BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 3 Oktober 2011

Semudah itu..


Apa perasaan korang bila tengok gambar ni? sedih, marah, pelik, atau pun biasa2 aje.
Atau mungkin dah banyak sangat kes pembuangan bayi di dedah kan media, dah tak heran dah..

Macam mana pulak kalau korang sendiri yang terserempak dengan mayat bayi yang di buang, tak kira lah kat mana tempat nya, di pondok menunggu bas ke, dalam tong sampah ke, dalam mangkuk tandas ke atau pun ternampak anjing sedang menggonggong sekujur tubuh kecil atau sang biawak yang sedang menyiat-nyiat tubuh si kecil, adakah situasi itu bisa menyentap perasaan insan korang semua..

Bila di tanya kepada ibu bayi ini, mengapa tergamak membuang bayi nya sendiri ke longkang, ini jawap nya;
"saya buang dia di longkang kerana dia dah tak bernyawa lagi"..
semudah itu.. hanya semudah itu jawapan nya. Macam tak ada perasaan.
Macam buang tin minuman yang sudah kosong.. just like that!

Gila kentang betul! Betapa seksa nya saat mengandung dan melahirkan.. then bila dah melahirkan, kau buang bayi tu begitu sahaja! Astaghfirullahalazim...

sorry kalau aku sangat2 beremosi.. tapi aku memang tak dapat men'consider benda2 macam ni!

Ibu kepada bayi ini baru berumur 19 tahun dan bekerja sebagai pelatih di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang. Setelah melahirkan bayi nya di tandas asrama penginapan nya, dia membuat keputusan untuk membuang bayi nya ke longkang setelah mendapati bayi nya sudah tak bernyawa lagi.

 Just like that! iskkk marah nya aku..

Dan bayi itu di jumpai oleh orang ramai kira2 pukul 9.30 pagi tadi dalam keadaan tertiarap di dalam longkang dengan keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat lagi.

Ya Rabbi, kau selamat kan lah semua bidadari2 kecil ku di sluruh dunia dari segala kekejaman dunia.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan