BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 19 Oktober 2010

Lara di hati mama

"Mama, mama.." sebaik saja daddy menurunkan aku dari gendongan nya, aku terus berlari ke ruang tamu. "Isk, mana mama ni.." getus hati ku. Aku berlari ke pintu dapur. Gelap dan sunyi. Aku terus berlari ke bilik dan menolak pintu bilik sekuat hati. Gedegangggg.. bunyi hempasan pintu bilik. "Gelap nya, Awisy takut gelap"



Aku terus berlari ke ruang tamu dan memeluk kaki daddy.

Lantas daddy mendukung ku.



"Mama worked, mama lum balik lagi. Jap lagi mama balik eh sayang". Daddy membelai rambutku kemudian mengucup pipi ku.



Terkebil-kebil mata ku memandang daddy. "Kenapa mama tak balik lagi? selalu bila aku balik, mama dah ada di rumah menunggu ku. Mama akan mendukung ku kemudian mama akan mengucup pipiku bertalu-talu. Atau pun mama akan memeluk ku dari belakang dan menggeletek perut ku. Dan kami berdua akan ketawa sambil berguling bersama-sama di ruang tamu. Bila aku pulang time mama sibuk di dapur, aku akan berdiri di pintu dapur sambil memerhati kan apa yg dilakukan oleh mama. Dia akan memandang ku dgn senyuman dan memanggil nama ku "Awisy dah balik..." dan kekadang dia akan mengusap-usap kepala ku dan mencium pipi ku "sayang anak mama, muakhsss..". Rindu lah kat mama



"Awisy nak susu tak, daddy buat kan susu eh. Awisy wait sini tau" Lontaran suara daddy mematikan lamunan ku.



Aku berlari-lari ke pintu dapur. Menunggu daddy membancuh susu untuk ku.

"Awisy pi ambil bantal, cepat. Nak susu tak?"



Cepat-cepat aku berlari mengambil bantal dan menghampar kan nye di ruang tamu. Aku terus baring sambil menghulurkan tangan ku kepada daddy. Daddy menghulurkan susu kepada ku.

"Pandai nye anak daddy" daddy mengucup dahi ku.



Daddy berlalu meninggalkan aku yg sedang menghisap susu dari botol susu ku. Aku melihat dia sedang menghidupkan suis television dan kemudian dia menekan suis kipas. Kipas berputar laju.

Daddy menekan-nekan alat kawaln jauh tv mencari-cari rancangan kesukaan nya.

Kemudian dia berbaring di sebelah ku.



Sambil menghisap susu aku memintal-mintal rambut ku. Masih tertanya-tanya di mana mama.

"Lambat nya mama balik hari ni.."
"Selalu nya bila aku balik, mama dah ada kt rumah"
"macam mana ni, pampes aku dah basah. siapa nak tukar kan. Daddy bukan nya nak ambil tahu"

Aku bingkas bangun dan menyerahkan botol susu yang kosong pada daddy.

"Dah habis eh, pi letak botol susu tu atas meja"

Aku terus berdiri dan berlari ke meja. Meninggal kan botol susu di atas meja. Kemudian aku berlari mendapat kan kotak yg berisi penuh dgn mainan di sebelah kabinet tv. Aku membuka penutup nya. Mencari-cari mainan yang bersesuaian. Aku mencapai kad-kad imbasan yang bergambarkan pelbagai binatang yang sudah pun tertanggal daripada klipnya.
Hmm, kalau mama ada ni mesti dia akan cakap mcm ni "pi ambil buku Awisy tu, pi belajar cepat. Asik main je. tak puas ke main kat rumah nenek" kemudian dia akan menampar manja punggung ku.

kalau aku malas dan tak mengendah kan kata-katanya, dia sendiri yang akan membuka kotak berisi mainan ini dan mengeluarkan kad-kad imbasan ini. Dia akan merangkul aku di pangkuan nya dan menunjuk kan aku gambar-gambar binatang tersebut sambil menyebut namanya satu persatu.

Aku mengambil satu kad imbasan tersebut. kad yang bergambar kan enam ekor anak ayam. tak tahu lah kenapa aku suka sangat dengan kad ni. Mungkin kerana aku pernah terlihat anak-anak ayam bersama ibunya di rumah nenek. sungguh comel. Sampai aku meronta-ronta dari dukungan nenek kerana nak mendapatkan anak ayam tersebut. Nenek terpaksa mendukung aku dengan kejap. Dia melarang aku turun. Mungkin nenek khuatir anak ayam itu mati kerana dipijak oleh ku atau pun nenek takut ibu anak ayam tersebut akan mematuk ku.

Aku menyuakan kad imbasan tersebut pada daddy yang sedang tekun menonton televisyen.
Daddy mengambil nya "Ayam, ayam. Chicken, chicken... kok kok kok" Bersungguh-sungguh daddy menerangkan pada ku. siap dia meniru bagaimana bunyi ayam. Lucu lah daddy ni.

Aku berlari lagi ke arah kotak yg berisi mainan itu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu ditutup.
Aku terus menoleh "mama, mama..." aku melompat-lompat kegembiraan.

"Awisy sayang, tunggu mama balik eh".. mama tersenyum melihat gelagat ku.
Tapi senyuman mama layu, hambar, lesu. Tiada sinar di anak mata nya.
Kenapa dengan mama?
Mungkin mama penat, atau pun hati mama masih lara kerana peristiwa semalam.

Aku pun tak tahu apa punca nya peristiwa semalam. Tapi gelagat mama dan daddy seperti di dalam kekalutan. kekadang nada suara mama tinggi kekadang rendah seolah-olah mengancam daddy. Aku melihat daddy memeluk mama, tapi mama menepis nya sedaya upaya. Bila keadaan seolah bertambah kalut, aku menangis.

Tiada siapa pedulikan aku.

Akhir nya aku bangun mendapatkan mama. Tapi mama sudah pun berlalu keluar dari bilik. Aku dan daddy mengejar mama. Terdengar suara mama tinggi memarahi daddy. Aku pun tak tahu kenapa mama tiba-tiba bersikap begitu. Tak kan mama marahkan aku kerana aku main handphone daddy.Atau mungkin ada sesuatu di handphone daddy yang membuat mama tak tentu arah.

Mama berpaling ke arah ku, kemudian mengendong ku. Mama mengesat air mata ku dgn jari-jarinya. "kesian anak mama. Dah lah, jangan nangis eh sayang" mama mengucup pipi ku.

Itu peristiwa semalam. Hari ni rumah aku kelihatan tenang tapi hambar. Sepi. Tiada lagi tawa dan senda gurau mama dan daddy.

Mama berlutut di depan ku "kenapa dengan anak mama ni?" dia menyentuh bibir ku yang pecah.

"Jatuh kat rumah mak"... pendek jawapan daddy

"kesian nya anak mama" mama membelek-belek bibir ku. kedengaran suara mama seperti mengandungi sebak. Kemudian mama mengucup kepala ku, lantas mengendong ku ke bilik.

Mama meletak kan aku di atas katil. Mama membiarkan aku berguling-guling di atas tilam. Kekadang aku berbaring sambil menghentak-hentakkan kaki ku ke atas tilam. Mama hanya tersenyum melihat gelagat ku. Tapi mata mama yang sayu itu bagai berkaca.

Tiba-tiba mama memeluk ku dan mencium ku bertalu-talu.
Aku hanya membiarkan saja. Aku suka di cium begitu.
Tiba-tiba mama berhenti dari mencium ku dan ia kaku... Aku dapat merasa linangan air yang panas mengalir ke pipi ku

"Mama?" Aku memangil nya dgn penuh pertanyaan dan persoalan.
"Mama" aku mengulangi nya lagi. Mama tetap mendiamkan diri.
Aku terus memeluk leher mama. Mama mengusap rambut ku, dan tersenyum hambar pada ku.

"Awisy sayang mama kan. Dah besar nanti jadi anak yang soleh. Kalau mama dah tua nanti, Awisy jaga mama ye"

Aku terkebil-kebil memandang mama. Kenapa mama berkata begitu?
Kenapa mama menangis?

Mungkin kah hati mama masih lara...