BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Ahad, 17 Oktober 2010

Sakit nya hati bila dikhianati..

Bila bercakap soal hati, memang sukar utk difahami. Kekadang apa yg hati kita ingin kan, bole membinasakan diri. Kekadang apa yg hati kita inginkan bole jugak menyakiti hati org lain.

Hati yg sekeping ini memang sukar utk dimengerti...

Hati yg sekeping ini harus dipelihara dan dijaga, Jangan dibiarkan walau setitik itam pun melekati nya, kerana akan hitam lah hidup kita. Akan hitam lah segala tindak tanduk kita. Atau ia akan terus menghitamkan masa depan kita.

Bagaimana pulak dgn hati org yg telah kita sakiti?
Bisakah dia memaafkan kita? Bisakah dia mengampun kan kita? Walaupun kita bersumpah tak kan mengulangi nya lagi, akan lembut kah hati nya dengan perkataan sumpah itu..

Iskk, rumit nya hati ini..

Bagaimana pulak kalau hati kita yg disakiti? Hati kita dikhianati dgn penuh kejam tanpa timbang rasa. Bisa kah hati kita menerima kemaafan.. Hati ini yg dulu nya penuh dgn pengharapan utk bahagia hingga ke akhir hayat, tiba2 di cantas dgn penuh zalim. Bagaikan serangan tsunami di waktu matahari tersenyum dgn sinar nya. Siapa sangka?! Diwaktu kita bergembira menikmati sinar mentari, tsunami memadam segala kegembiraan kita. Begitu kah gambaran hati yg disakiti? Amat dahsyat sekali...

Sakit nya hati ini... Ada sesiapa yg menyimpan penawarnya? Ingin aku ubati hati ku ini dgn segera. Bisa nya mencengkam seolah ingin merentap nyawaku ini...

Melihat wajah sikecil yg comel, hiba pulak hati ini..
Apalah nasib kau wahai sicomel.. Diusia kecil begini, kau telah diuji tuhan dgn berat sekali. Jangan takut sayang, mama akan sentiasa disisi.
Mama akan memberi mu sepenuh kasih sayang dan menghiasi hari2 mu dgn kebahagiaan..
Senyumlah utk mama sayang.. senyuman mu itu melegakan duka dihati mama.

Wahai hati, apakah yg bisa mengubat luka mu. Adakah kata2 rayuan ampun dan maaf bisa membalut luka mu.. iskk rumit nya hati ni...

Memaafkan tak bererti kita bisa melupakan.. Bak kata oarang "parut nya masih ada"...
Lantaran itu hati ini menolak kata2 ampun dan maaf itu.. Hati berkata "Tiada maaf bagimu". Hati ingin menyendiri. hati ingin mencari bahagia. hati ingin mencari warna2 ceria utk meneruskan hidupnya. Lupa kan lah hati, kerana hati tak memerlukan mu lagi. Tempat mu bukan disisi hati lagi...

Duhai hati, tabahlah engkau memperjuangkan hidup mu. Berdoalah agar tuhan mengasihanimu...

Ya Rabbi, Tuhan empunya sekelian alam..
Kau ampunkan lah segala dosa kedua ibu-bapa ku
kasihani lah meraka sepertimana mereka mengasihani ku sewaktu aku masih kecil
kau cucurilah rahmat ke atas mereka, dan tempat kan lah mereka dikalangan orang yg soleh

Ya Rabbi, Tuhan yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Kau ampunkan lah segala dosa2 ku.. sungguh tak terhitung banyak nya
aku memohon belas ihsan dari Mu, utk meneruskan kehidupan ini dgn penuh kebahagiaan
Semenjak aku kecil aku tak pernah merasa kasih sayang.. Kau telah mengambil ibuku pegi.
Dan kini Engkau telah meragut nya sekali lagi. Adakah aku tak layak utk hidup dibumi ini disayangi dan dicintai...

Ya Allah, berikan lah hamba Mu ini petunjuk. Berikan lah aku penawar utk hati yg luka ini.
Berikan lah aku ihsan kasih sayang Mu sekiranya ada
Izinkan lah aku utk mengecapi bahagia di muka bumi Mu ini
Berikan lah aku kekuatan utk aku mengharung dugaan yg mendatang
Tetaplah Engkau disisi ku Ya Allahhu Ya Rabbi..
Sesungguh nya aku ini hanyalah hamba Mu yg hina yg memohon belas ihsan dari Mu seandai nya ada..