BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 18 Oktober 2011

Rahsia No Peribadi Mu ;)



Korang mesti try ni tau.. best!
Cuba kenal pasti nombor peribadi korang.
Pastu tengok jawapan nya, sesuai tak dengan diri korang.

Kebetulan, nombor peribadi aku huraian nya memang sebiji kena batang hidung aku.. haha
Patut lah, masa kat sekolah dulu kawan aku pernah tegur;

 " Kau ni Salina, lebih baik diam ler dpd bercakap. kau kalu bercakap memang makan dalam. Iskkk panas telinga aku ni"..

"Haha.. ye ke? Abis, aku elok2 dok diam, kau kacau.."

Normally, aku rasa aku ni boleh disifat kan agak pendiam. Aku tak suka sangat cakap2 kosong. Duduk berlonggok ramai2 mengumpat tu lagi lah memang bukan aku. Bukan aku tak suka campur orang, tapi entah lah.. tu memang bukan aku.

Tapi jiwa aku sangat2 peka dan sensitif. kepala otak aku sentiasa berfikir utk buat itu dan ini. Berfikir tentang hal2 dunia dan akhirat. Tentang masa depan generasi akan datang, masa depan dunia, bumi kita.. Gejala sosial yang sangat2 kritikal, manusia yang sudah hilang pertimbangan dan sifat2 insan.. Tentang buruk baik bajet 2012 (realiti atau fantasi.. hehe), hal2 ekonomi negara dan dunia, perang kat palestin bila lah penamat nya.. bla bla bla tu semua aku fikir.. hahaha

Dan kekadang aku sangat ego. Ni lah satu sifat aku yang sangat2 aku risau. Takut jadi munafik dan lupa diri pulak. Astaghfirullahalazim.. semoga Allah melindungi aku dpd sifat2 jahat ni.

Senang aje nak cari nombor peribadi kita ni. Cuma tambah kan saje nombor2 tarikh lahir kita tu. contoh nya; tarikh lahir kita 19/10/2011 = 1+9+1+0+2+0+1+1 =15. pas tu kita tambah kan lagi, 1+5 = 6. Jadi 6 adalah nombor peribadi kita.

Nak tahu huraian nya klik link kat bawah ni yer;

Rahsia No Peribadi ~ Up To Mu
tq for sharing ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan