BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 30 September 2011

Adoyaii.. sian baby ni!

Kepala baby tertusuk pengecas handphone

siapa nak jawab ni.. adoyaiii. Ni lah antara aksi yang tak sanggup aku nak tengok. Tak terfikir pun kan yang pengecas handphone boleh memberi efek kat kehidupan kita sampai macam ni sekali.

Tragedi ni berlaku di Quingyuan, China. Baby ni yang pada mula nya sedang tido tapi terjatuh dari katil nya lalu menghempap pengecas tu. Malang nya pengecas tu boleh tertusuk kat kepala pulak.. sian dia ;(

Baby ni yang baru berumur setahun ni terpaksa menjalani pembedahan selama 6 jam demi untuk menyelamat kan nyawa nya. Para doktor terpaksa menanggal kan satu persatu pengecas tu sampai tinggal 2 rod logam jek. Pas tu doktor terpaksa menggerudi tengkorak baby tu untuk mencabut 2 rod logam tu.

Menurut doktor pakar di hospital itu, ni ada lah kes pertama seumpama nya. And baby tu tersangat lah bernasib baik sebab tusukan tu tak kena pada saluran darah nya, kalau tak memang dia akan mati serta merta... adoyaiii

Pada parents semua, termasuk lah aku. Jaga anak kita baik2 k. Malang tak berbau kan ;)

Apa komen Datuk Seri?


Bila press tanya PM, apa komen beliau mengenai Namewee?
Ni jawab beliau;

"saya di fahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1 Malaysia. Jadi saya galak kan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger"

"Atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem yang mencermin kan sokongan kita kepada Gagasan 1 Malaysia"

Namewee aka Wee Meng Chee yang berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa dari universiti di Taiwan kini jadi pengarah filem pulak. Kalau tak silap aku, filem pertama arahan nya Nasi Lemak 2.0 tengah main kat pawagam sekarang.

Sikit masa dulu, mungkin dalam 2-3 tahun lepas dia ni pernah menggemparkan negara dengan music video nya di you tube yang berjudul 'Negarakuku'.. kecoh jugak lah masa tu.

Tapi, bila tanya PM mengenai hasil kerja Namewee yang dulu2, ni jawab beliau;

"saya tidak mahu memberi komen, sebab masing2 ada kelainan nya. Dia merupakan seorang yang agak ada kelainan nya. Bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikiran nya"

ermmm.. jawapan selamat!

Ntah apa lah yang dia sakit hati sangat dok kat Malaysia ni. Adat lah, Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa. Banyak orang, banyak lah ragam nya. At least, kau hidup lagi sampai sekarang dok kat Malaysia ni kan. sihat tubuh badan, sempurna fizikal tak ada cacat cela nya..

Cuba tengok negara lain, kanak2 mengemis di tepi2 jalan demi sesuap nasi. Ada yang kecik2 lagi dah mati kebuluran. Ada yang tengah tido malam syok2 kat rumah, tapi tak sempat nak jumpa pagi sebab malam2 rumah dah kena bom. Kita kat Malaysia hujan air, diaorang kat sana hujan peluru mortar. sadis nya..

Aku sangat2 bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Thank you Allah..

Honestly kalau kau nak hidup senang dan diberkati, memang kena struggle lah. Bukan senang nak senang kan.. ;) Tapi kalau nak senang dengan cara yang senang pun ada jugak.. Tepuk dada, tanya iman.. ;)

Kecoh2 chef Wan..


Apa saje lah dunia selebriti ni kan.. lum kahwin kecoh, dah kahwin pun orang nak kecoh2
Yang malang nya kawan2 selebriti jugak yang kecoh

Tapi apa kena mengena Chef Wan dengan diaorang ni kan, sehingga pedas sungguh kritikan nya mengenai majlis persandingan diaorang ni kat facebook dia.. Orang dah jemput datang, enjoy je lah. Bukan nye kena bayar pun..

Ni antara kritikan pedas nya..

“If u asked me for my honest opinion is just a wedding that Rafelessia organised to promote their Products non stop the entire evening as i expected too comercialised that it ruined the event for all the guests i have spoken.

“Both Pengantin just play their game since its being sponsored.There nothing wrong with that except it served the purposed to used the Pengantin as their so call model la,”

Dia menganggap Norman dan Memey kelihatan terlalu canggung di majlis persandingan sendiri seolah2 diperalat kan oleh Raflessia (penaja majlis persandingan) hanya untuk menjadi model untuk mempromosi kan produk Raflessia jek.

Pas tu dia kutuk2 pulak baju yang si Memey tu pakai. Ada dia cakap baju tu umpama macam baru keluar dari mesin basuh jek.. amboi chef Wan ni, mentang2 lah majlis anak dia dah lepas, dok selamba je ngutuk2 majlis kahwin anak orang yek..

“Setakat Berlian and pearls berjuta tu non of the pengantin can take the jewellery pun.Entah2 mlm ni jugak kena telanjang lepas tu Rafelessia ambil la balik simpan.

“Wedding gown rm500,000 by Vera Wang tu i gelak sungguh mcm Wedding gown biasa yg kecut masuk dlm washing machine depan memey tu yg i wasnt impressed at all likewise her veil mcm beli di globe silkstore! Ala di taja esok pulang la balik.

“So my honest opinion i really dont know what the fuss about this 12 miilion sponsorship is all about,”

Pas tu komen dia lagi, konon nya majlis tu tak berupa majlis kahwin seorang islam kerana sepanjang majlis hanya di main kan lagu2 gereja jek, doa selamat pun tak ada (isk isk isk.. x patut) tapi aku terjumpa pulak gambar Norman dgn Memey tengah meng'amin' kan doa masa majlis tu. Ntah2 si chef Wan ni datang lambat gak nye, tak pun dia panas ati sangat majlis lum habis dia cabut dulu hahaha..

“Ramai Press tak suka Choir yg menyanyikan lagu2 gereja kawin ni kata mereka sedangkan ini Wedding org islam satu doa selamat pun tak buat and thema pulak Blacktie and evening dress glam habis.

“I am not sure about the choir song gereja ni even though i heard because i sendiri tak tahu apa itu song gereja for wedding. That what the press upset about. Aiyo mesti controversial lepas ni lah. Kita baca la media nanti"

Anyway, to Memey & Norman semoga bahagia lah hendak nya. and cekal menghadapi susah senang kehidupan berumah tangga ;)

At last; Dia memohon maaf gak..



As salam..

Rasa nya sepanjang minggu ni kecoh pasal Lim Guan Eng memburuk2 kan negeri Johor. Pada aku isu tu macam kecik je, tapi bila dah di propaganda kan ia jadi isu yang hangat di perkatakan. Kat fb. twitter, kat blog,kat kedai kopi.. semua orang dok cakap pasal Lim Guan Eng menghina negeri johor.

Aku sebagai rakyat Johor hanya tersenyum sumbing jek masa tengok rakaman tu di tayangkan di TV3.. Mungkin dia tak berniat untuk memburuk2 kan negeri Johor. Maybe dia tengah nervous sebab kena beri presentation or adat lah orang tengah melobi pelabur untuk melabur kat negeri dia pulak.

Aku masih ingat lagi keadaan aku masa kena beri presentation kat kolej dulu. Masa beri presentation dulu ntah apa lah yang aku bubuh.. Aku cakap jer apa yang aku ingat. Ingat isi2 penting jer. Ayat memang tunggang langgang, peribahasa, tatabahasa semua ntah kemana.. haha.. Aku tengok audience masa tu semua macam nak makan aku jer..

Tapi situasi tu memang tak patut berlaku pada Lim Guan Eng. Ini bukan lah kali pertama dia bagi presentation. Rasa nya dah berpuluh kali atau pun dah beratus kali agak nya dia bagi speech depan orang ramai. Tak timbul masalah melatah, merapu atau apa pun yang sama waktu dengan nya.. Atau mungkin sedara mara dia or sepupu sepapat dia pernah kena culik masa turun ke Johor haha ;)

Melalui kenyataan media nya, dia actually tak berniat langsung untuk memburuk2 kan negeri Johor atau mana2 negeri sekali pun kat Malaysia ni. Dia assumed kenyataan nya berhubung penghinaan ke atas negeri Johor tu telah di putar belit kan oleh media kawalan Barisan Nasional (BN);

“Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara patik memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas rasa tersinggung Tuanku terhadap kenyataan Johor yang dibuat patik dan juga (maaf) kepada rakyat Johor.. " (Lim Guan Eng)

Yup, nobody is perfect.. Gaduh2 pun tak membawa keuntungan pada sesape. Baik kita sama2 menjaga keharmonian negara kita ni kan ;) peace yoo

Rabu, 28 September 2011

Namewee FxxK UTUSAN!!!


Korang semua dah tengok ke video clip mamat ni.. marah bebenor nampak nye.
Rasa nya dia ni memang jenis yang suka wat gempak kot. Pas tu jenis yang tak boleh kena tegur.

Video clip ni baru je upload semalam kat you tube, and setakat ni dah berbelas ribu yang hits. Biasa lah benda2 panas macam ni cepat je tersebar..

Dengar2 nye yang mamat ni haru sangat sebab akhbar utusan ada menyiarkan komen dari seorang penulis mengenai filem arahan nya Nasi Lemak 2.0.. actually penulis tu lebih kepada mengungkit "kerja2 silam" si mamat ni (sebelum ni Namewee ada meng'upload ' beberapa siri video clip berupa penghinaan kepada negara,agama islam dan juga orang melayu)

yelah, tak kan semudah itu kita nak lupa kan ye tak..

Pada Namewee, dengan keluar nya filem Nasi Lemak 2.0 ni konon2 nya dia telah insaf dan ingin menunjukkan semangat 1 Malaysia nya kat semua. Tapi bila aku tengok video clip yang carut mencarut ni tertanya-tanya pulak.. "yer je mamat ni dah insaf"

Pas tu bila baca komen2 diaorang kat you tube tu ada rasa terhina pulak.. isk sesedap rasa jer.
Tak pe, aku relaks jer.. tu semua tindakan orang2 pendek akal, se-sen pun tak untung ;)




Suspend; Ada apa dgn Abby Abadi


Sian kat Abby.. Tak tahu nak cakap apa. Actually nak suruh dia bersabar, tapi dia cakap jangan
suruh dia bersabar atau apa pun yang sewaktu dengan nya..

Kalau cakap"wat bertenang lah Abby, istigfar banyak2. Cuba tengok muka anak2 tu, mesti sejuk sket ati tu.." boleh tak.

Hopefully Abby mendengar jeritan batin ku ini.. haha

Abby telah post kan update yang suspend kat wall fb dia. Wat semua orang tertanya2. Jangan dia... tuttttt sudah ler. Astaghfirullahalazim..

Mesti Abby tengah tension tahap gaban.. Norman dgn Memey dah selamat dah. Dengar2 nya jadi wedding of the year. Dengar2 nya pas ni nak wat majlis resepsi kat hotel dapat tajaan sampai RM12 juta.. (wat membazir jer..) Tak banyak sikit pun kat hati tu mesti ada terguris kan.. (aku pun pempuan gak, paham sangat2 perasaan abby ketika & saat ini)

To Abby; Be strong, ingat Allah & anak2. Life must go on okey!

Teruskan pembacaan anda yer..

http://mynewshub.my/2011/09/28/apa-sedang-berlaku-dengan-abby/

Selasa, 27 September 2011

myMetro | Kasih ibu selamatkan anak



Baca metro hari ni tak..
Saje nak share dgn u'olls.. mana lah tahu kot ada yang terlepas pandang.

Rasa terharu + kagum dgn ibu singa ni.. sanggup membahayakan diri sendiri demi utk
selamat kan nyawa anak dia.

Sekarang kat Malaysia ni tengah dilanda gejala sosial yang pada aku sangat2 kronik.
Bila dalam diri manusia dah tak ada lagi sifat insan.
Gejala dera anak sendiri,gejala rogol anak sendiri,gejala abang rogol adik dan kemuncak nya
gejala pembuangan bayi.. Sedih nya aku bila tengok keadaan bayi2 yang kena buang tu.
aiskkk.. tak boleh nak di gambar kan lah. Terbayang2 kat mata ni.

Please, jauhilah seks luar nikah dan sayangilah diri kita sendiri.
Korang hayati lah artikel ni. Kalu kat paper ada gambar2 yang lebih details..


Harus Baca; Orang kita



As salam..

Sharing is caring ;) haha
Artikel ni pun aku nak share jugak. sebab; artikel ni dapat men'clear'kan kekonpiusan aku selama ni. Dan aku harap ia juga dapat memberi manfaat kat korang semua yek..

Specially pasal kenduri arwah tu. aku pernah baca yang ada mazhab mengharam kan kenduri arwah. Dan seperti yang aku pernah baca jugak, sepatut nya kenduri arwah tu ada lah tidak sama sekali seperti yang kita selalu buat. Tak ada pulak alim ulama / mufti2 yang nak tegur. Mungkin dah terlalu menjadi kebiasaan ;)

Tapi kalau nak buat majlis kerja kahwin, aku ada jugak dengar yang khusus nya masyarakat felda ni macam sikit sama sikit memberi barang2 kering contoh nya untuk kegunaan masa majlis nanti.

Kalau bab kematian tabung khairat pernah lah aku dengar. Macam kat kampung aku, diaorang kutip duit untuk satu2 famili dengan kadar yang ditetap kan. Then bila ada kematian, famili tu tak payah keluar duit untuk membeli kain kapan, kayu nak buat keranda, etc.. tapi lepas tu kena ganti balik lah. Belum ada lagi rasa nya tabung untuk buat kenduri arwah haha..

Macam berbelit je ek apa yang aku tulis ni. Aku nak explain pun aku bukan lah 'yang arif', so korang baca lah seterus nya kat link bawah ni.


http://malay.uptomu.net/2011/09/amalan-terbaik-tapi-terbalik.html

Isnin, 26 September 2011

Clearance Sale! - By chantek.com

Clearance Sale after raya - 3 pcs left
Jubah Kaftan Chiffon Salmah.
Harga: RM130 termasuk postage fee (sem,sabah&srwk)
Size: up to XL

Untuk tempahan bole call / sms ke no; 0146165379




Jom like page kami, orang yang ke-100 akan dapat gift dari kami. Angka sekarang ialah 74

Sharing is caring;kita adalah apa yang kita fikirkan!


As salam.. hari ni aku nak share 1 artikel kat u'olls.
Sebab nye; pada aku artikel ni sgt2 lah berinspirasi.

Bahasa nya bersahaja, tak berbelit2 dan bila aku membaca nya,
intisari nya satu-persatu masuk kedalam otak aku utk di proses
dan seterus nya menjadi pegangan atau pun lebih kepada motivasi
utk diri aku.

Judul nya "Fikir Sahaja Apa Yang Kita Mahu"
Yup, kita boleh pikir apa saje kita nak pikir. Kita adalah apa yang kita pikirkan.
Kita akan sedaya upaya cuba utk melaksana kan apa yang kita pikirkan.

Contoh nya;

Baru semalam, aunty cleaner kat opis aku ni bercerita. Anak perempuan nya baru
bersalin, tapi kedua payudara nya tak ada susu (keluar sikit aje.) So dia kasi anak dia
minum susu formula.

Then amoi kat opis aku ni cakap lah kat aunty tu, "kan semua orang kuar susu punya".

Aku pun menyampuk lah.. "betul,betul,betul.. sebab susu tu sebenarnya otak kita yang control. i pernah baca
kat magazine masa i anak dara dulu, and i pernah test memang kuar susu hehe.. i masa pregnant 4 bulan dah
ada susu.kat tv pun pernah kuar tau (Rancangan Nona kat TV3),ada orang tu dia ambil anak angkat tapi dia
teringin nak susu kan bayi tu, so dia mintak advise doktor. Then doktor ajar lah dia.. then dia berjaya susu kan
bayi tu dengan susu badan (susu ibu). Tak semesti nya kita kena pregnant, then bersalin baru payudara kita kuar susu"

"oooo u pernah buat eh, macam mana u buat eh.. susu, susu,susu pas tu terus keluar susu eh hahaha" amoi tu pegang
kepala dia dgn kedua tangan seperti orang tengah berpikir

Itu citer semalam.. hanya lah contoh apa yang ingin aku sampai kan. Tapi aku bukan lah sesape. Bukan seorang professor,
doktor atau pun pakar bahasa. Cuma ingin berkongsi pahit manis kehidupan kita yang bergelar manusia. ;)

klik link bawah ni ye, terus sambung pembacaan korang ;)



Fikir Sahaja Apa Yang Kita Mahu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jom join, boleh menang RM30K utk renovate rumah ;)


Gila kentang rrr! RM30k utk renovate rumah.. boleh aku pasang jakuzi kat rumah aku haha
http://says.my/darwisyaulia/boustead


The Curve, Mutiara Damansara buat Home fair dari 30/09 - 31/09/. stat kol 10.00 pg - 10.00 mlm. Untuk korang yang dok dekat2 situ bole pakat2 pi sana. Yang dok jauh2 pun kalu gatal2 nak pi pun bole jugak. Memang di galak kan sangat2.

Sambil2 tu bole lah korang cari2 idea / minta advice nak hias rumah kasi lagi cantik ke. Sekarang nak hias rumah pun ada trend / ada style. style urban lah, kontemporari lah, futuristik lah, bali style lah.. whatever lah.

Yang paling best boleh join 'Transform My Space' contest. Hadiah bernilai RM30k termasuk perkakas elektrik rumah, voucher cat dan pemasangan tile. Pehh gila kentang lah!

Ralat nya aku, dah 4 tahun rumah aku tak siap2 ;( sengal punya pemaju. menyusah kan orang jer!

Anyway, korang yang baru beli rumah, tengah cari2 bajet, sesuai sangat2 join contest ni. Mana lah tau untung sabut timbul kan, untung batu tenggelam.. hehe sesuai ke peribahasa ni. aku pun tak pasti sangat, nanti aku tanya karam singh walia hahaha..


100 PLUS Infinity Challenge Online Game


sesape yg gila kentang sgt2 dgn virtual reality games ni sesuai join game ni ;)
http://says.my/darwisyaulia/100-plus-infinity-challenge

mesti, seharus nya u'olls join game ni. Hadiah yang di tawarkan bernilai RM50K. Antara nya; 3D Home Theatre System or Alienware Laptop!

Layan ;)

cuba korang tgok music video ni, mana lah tau kot2 ada muka korang hehe
http://says.my/darwisyaulia/undilah-video

Sape pernah pi ngundi? Angkat tangan!! hehe

encik belum pernah pi ngundi ke? ooo.. saya pun belum jugak. Ntahlah, macam tak best jer. Calon2 yang ada tak memberangsang kan lah. Tak meyakin kan langsung. Semua nye jenis nak "sembelih leher rakyat", ada yang lebih ke arah perjuangan peribadi, ada yang lebih kepada gila kuasa nak jadi perdana menteri.. ermm ntah lah, konpius lah. tu yang saya malas nak pi ngundi.. wat penat jer. hehe tu pendapat saya lah ;)

yang encik ni, dah ngundi ke? ooo sudah eh. tahniah lah ;)
encik pangkah sape? hehe... ops sory, "undi kita adalah rahsia", lupa pulak

*********************************************
hehe.. tengah pening2 ni sempat lagi aku bersketsa. korang layan je lah. pas tu korang layan pulak music video afdlin shauki ni. Rakyat malaysia yang belum register lg, cepat2 lah register.. peace yooo ;)


Jumaat, 23 September 2011

Dulu & Sekarang; Pelik lah aku..

Pelik kan diaorang ni. Yang sorang tu dri bukak2, skang dah tutup2 pulak.. mintak2 ikhlas lah hati nya utk bertudung..


citer lama..

citer skang...



Yang sorang ni pulak, dri tutup2, skang dah bukak2 pulak.. mak bapak tulun nasihat kan sket ye. sakit mata pulak memandang fesyen dia ni.


kan manis bertudung sopan mcm ni.. sejuk mata memandang ;)






manis masa bercinta.. fida yg dulu lg sweet ;)


Korang fikir lah sendiri..

Harus Baca; 24 Perkara Jangan Di Lakukan


As Salam..
It's Saturday morning lah... malas nya nak pi kerja tadi. Syok jek nonton drama kat astro. "Demi Allah, aku izin kan.."
Lakonan Ieja, norman hakim and sorang pelakon baru yang apa ntah nama nya. Lum glamer lagi kot. Tak pernah nampak pun muka dia sebelum ni. Best gak citer dia. Pasal keagamaan.. sedih sket.
Sampai opis, punch card.. opss lewat 10 minit. ermm tak apa lah kot, saturday.. hahaha. Bukan nya ada kerja pun, dok melahu je. Tengok opismate aku kat sebelah ni, tengah layan novel.. Aku lak, biasa lah blogging ;)
Ni ada satu entry menarik yang aku dapat. Yang kebiasaan nya kita anggap remeh jek. Malah tak kisah pun. Hari2 kita buat, tanpa kita ketahui effect nya pada diri kita. So, u'olls check it out ye ;)
24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN!!!
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T. (aku selalu wat ni, ampun kan hambaMu ini Ya Allah)
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. (ni pun aku tahu, tapi aku tetap tak sedia kan selipar kat bilik air. Risau anak aku buat main2 kat bilik air kang)

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.(Ni pun aku tahu, arwah nenek aku marah sangat kalu minum/makan guna cawan/pinggan yang sumbing/retak)
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. (Ni aku baru tahu. Selalu gak biar pingan mangkuk kotor kat singki tu. pas masak biar dulu, pas makan baru basuh hehe)
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan) (Ni memang aku dah lama tahu. Lepas solat subuh aku terus buat sandwich untuk niaga ;) semoga Allah memurahkan rezeki aku.. amin)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan. (Kekadang lupa gak, makanan dah masuk mulut baru ingat nak baca bismillah)
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.(Jarang lah nak berniat. Kalu nak pi kerja je ingat nak pi kerja. kalu kuar pi jalan, niat nak pi shopping hahaha)
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. (dah hilang akal ke nak pakai kasut sebelah lain2)
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.(Ni orang lelaki selalu buat..)
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.(Nasib baik opis aku tak ramai orang. Kalu jmpa bebudak opis sebelah, senyum jek & bertegur sapa jek)
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. (Istigfar banyak2 - instigfar bole menghapuskan dosa2 kecil)
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. (Ego lah jugak, aku ni jenis "lantak kau lah, ada aku kisah.." haha)
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.(ops saya tak suka sangat ngumpat2 ni. tak suka sibuk hal orang)

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal. (Yup, aku jadi kan nya 1 prinsip idup. sentiasa berzikir menyebut nama2 Nya)
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. (InsyaAllah, kalu ada lebih2 syiling pas belanja tu, aku sedekah kan je kat tabung anak2 yatim kat kedai mamak tu)
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati. (Teringat pulak kat sorang membe aku yang suka ketawa lepas then suka mencarut. berlebih-lebihan ketika bergurau - munafik)
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. (Reminder for everyone, pas ni jgn ada lagi reason 'bohong sunattt..')
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.(sesape yg suka menganiaya sesama hamba Allah, moga Allah beri balasan yang setimpal untuk nya)
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.(Ni reminder untuk aku untuk tenang kan hati dan melupakan segala kesedihan aku ;) terima kasih Allah)
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.(jerangkung dalam almari, momok kat dapur, anak jin kat bilik air.. hehe just joking)
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.(hmm bukan nya diaorang kisah pun, diaorang lebih rela mati dpd tak dapat hisap rokok. dulu x-boyfren aku siap cakap, "abis, kalau tak isap rokok, nak isap apa.." haha)
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama. (selalu balik rumah pas keje umah tak ada orang.. aku bagi salam jugak)
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.(Teringat pada seseorang yang telah tiada - semoga ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan di cucuri rahmat oleh Nya, amin..)
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata ‘jangan’. Sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.(Tanya pun tak boleh ke.. nak jugak tahu logika nya.. Allah knows better ;)

Thanks to Up To Mu ;) sharing is caring kan..

Up To Mu: 24 Perkara Jangan Dilakukan

Posto posto; Kad Kahwin Nabil & Nazirah Ayub





Walimatul urusss..

Haha.. saje jek nak kepoh2 di petang2 hari ni.
Ada entry menarik kat fb aku tadi. Tiba2 jek aku merasa pelik dgn tajuk post kat wall aku tadi.
"KAD KAHWIN NABIL BERKONSEP BUKU CERITA DONGENG"

"aikss, nabil mana pulak ni" detik hati aku. Nabil telinga capang tu ke. dah nak kahwin ke, mcm hri tu baru break dgn Irma Hasmie"

Then jari aku laju je meng'klik' entry tadi tu. Confirm lah ni, Nabil Raja Lawak. Bila pulak lah mamat ni bercintan cintun. Nak tgok sket sape bakal permaisuri dia tu.

Aku pun meng'google' lah 'Nabil dan Nazirah' - then kuar lah muka diaorang ni.

isk isk isk.. aku ni katak bawah tempurung ke. Tak tahu menahu pun pasal gossip diaorang ni.

Dari hasil siasatan aku, diaorang merancang untuk bernikah pada 30/09/11. Cik Nazirah ni dah mengenali Nabil sejak 6 tahun lepas
tapi awal2 tahun hari tu baru cinta mula berputik. Dengar nya dia dulu stewardess kat AirAsia tapi skang tak tahu lak kerja apa. Mungkin pas ni nak jadi full time housewife kot.

Nabil cakap cik Nazirah ni seorang yang ikhlas dan tidak suka menunjuk2 sebab tu hati dia terbuka nak melamar nya menjadi suri hidup nya.

Anyway tahniah to Nabil & Nazirah.
Selamat berjuang lah ye! Sekarang bujang pas kahwin karang jgn ngaku bujang jugak yek hehe

Korang layan lah link kat bawah ni..



Nabil dan Nazirah akan berkahwin 30 September ini | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Khamis, 22 September 2011

Anak-anak kita; Budak 2 tahun di Perkosa di Rumah Pengasuh

As Salam..

Tengah aku syok2 layan entry2 kat wall aku ni, tiba2 mata aku menangkap 1 entry yang membuat mata aku terbuntang: "BUDAK 2 TAHUN DIPERKOSA DI RUMAH PENGASUH".

sial.. itu je lah yang terdetik kat hati aku masa tu. Ni bukan kerja manusia, bukan kerja binatang tapi setan. Apa lah yang ada pada budak umur 2 tahun..

Pada parents semua, hati2 lah bila menghantar anak2 ke pusat jagaan / rumah pengasuh ke.. malang tak berbau. Macam2 hal boleh berlaku. Daripada kes2 yang aku pernah baca sebelum ni, kadang2 parents tengah kerja then tiba2 dpt call dari pengasuh/care centre mengatakan anak kita di timpa kecelakaan. Ada certain kes budak dah kejung baru nak kejar kan ke hospital, then pihak hospital yang inform parents. Pelik kan, akal aku yang waras ni memang tak boleh nak terima benda2 yang tak logik macam ni.

Tapi sesungguh nya, Allah lebih mengetahui. Dia hanya ingin menguji hamba2 Nya.. ;)

Macam mana lah masa depan dia nanti. Aku turut berdukacita.. Aku pun seorang ibu, anak aku pun sekarang tengah umur 2 tahun. Terbayang muka anak aku. Cuma anak aku lelaki.

Mengikut entry yang aku baca tu ; seperti biasa, mak budak tu balik kerja terus ambik budak tu kat rumah pengasuh dia. sampai kat rumah budak tu menangis dan mengadu kat mak dia yang kemaluan dia sakit. Then mak dia check lah, tengok2 ada luka dgn bengkak kat kawasan yang berkenaan. Pas tu mak dia bawak dia pi check up kat pusat kesihatan yang berhampiran then dari hasil pemeriksaan, doktor telah mengesahkan terdapat kesan kecederaan akibat tusukan objek keras.

Mahu tak terperanjat mak dia,kalau aku pun.. luluh hati si ibu. Mak dia terus buat report kat balai. Siasatan awal polis mendapati semua penghuni rumah pengasuh adalah wanita. So, agak2 siapa kah pelaku nya?! jeng jeng jeng.. ntah aku pun tak tahu, polis tengah siasat lagi.

Ngeri kan zaman sekarang ni, banyak sangat2 setan bertopengkan manusia. Didalam jiwa manusia dah tak ada lagi 'insan'. Dah tak ada lagi perasaan belas kasihan. Bertuhan kan setan.
Benci aku dengan manusia macam ni!

Tudung cotton Nurjannah Jasmine Exclusive

Koleksi terbaru chantek.com - Tudung cotton Nurjannah Jasmine Exclusive.
Kaler dan stock amat terhad ye. RM50/pcs termasuk postage ;)
Saiz: M

untuk tempahan sila call / sms ke no; 014-6165379





Jom ramai2 like page facebook.com/chantek.com untuk pilihan pakaian muslimah yang lebih banyak. Lagi pun clearance sale utk baju kurung moden dan jubah kaftan chiffon bagi stock raya tengah berlangsung ni. Cepat2 sementara stock masih ada!!!

Anda juga boleh follow kami di twitter.com/chantekmuslimah.. i follow ;)