BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 16 Februari 2011

Coba kau Coba...

As Salam...

Semalaman aku tak dapat melelap kan mata. Malam ku rasakan begitu panjang sekali. Awisy pun tidur nya resah je. Aku rasa dahi nya, panas... sesekali aku dengar suara halus nya memanggil ku "mamaaa.. " sayu bunyi nya. Hati seorang ibu begitu mudah tersentuh. Entah kenapa kebelakangan ni sebak sering kali bertamu bila mata ku membelek-belek raut wajah nya. Aku simpati melihat nya. Kalau dia dah pandai cakap mesti dia adukan segala kesakitan dan penderitaan nya. Tapi hari2 dia ceria. Bermain dan terus bermain dalam dunia nya sendiri.

"Mamaaa.." sekali lagi dia memanggil. Aku terus menumpu pada nya. Terlihat wajah nya mengukir senyuman dengan mata yang terpejam sambil dia mengeliat kan badan nya. Aku tersenyum melihat gelagat nya, lantas pastas jari ku mencubit pipi nya. Geram dengan kecomelan nya. Aku ingin abadikan segala kenangan kanak2 nya bersama ku. Masa berlalu dengan pantas hingga kekadang kita tak sedar anak2 kita dah dewasa. Masa tu baru lah kita sedar banyak yang kita telah terlepas. Masih banyak lagi yang kita ingin lakukan untuk diri nya, tapi sayang masa tak bisa di undur kembali.

Mungkin aku tak dapat lelapkan mata sebab resah untuk menghadiri temuduga pagi ni. Jawatan Pegawai Imigresen Gred KP17. Dah agak dah, mesti kena rejek. Sebab aku rabun. Kalau tak silap pendengaran aku tadi, pegawai tu cakap jarak dari tempat kita berdiri dengan huruf2 yang dia suruh kita baca tu 20 kaki. Jauh tuuu.. Liang lahad pun baru 7 kaki. Hehehe

No giliran aku no 5. No bertuah aku. Ingat kan ada luck. Hampehhh..
Sambil duduk menunggu giliran aku berselawat di dalam hati. Mana lah tau kot2 ada rezeki aku.

Bila no giliran aku dipanggil, aku pun melangkah dengan confident. Masuk je kat bilik tu ada pegawai menunggu di depan pintu. Aku menyerahkan borang, kad pengenalan dan surat panggilan untuk interview.

Pas tu dia suruh rapat ke dinding untuk ambil ukuran ketinggian,then timbang berat. Pas tu dia suruh duduk untuk ujian rabun warna then barulah ujian jarak penglihatan. Siap dia suluh mata aku ni dengan lampu suluh then dia suruh aku gosok2 mata aku, di khuatiri aku ada menggunakan contact lenses. " dont worry encik, saya seorang yang jujur.. hehe" ckp dlm hati je.
Bila dia suruh aku berdiri tegak dan bacakan huruf2 yang dia tunjuk kan kat depan tu, aku memang surrender. Sama ada huruf bersaiz besar atau kecil semua nya memang aku tak cam langsung. Pada mata aku semua nya kembang je. Nak tembak pun tak de idea. Last2 terus aku cakap " saya tak nampak encik!"
"Kamu pakai spec ya?" pegawai tu bertanya
"Haah" pendek aku menjawab sambil senyum menyeringai pada nya
"power kamu berapa?" intonasi suara nya agak kendur tidak seperti mula2 tadi yang kelihatan tegas dan ganas semacam je. Mungkin dia simpati dengan aku agak nya
Aku cuba mengingat kembali berapa power untuk spec aku. "175" Aku teragak2 menjawab. Kalau tak silap aku lah. Sebelum aku tukar spec baru ni, power aku 125 pas tu masa tukar spec baru dia cakap power aku naik 50, so 175 kan...

Pas tu dia advise kan aku jangan apply lagi mana2 jawatan untuk badan beruniform kat SPA sebab diaorang akan remarks kat SPA keputusan ujian fizikal untuk hari ni. Jadi kalau akan datang aku apply lagi jawatan untuk badan uniform, sampai kiamat pun diaorang tak kan panggil untuk interview. It's ok. aku redha. Bukan rezeki aku gak nya. Allah Knows better..

Dari calon no 1 sampai calon no 4 semua kena rejek. Calon yang pertama perempuan kena rejek sebab rabun. Calon yang kedua lelaki, kena rejek sebab bahu senget. Calon yang ke tiga perempuan kena rejek sebab tak cukup berat. Berat minimum untuk wanita adalah 46 kg. Berat budak tu pulak 45 kg. Missed 1 kg je. kesian pulak tengok dia menangis-nangis. Calon yang ke empat pun kena rejek sebab rabun. Aku kena rejek pun sebab rabun. Mana boleh nampak, 20 kaki tu. Kalau dalam 20 kaki aku boleh melihat dengan jelas huruf2 kecil yang macam kita buat pemeriksaan mata masa nak bikin cermin mata tu, baik tak payah aku pakai spec. Membazir je. Tak pakai spec lagi cun hehehe.. perasan lah pulak.

Tak apalah, mungkin ada baik nya. Aku dengar, sesiapa yang terpilih akan di hantar ke Port Dickson untuk training selama 3 bulan. Adusss aku tak boleh hidup tanpa Awisy. Kang hari2 aku menangis je.

Kepada mereka yang terpilih, all the best to them. Dan aku tak kan berhenti di sini. Bumi Allah cukup luas. Cukup untuk memberi rezeki kepada semua anak cucu adam. Aku akan cuba cari kerja di tempat dan di bidang lain pulak.. ;)

Coba kau cobaa, coba kau diam bila ku berbicara dengan kamu... oooo lalala

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul..

Salam..

Hening nya pagi ni. Mungkin kerana hari ni public holiday, so ramai orang melanjutkan waktu tidur mereka lebih dpd biasa. Tak elok tidur lepas subuh tau. Lebih tak elok lagi kalu missed solat subuh.. hehe jawab lah kat dalam kubur nanti.

Awisy dgn daddy pun masih tidur lagi. Tapi daddy keje hari ni. Tak pe lah, kejap lagi baru gerak kan dia. Daddy masuk kerja kol 9.30 am. Mentang2 lah opis tu dekat, kol 9.15 selalu nya baru dia kuar rumah.

Lepas solat subuh tadi, buat kan Awisy susu then tukar kan pampes dia, pas tu teringat pulak nak cek dokumen2 yang aku kena bawak untuk interview imigresen khamis ni. Semalam daddy dah gamkan tapak kasut sport aku tu. Beriya-riya dia suruh aku pergi interview tu. Semalam pagi ntah angin apa, tiba2 dia tanya jadi ke tak aku nak pi interview imigresen tu? "Ntah lah, tgok lh nanti.." nak tak nak je aku jawab.

Semua dokumen original aku dah siap kan. Ingat nanti nak bagi daddy, suruh dia photostet kat opis dia. hehe Memandang kan result interview pembantu tadbir tu adalah 'dukacita' so apa salah nya aku try lagi satu post kan. Orang dah offer, tinggal bawak badan je. Mana lah tau kan, dengan doa dan restu laki aku, result nya lepas ni 'sukacita' pulak. Uniform imigresen pun cun gak, tapi member aku cakap kain dia susah nak iron (husband dia kejer imigresen). Tak apa lah, yang penting kita attend dulu interview ni.

Ingat pagi ni nak buat breakfast nasi goreng kampung. Tapi semalam dah beli roti, buat roti bakar je lah kot. Kesian pulak kat daddy coz hari ni dia tak balik lunch. Buat breakfast berat sket lah ek, at least sampai kol 1-2 pun dia kenyang lagi. Isk ye ke? Tengok lah tahap kerajinan aku nanti nak buat breakfast apa...

Kalu ada free kang nak kena cari info pasal jabatan imigresen pulak.. Kang time interview, dia soal tak reti nak jawab apa pulak. Macam masa aku interview pembantu tadbir hari tu, dia tanya "siapa nama ketua setiausaha negara?" Terkedu aku. "ada ke jawatan macam tu kat Malaysia"? Tak tau pun. Ni mesti tak glamer, tak pernah masuk tv kot.." macam-macam persoalan menerjah kepala hotak aku masa tu. Honestly aku jawab je tak tahu.. hehe

Pagi2 tadi tengok kat mudah.my ada iklan nak pakai kerani kat Kebun Teh. Area tu dekat je dengan rumah aku. So aku emailkan lah resume kat dia. Tapi dia nak pakai clerk berumur 28 tahun ke bawah. Konpius aku, setakat jadi clerk buat keje kat opis pun nak taruk age limit. Yang penting ada kemahiran, sihat tubuh badan, personaliti menarik ok lh tu. Yang penting prestasi kejer yang memberangsang kan. Kalau amik yang muda2 tapi tak boleh buat kerja, asik syok bercinta je, berangan ingat pak we je cam ne..

Bila orang dah kahwin ni, komitmen dia pada kerja lain. Fokus kerja dia adalah untuk menyara keluarga. So, dia akan bagi 70% to 80% komitmen untuk kerja dia and balance dia adalah untuk famili dgn diri sendiri. Contoh nya aku lah. Hehe macam tahun lepas, cuti tahun aku banyak dihabiskan untuk menjaga Awisy kat hospital. Bawak Awisy berubat sana-sini. Kalu aku sakit setakat demam, batuk dgn selsema tu tak pernah pun aku amik MC. Datang jugak opis buat kerja macam biasa. ;) Takut nak tinggal kan kerja, ialah kalau kita cuti kerja kita orang lain kena cover. Nanti beban kerja orang tu bertambah, kesian dia stressed. Tak baik menyusah kan orang kan..

Opss, nampak nya daddy dah bangun. Nak siap kan breakfast untuk dia. So jawab nya hari ni kita breakfast roti bakar dengan butter & kaya.. sedap tau makan panas2.

Anyway, salam maulidur rasul. Banyak kan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ;)




Ahad, 13 Februari 2011

Nasi Lemak Sambal Udang

Salam..

Cepat nya masa berlalu hari ni. Tak sedar dah nak senja. Jam di dinding dah menunjuk kan pukul 6.30 petang. Apa aje lah yg aku buat hari ni..

Kedengaran batuk Awisy menganggu konsentrasi aku. Kesian dia. Dia masih kecil untuk menanggung semua itu. Dah berbulan sejak dia keluar hospital bulan November 2010 sampai hari ni batuk dan demam nya tak baik-baik. Tapi Alhamdulillah, lepas kami bawak dia berubat kat Gelang Patah dengan seorang mak cik keesokan nya demam dia kebah. Dengan izin Allah jua..

Dah dua kali kami bawak dia ke klinik kerajaan untuk mendapatkan injection sempena umur nya genap 18 bulan, tapi kitaorang di suruh balik sebab dia demam. Tak tahu macam mana nak explain kat misi dan doktor. Doktor ada bekal kan ubat demam dan antibiotik tapi sakit nya begitu jugak. Tak ada tanda2 menunjuk kan sakit nya berkurangan. Masa kali kedua kitaorang datang, doktor ada buat ujian darah. Doktor cakap darah dia ok. Cuma tonsil dia bengkak. Doktor cakap kalau sakit nya berterusan sampai umur nya 4-5 tahun mungkin kena buat operation untuk buang tonsil tu. Berderau darah aku.. Tak sangka pulak serius macam tu sekali.
Nasihat doktor untuk masa ni cuma kasi dia minum air masak lebih sikit.

Nampak nya Awisy dah bangun tidur. Kedengaran laki aku membancuh kan nya susu. Dia mencari aku "mama, mama... " Sekejap lagi dia datang lah tu.

"mama.. " dia muncul di muka pintu dengan senyuman
"burppp.." aku tersenyum melihat nya sendawa kekenyangan selepas minum susu.
"ya, saya sayang" aku mencium pipi nya

Dia mengambil tempat duduk sebelah ku.
Menekan-nekan papan keyboard, meniru aksi aku sedang menaip.
Sekarang ni dia bermain pulak dengan mouse. Dia tertarik dengan cahaya berwarna merah yang keluar dari bawah mouse tu. Dia menyuluh nya ke wajah ku, kemudian menghala kan nya ke objek2 yang di suka. Sekarang ni dia tengah "mengemas". Dah memang itu kerja dia, dah tak kuasa nak marah.. Orang cakap budak usia macam dia ni, tengah cari akal. Tengok kan aje, jangan dia main benda2 yang merbahaya sudah lah.

Hari ni kerja memasak mudah sikit. Sebab laki aku ada untuk menjaganya. Selalu nya bila laki aku keluar berkerja, aku bawak sekali dia kat dapur. Memang tunggang terbalik lah dapur aku di kerja kan nya. Haiiii, sabar aje lah.

Menu hari ni, Nasi lemak dengan sambal udang. Makanan favorite suami aku. Pas tu buat koktail. Tak buat pun puding kastard. Aku pakai jelly (aku pangil sumi) yang mak mertua aku bagi. Banyak sangat dia bagi, tu pun kat rumah dia ada banyak lagi. Hari tu dia pi kerja kahwin rumah bakal besan dia kat Shah Alam, diaorang kasi buah tangan jelly banyak sangat. Kat rumah mak mertua aku pun tak ada orang yang nak makan, so dia kasi aku suruh Awisy makan. Awisy pun dah tak makan sangat, so aku buat kan koktail je lah. Pas buat kuah kastard tu aku masuk kan sumi yang aku dah kopek then masuk kan buah laici. Pas tu simpan dalam peti sejuk. Sedap makan sejuk2 tau.

Besok keputusan temuduga pembantu tadbir N17 keluar. Sepatut nya 31/1/11 hari tu dah keluar result nya. Tapi masa aku jengah website spa hari tu diaorang tangguhkan result, and esok baru diaorang beritahu. Hopefully ada rezeki aku. Khamis 17/2/11 pulak ada interview imigresen. Serba salah nak pi ke tak sebab diaorang ada buat ujian fizikal. Ada ujian penglihatan tanpa menggunakan cermin mata. Dah lah aku ni rabun, tak tahu lah lepas ke tak. Laki aku suruh pergi je. Ntah lah, tengok lah kalau angin aku baik nanti.

Ok lah, sebelum si Awisy ni bertambah merapu baik aku sudah kan disini je coretan untuk hari ni. Lagi pun dia belum mandi lagi. hehe nak pi mandi kan dia ni.
Masam nya anak mama....

Jumaat, 11 Februari 2011

Jerangkung Di Dalam Stor part 2

Maaf kerana dah lama tak update blog.. Bukan tak ada cerita untuk dikongsi tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Malah bermacam-macam kejadian menimpa aku dan famili... subhanAllah, semuanya dengan izin Allah..

Ingat lagi tak citer aku pasal momok kat rumah aku ni.. sehari lepas dia nampak momok tu, malam berikut nya dia bangun tengah malam dengan termuntah-muntah. Aku yang tengah tido sebelah dia masa tu, terus panik dan terkejut... "Awisy, nape ni sayang..." Kelam kabut aku membereskan keadaan. Membersihkan nya dan menukar pakaian nya.. Terasa suhu badan nya panas. "Awisy demam.." bisik hati ku. "Awisy demam eh sayang.." aku mengucup ubun-ubun nya. Rasa kesian pulak bila melihat air muka nya yang polos tu. Mata nya memandang ku layu..

Esok nya kitaorang bawak dia ke hospital. Keadaan nya sama macam pertama kali kitaorang bawak dia ke hospital dulu. Dr. Ismail Haron telah mengenal pasti simptom2 nya berulang. Cuma masa pertama kali kitaorang bawak dia dulu, keadaan dia dah teruk sikit.

Awisy terus kena admitted. Doktor nak pantau keadaan dia, nak tengok tindak balas penyakit nya dengan ubat.

Aku tak ingat pukul berapa masa tu, tapi yang pasti lepas magrib. Waktu tu aku dengan Awisy berdua je kat wad. Dia sentiasa nak berada dalam pelukan aku dan berbaring di dada aku dengan mata nya yang tertutup. Aku dah mula tak sedap hati bila dia mula mengeluh seperti orang yang dalam kesakitan. Aku kelam kabut dan panik.. Terasa suhu badan Awisy makin panas. Dan tiba-tiba aje Awisy mengigil-gigil yang agak kuat dalam pelukan aku. Aku terus tekan bell pangil nurse. Beberapa minit kemudian nurse datang periksa keadaan Awisy. Dia cakap suhu badan Awisy naik, dia decide nak bagi ubat bontot kat Awisy. "kenapa badan dia mengigil-gigil ni misi?" Aku pandang muka nurse tu dengan berkerut dahi, menanti kan jawapan. "oh, memang mcm ni kalau nak demam.." jawab nurse tu dan terus berlalu.

Sepemergian nurse tu, aku terus mencari handphone dan telefon laki aku memberitahu keadaan Awisy. Laki aku cakap dia on the way ke hospital. Aku teringat kan abang Mail (opismate aku. aku pernah citer kat dia keadaan Awisy yang bangun tengah-tengah malam pas tu cakap momok2.. then dia cakap lah jiran depan rumah dia reti lah sikit2 bab2 supernatural ni. Dia ada cakap dengan aku, nak suruh jiran dia tengok2 kan rumah aku tu, betul ke ada momok. Tapi pas tu dia senyap je. Lupa kot..)

"hello, Abang Mail. Ni Lin ni.. Abang Mail tolong boleh tak? Lin kat hospital ni, anak lin demam panas badan dia mengigil-gigil. Abang Mail cakap nak suruh jiran Abang Mail scan kan rumah Lin" Seperti LRT aku bercakap dengan Abang Mail senafas je..

"Ok ok, nanti abang tanya kan jiran abang. Nanti abang telefon balik k".
Lega sikit aku bila abang Mail berjanji untuk mengambil tindakan secepat yang mungkin.

"Tapi kenapa cik misi ni lambat sangat. Berapa lama lagi ni isk. Tak nampak pun batang idung" getus hati ku bila nurse yang berjanji nak bagi Awisy ubat bontot tak sampai-sampai. Aku terus keluar menjengah di pintu bilik wad. Aku bertanya kan nurse yang ada di situ " tadi ada nurse tu cakap dia nak bagi anak saya ubat bontot. Anak saya demam mengigil-gigil ni.."

"Oh ye ke, puan tunggu sekejap eh.."

Aku terus mengendong Awisy ke katil nya dan duduk di kerusi yang di sedia kan. Aku cuba menenang kan diri. Tapi tak boleh. Sebab hiba sangat hati melihat keadaan Awisy. Dia memeluk ku dengan kejap dengan badan nya masih mengigil lagi dan mengeluh seperti menahan kesakitan. Aku resah bila sendirian menghadapi situasi begini.

Tiba-tiba nurse tadi datang bawak ubat bontot. Dia suruh aku baring kan Awisy dan buka pampes Awisy. Awisy meronta tak mahu di baringkan. Aku memujuk dan menenang kan nya. Mencium nya berkali-kali. Setelah nurse tadi memberes kan kerja nya. aku terus mengendong Awisy dan merangkul nya dengan kejap. Aku menepuk lembut belakang nya. Dia kembali tenang. Aku duduk kembali di kerusi. Membelai nya dan dalam masa yang sama menenangkan diri ku sendiri.

Dalam pada itu, mak dan ayah mertua aku pun sampai. Terkejut jugak aku, sebab aku tengah tungu laki aku, tapi mak dgn ayah mertua aku lak yang sampai.
Bertalu-talu soalan mak mertua aku ajukan. Aku pun menceritakan kejadian yang berlaku tadi.
Awisy masih lagi seperti tadi, melekap di dada ku dengan kejap. Mata nya tidak di buka walau sepincing pun. Cuma badan nya tidak mengigil lagi. Dia tidak menghiraukan kehadiran datuk dan nenek nya. Mungkin dia lebih tenang dalam dakapan aku.

Kemudian laki aku pun sampai. Bertanya kan soalan yang sama. Aku mencerita kan kembali kejadian tadi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi mesej dari handphone ku.
Mesej dari abang Mail. " Lin jangan terkejut tau. Nanti abang forwardkan mesej jiran abang tu kat lin"
Pastu mesej yang kedua pulak masuk. Kali ni aku membaca nya dengan seluruh badan aku mengigil dan seram sejuk.. Mesej tu lebih kurang macam ni lah. "abang dah scan rumah Salina tu. Kat rumah dia ada 3 ekor. Satu kat tangga, kat bilik tengah ada jerangkung dan sekor lagi kat dapur. Suruh dia isi kan air dalam jag taruk atas meja tapi jangan tutup jag tu. lepas 30 minit boleh minum air tu.

Laki aku pun turut terkedu baca lepas baca mesej tu. Aku balas mesej abang mail mengatakan yang tak ada orang kat rumah. Semua orang ada kat hospital.

Then dia balas, dia suruh laki aku balik rumah kejap pas tu tunggu selama 30 minit. lepas berbincang dengan laki aku, dia pun balik ke rumah aku dengan kawan dia. sebab tak berani balik seorang. Mak dan ayah mertua ku pun turut mengundur diri

Menjelang tengah malam dia datang semula ke hospital membawa sebotol air masak. Aku gunakan air tu untuk membancuh susu Awisy.
Dengan izin Allah, aku berharap sangat air penawar ni dapat meredakan penyakit Awisy.

Dan pagi tu, dia bangun dengan senyuman ;) seolah tiada apa yang berlaku malam tadi.
Tapi adakah Awisy benar2 sudah sembuh?