BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 30 September 2011

At last; Dia memohon maaf gak..



As salam..

Rasa nya sepanjang minggu ni kecoh pasal Lim Guan Eng memburuk2 kan negeri Johor. Pada aku isu tu macam kecik je, tapi bila dah di propaganda kan ia jadi isu yang hangat di perkatakan. Kat fb. twitter, kat blog,kat kedai kopi.. semua orang dok cakap pasal Lim Guan Eng menghina negeri johor.

Aku sebagai rakyat Johor hanya tersenyum sumbing jek masa tengok rakaman tu di tayangkan di TV3.. Mungkin dia tak berniat untuk memburuk2 kan negeri Johor. Maybe dia tengah nervous sebab kena beri presentation or adat lah orang tengah melobi pelabur untuk melabur kat negeri dia pulak.

Aku masih ingat lagi keadaan aku masa kena beri presentation kat kolej dulu. Masa beri presentation dulu ntah apa lah yang aku bubuh.. Aku cakap jer apa yang aku ingat. Ingat isi2 penting jer. Ayat memang tunggang langgang, peribahasa, tatabahasa semua ntah kemana.. haha.. Aku tengok audience masa tu semua macam nak makan aku jer..

Tapi situasi tu memang tak patut berlaku pada Lim Guan Eng. Ini bukan lah kali pertama dia bagi presentation. Rasa nya dah berpuluh kali atau pun dah beratus kali agak nya dia bagi speech depan orang ramai. Tak timbul masalah melatah, merapu atau apa pun yang sama waktu dengan nya.. Atau mungkin sedara mara dia or sepupu sepapat dia pernah kena culik masa turun ke Johor haha ;)

Melalui kenyataan media nya, dia actually tak berniat langsung untuk memburuk2 kan negeri Johor atau mana2 negeri sekali pun kat Malaysia ni. Dia assumed kenyataan nya berhubung penghinaan ke atas negeri Johor tu telah di putar belit kan oleh media kawalan Barisan Nasional (BN);

“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara patik memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas rasa tersinggung Tuanku terhadap kenyataan Johor yang dibuat patik dan juga (maaf) kepada rakyat Johor.. " (Lim Guan Eng)

Yup, nobody is perfect.. Gaduh2 pun tak membawa keuntungan pada sesape. Baik kita sama2 menjaga keharmonian negara kita ni kan ;) peace yoo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan