BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 11 Februari 2011

Jerangkung Di Dalam Stor part 2

Maaf kerana dah lama tak update blog.. Bukan tak ada cerita untuk dikongsi tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Malah bermacam-macam kejadian menimpa aku dan famili... subhanAllah, semuanya dengan izin Allah..

Ingat lagi tak citer aku pasal momok kat rumah aku ni.. sehari lepas dia nampak momok tu, malam berikut nya dia bangun tengah malam dengan termuntah-muntah. Aku yang tengah tido sebelah dia masa tu, terus panik dan terkejut... "Awisy, nape ni sayang..." Kelam kabut aku membereskan keadaan. Membersihkan nya dan menukar pakaian nya.. Terasa suhu badan nya panas. "Awisy demam.." bisik hati ku. "Awisy demam eh sayang.." aku mengucup ubun-ubun nya. Rasa kesian pulak bila melihat air muka nya yang polos tu. Mata nya memandang ku layu..

Esok nya kitaorang bawak dia ke hospital. Keadaan nya sama macam pertama kali kitaorang bawak dia ke hospital dulu. Dr. Ismail Haron telah mengenal pasti simptom2 nya berulang. Cuma masa pertama kali kitaorang bawak dia dulu, keadaan dia dah teruk sikit.

Awisy terus kena admitted. Doktor nak pantau keadaan dia, nak tengok tindak balas penyakit nya dengan ubat.

Aku tak ingat pukul berapa masa tu, tapi yang pasti lepas magrib. Waktu tu aku dengan Awisy berdua je kat wad. Dia sentiasa nak berada dalam pelukan aku dan berbaring di dada aku dengan mata nya yang tertutup. Aku dah mula tak sedap hati bila dia mula mengeluh seperti orang yang dalam kesakitan. Aku kelam kabut dan panik.. Terasa suhu badan Awisy makin panas. Dan tiba-tiba aje Awisy mengigil-gigil yang agak kuat dalam pelukan aku. Aku terus tekan bell pangil nurse. Beberapa minit kemudian nurse datang periksa keadaan Awisy. Dia cakap suhu badan Awisy naik, dia decide nak bagi ubat bontot kat Awisy. "kenapa badan dia mengigil-gigil ni misi?" Aku pandang muka nurse tu dengan berkerut dahi, menanti kan jawapan. "oh, memang mcm ni kalau nak demam.." jawab nurse tu dan terus berlalu.

Sepemergian nurse tu, aku terus mencari handphone dan telefon laki aku memberitahu keadaan Awisy. Laki aku cakap dia on the way ke hospital. Aku teringat kan abang Mail (opismate aku. aku pernah citer kat dia keadaan Awisy yang bangun tengah-tengah malam pas tu cakap momok2.. then dia cakap lah jiran depan rumah dia reti lah sikit2 bab2 supernatural ni. Dia ada cakap dengan aku, nak suruh jiran dia tengok2 kan rumah aku tu, betul ke ada momok. Tapi pas tu dia senyap je. Lupa kot..)

"hello, Abang Mail. Ni Lin ni.. Abang Mail tolong boleh tak? Lin kat hospital ni, anak lin demam panas badan dia mengigil-gigil. Abang Mail cakap nak suruh jiran Abang Mail scan kan rumah Lin" Seperti LRT aku bercakap dengan Abang Mail senafas je..

"Ok ok, nanti abang tanya kan jiran abang. Nanti abang telefon balik k".
Lega sikit aku bila abang Mail berjanji untuk mengambil tindakan secepat yang mungkin.

"Tapi kenapa cik misi ni lambat sangat. Berapa lama lagi ni isk. Tak nampak pun batang idung" getus hati ku bila nurse yang berjanji nak bagi Awisy ubat bontot tak sampai-sampai. Aku terus keluar menjengah di pintu bilik wad. Aku bertanya kan nurse yang ada di situ " tadi ada nurse tu cakap dia nak bagi anak saya ubat bontot. Anak saya demam mengigil-gigil ni.."

"Oh ye ke, puan tunggu sekejap eh.."

Aku terus mengendong Awisy ke katil nya dan duduk di kerusi yang di sedia kan. Aku cuba menenang kan diri. Tapi tak boleh. Sebab hiba sangat hati melihat keadaan Awisy. Dia memeluk ku dengan kejap dengan badan nya masih mengigil lagi dan mengeluh seperti menahan kesakitan. Aku resah bila sendirian menghadapi situasi begini.

Tiba-tiba nurse tadi datang bawak ubat bontot. Dia suruh aku baring kan Awisy dan buka pampes Awisy. Awisy meronta tak mahu di baringkan. Aku memujuk dan menenang kan nya. Mencium nya berkali-kali. Setelah nurse tadi memberes kan kerja nya. aku terus mengendong Awisy dan merangkul nya dengan kejap. Aku menepuk lembut belakang nya. Dia kembali tenang. Aku duduk kembali di kerusi. Membelai nya dan dalam masa yang sama menenangkan diri ku sendiri.

Dalam pada itu, mak dan ayah mertua aku pun sampai. Terkejut jugak aku, sebab aku tengah tungu laki aku, tapi mak dgn ayah mertua aku lak yang sampai.
Bertalu-talu soalan mak mertua aku ajukan. Aku pun menceritakan kejadian yang berlaku tadi.
Awisy masih lagi seperti tadi, melekap di dada ku dengan kejap. Mata nya tidak di buka walau sepincing pun. Cuma badan nya tidak mengigil lagi. Dia tidak menghiraukan kehadiran datuk dan nenek nya. Mungkin dia lebih tenang dalam dakapan aku.

Kemudian laki aku pun sampai. Bertanya kan soalan yang sama. Aku mencerita kan kembali kejadian tadi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi mesej dari handphone ku.
Mesej dari abang Mail. " Lin jangan terkejut tau. Nanti abang forwardkan mesej jiran abang tu kat lin"
Pastu mesej yang kedua pulak masuk. Kali ni aku membaca nya dengan seluruh badan aku mengigil dan seram sejuk.. Mesej tu lebih kurang macam ni lah. "abang dah scan rumah Salina tu. Kat rumah dia ada 3 ekor. Satu kat tangga, kat bilik tengah ada jerangkung dan sekor lagi kat dapur. Suruh dia isi kan air dalam jag taruk atas meja tapi jangan tutup jag tu. lepas 30 minit boleh minum air tu.

Laki aku pun turut terkedu baca lepas baca mesej tu. Aku balas mesej abang mail mengatakan yang tak ada orang kat rumah. Semua orang ada kat hospital.

Then dia balas, dia suruh laki aku balik rumah kejap pas tu tunggu selama 30 minit. lepas berbincang dengan laki aku, dia pun balik ke rumah aku dengan kawan dia. sebab tak berani balik seorang. Mak dan ayah mertua ku pun turut mengundur diri

Menjelang tengah malam dia datang semula ke hospital membawa sebotol air masak. Aku gunakan air tu untuk membancuh susu Awisy.
Dengan izin Allah, aku berharap sangat air penawar ni dapat meredakan penyakit Awisy.

Dan pagi tu, dia bangun dengan senyuman ;) seolah tiada apa yang berlaku malam tadi.
Tapi adakah Awisy benar2 sudah sembuh?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan