aku.. Tak sangka pulak serius macam tu sekali.
Nasihat doktor untuk masa ni cuma kasi dia minum air masak lebih sikit.

Nampak nya Awisy dah bangun tidur. Kedengaran laki aku membancuh kan nya susu. Dia mencari aku "mama, mama... " Sekejap lagi dia datang lah tu.

"mama.. " dia muncul di muka pintu dengan senyuman
"burppp.." aku tersenyum melihat nya sendawa kekenyangan selepas minum susu.
"ya, saya sayang" aku mencium pipi nya

Dia mengambil tempat duduk sebelah ku.
Menekan-nekan papan keyboard, meniru aksi aku sedang menaip.
Sekarang ni dia bermain pulak dengan mouse. Dia tertarik dengan cahaya berwarna merah yang keluar dari bawah mouse tu. Dia menyuluh nya ke wajah ku, kemudian menghala kan nya ke objek2 yang di suka. Sekarang ni dia tengah "mengemas". Dah memang itu kerja dia, dah tak kuasa nak marah.. Orang cakap budak usia macam dia ni, tengah cari akal. Tengok kan aje, jangan dia main benda2 yang merbahaya sudah lah.

Hari ni kerja memasak mudah sikit. Sebab laki aku ada untuk menjaganya. Selalu nya bila laki aku keluar berkerja, aku bawak sekali dia kat dapur. Memang tunggang terbalik lah dapur aku di kerja kan nya. Haiiii, sabar aje lah.

Menu hari ni, Nasi lemak dengan sambal udang. Makanan favorite suami aku. Pas tu buat koktail. Tak buat pun puding kastard. Aku pakai jelly (aku pangil sumi) yang mak mertua aku bagi. Banyak sangat dia bagi, tu pun kat rumah dia ada banyak lagi. Hari tu dia pi kerja kahwin rumah bakal besan dia kat Shah Alam, diaorang kasi buah tangan jelly banyak sangat. Kat rumah mak mertua aku pun tak ada orang yang nak makan, so dia kasi aku suruh Awisy makan. Awisy pun dah tak makan sangat, so aku buat kan koktail je lah. Pas buat kuah kastard tu aku masuk kan sumi yang aku dah kopek then masuk kan buah laici. Pas tu simpan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2 tau.

Besok keputusan temuduga pembantu tadbir N17 keluar. Sepatut nya 31/1/11 hari tu dah keluar result nya. Tapi masa aku jengah website spa hari tu diaorang tangguhkan result, and esok baru diaorang beritahu. Hopefully ada rezeki aku. Khamis 17/2/11 pulak ada interview imigresen. Serba salah nak pi ke tak sebab diaorang ada buat ujian fizikal. Ada ujian penglihatan tanpa menggunakan cermin mata. Dah lah aku ni rabun, tak tahu lah lepas ke tak. Laki aku suruh pergi je. Ntah lah, tengok lah kalau angin aku baik nanti.

Ok lah, sebelum si Awisy ni bertambah merapu baik aku sudah kan disini je coretan untuk hari ni. Lagi pun dia belum mandi lagi. hehe nak pi mandi kan dia ni.
Masam nya anak mama....