BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Khamis, 1 Disember 2011

Welcome to December

haishhh.. dah1 December rupa nya hari ni..
tak baik mengeluh kan..
tau tak pe, dah tau nape wat gak.. hehe

Assalamualaikum.. lama tak update blog.
ntah ler, tak de mood. cuma blogwalking jer.
tu pun singah blog pasal mkn jek..
cri resipi2 yg best utk aku try kat umah
and cari2 idea nak bisnes ;)

hasil nya, aku ingat nak jual Rojak Madu Pak Ali dari Penang..
dah beli beberapa kilo dari sorang wakil pemborong kat JB ni..
dasat tak ingat.. specially jeruk kedondong dia.
Sedap + rangup.. isk kecur pulak.. hehe

Pagi tadi sementara nak tngu siap2 pi opis, curi2 masa sket utk re-packing jeruk2 tu ke peket2 kecil. Timbang dulu, biar lebih sket tak ape, sedekahhhh..

Bila masuk opis pulak, bos call; dia minta tulun ajar kan anak dia buat kastam form sementara tgh cuti sekolah ni. oh ye ke.. baik bosss

Nampak mcm pemalu and mcm budak baru abis SPM, tapi rupa nya dah berumur 22 tahun and kaki karaoke.. mak aii amik kau haha
thats why bos aku nak control dia.. kalau dah dok kat Red Box tu, kol 12 mlm pun tak reti nak balik umah lagi.
"tau reti blanje duit je, tapi tak tau kerja", tu bos aku yg cakap eh

Tak tau bapak dia yg status "taukeh" ni pun kerja lebih teruk dpd pekerja2 dia. Tapi dia yg nak mcm tu, tak percaya kat org lain nak cover kerja dia. Of course ler, kalu apa2 hal customer tiau dia.. hehe. ingat senang ke jadi bos..

Dia pernah citer kat aku, ada driver lori yg dah beristeri pas tu ada affair dgn pempuan indon, then nak kahwin dgn pempuan tu, tengah2 mlm isteri driver lori tu telepon marah2 bos aku.
Sampai sekarang dia confused, kenapa dia pulak yg kena marah.. haha
aku pun tak paham gak.. Dengar2 nya skang ni driver tu tengah cari calon yg ke-3 pulak. Berasap lagi lah telinga taukeh aku.. kehkehkeh

Dalam cadangan, rasa nya tahun depan mcm nak bisnes roti kecil2an..
tengah kumpul duit sikit2 nak beli breadmaker.. amacam ok tak.
Kena kerja keras sikit ni, dengar2 rumah yg aku beli tu dah hampir siap. Cepat2 ler pindah, bole jimat duit sewa rumah.

Pastu tadi, member aku post kat fb, dia nak tolak Jazz kaler putih, harga 43K jek.. biar betol dia ni. Tengok mcm berkenan jek.. sport rim pon cantik. aku memang minat dgn Jazz.
Memang teringin sgt nak ada kereta sendiri (encik hubby kedekut tak kasi pakai kereta dia)
Nak kena kira bajet betol2 ni. Rumah dah nak siap, pas tu rasa tahun depan nak masuk kan Abid kat taska.. wooo semua nye nak guna RM.

kenapa lah cpt sgt December datang.. pejam celik2x kang dah masuk tahun baru pulak..
mana boleh semua benda nak dapat kan dlm satu masa.. isk tension nyer

"Dahulu kan yg penting lah... apa ler..
jgn terlalu obses sgt..
berbelanja secara berhemah, ok"!

oh ye ke.. ;(
baik lah ... saya akan cantas semua nafsu yg akan membinasa kan diri saya sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan