BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 12 November 2010

Jerangkung di dalam stor... part 1

Memang aku akui Awisy seorang anak yang cerdik. Dia cepat je menangkap atau meniru perbuatan orang lain sama ada sengaja atau tidak.
Dan kelebihan nya itu juga membuat kan kitaorang keliru.
Sememangnya dia takut akan keadaan yang gelap. Bila dia ternampak ruang yang gelap (bilik atau dapur) dia akan ckp "momok, momok..." kitaorang hanya menganggap ia sebagai satu lelucu. Lagi pun kekadang kitaorang selalu takut kan dia kalau dia selongkar barang-barang kat bilik. kitaorang akan matikan lampu pas tu ckp dgn dia "hee momok, momok..." cepat-cepat dia lari keluar sambil nangis.

Pernah jugak aku terfikir; Untuk kanak-kanak yang baru hanya berumur setahun 4 bulan, tahu ke dia apa itu momok? Apa yg menyebab kan dia begitu takut hingga berlari mencicit-cicit dan menangis bila di takut kan dgn perkataan momok?

Tapi sekarang ni kitaorang pulak yg dlm ketakutan.
semua nya bermula begini...

malam pertama:
satu mlm masa kitaorang tgh tido kat bilik , tiba-tiba aku terdengar Awisy ckp "tu,tu,tu..." bila aku buka mata tgok jari dia tgh menunding ke arah tingkap. Aku tgok tak ada apa pun kat tingkap tu. Langsir pun tak bergoyang. Berderau jugak darah aku. "Nape Wisy, dah lah sayang.." aku terus menurun kan tangan nya dan memeluk nya kembali tidur

malam kedua:
mlm ni kitaorang tidur kat ruang tamu. tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba aku terjaga dan aku perhatikan Awisy sedang gelisah je. Tiba-tiba dia bangun dan terus duduk "Mama, momok, momok.." sambil jarinya menunding ke arah tingkap. habis je dia cakap mcm, terdengar anjing menyalak bersahut-sahutan kat bwh blok betul-betul tepi cermin rumah aku. aku terus menarik Awisy baring kembali dan memeluk nya. sempat lagi aku berfikir, sejak bila pulak kat blok aku ada anjing, tak pernah nampak pun selama ni.

malam ketiga:
mlm ni kitaorang tidur kat ruang tamu lagi. aku terjaga dari tidur bila aku rasa dia tengah gelisah. tiba-tiba dia merengek " hik, hik, hik.." dan terus bangun lalu duduk... "mama..." jari nya menunding ke belakang ku (waktu tu aku baring mengiring menghadap Awisy) terus meremang bulu roma aku. " nape awisy.. dah lah sayang".. aku terus menarik nya utk tidur kembali. waktu tu aku takut sgt nak menoleh kebelakang walaupun hati ni teringin sgt nak tgok apa yg dia tunjuk kan tu. tapi dia terus gelisah, tak nak tidur. mungkin dia haus gak nya. aku kuatkan semangat utk bangun dan buatkan susu. aku gagahkan diri utk menoleh ke arah yg di tunjuk kan oleh awisy td. "tak ada apa pun.." getus hati ku. tiba-tiba Awisy nangis.. "nape, Awisy nak ikut mama ke? mama nak wat susu lh.." dia terus menangis sambil mengangkat tangan nya minta di dukung. aku tak sampai hati pulak nak tingal kan dia sorang. aku terus duduk kan dia, dan dia berhenti nangis. tiba-tiba jari nya menunding ke arah meja makan "huh, huh, huh..." terus aku berpaling ke meja makan. "nape sayang, tak ada apalah. kan mama ada ni" aku mencium dahi nya lalu mengendong nya ke dapur utk membuat susu.

so apa pendapat u all...
adakah dia benar2 nampak momok atau pun ada penjelasan lain yg bole di terima akal...