BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 13 Oktober 2010

Bapa mengaku gigit anak sebab tension!

Ni gambar Awisy; sekadar hiasan. tak ada kena mengena dgn kes budak kena dera eh.. hehe


Tengok tajuk je mesti dah terbuntang mata masing2 kan.. sama lah dgn aku. hehe Terkejut tgok tajuk kat Berita harian online tadi. Suka2 je kau eh, bila tension je kau gigit anak kau. Suruh rimau gigit kau balik kang, baru kau tahu...
Mengikut Berita Harian, bapa yang berumur 24 tahun ini, pada mula nya bertengkar dgn isterinya kerana isteri nya enggan memenuhi permintaannya utk mengisi air di dalam botol. Bila hakim tanya kenapa dia tak isi sendiri air ke dalam botol tu, dia diam je pulak..
Hasil dpd pemeriksaan perubatan mendapati, bayi perempuan yang baru berumur 3 bulan itu didapati, adanya kesan pendarahan di bawah mata kanan nya, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan.
Hakim memutuskan utk menjatuhkan hukuman penjara selama 40 bulan ke atas bapa yang malang lagi sengal itu.. Kalau aku, bagi 40 tahun je terus..
Tak tahu betapa azab nye seorang ibu nak mengandung dan nak melahirkan anak nye, bertarung nyawa.. bila dah kuar kau nak gigit2 sesuka hati kau lak ek.
Orang semua layan back to the future, dia boleh pulak layan back to zaman jahiliah.. Astaga

Meh sini aku share sket info yg dapat aku cari mengenai HAK-HAK SEORANG ANAK DI DLAM ISLAM;
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Tiap bayi dilahirkan dalam kadaan suci ( fithrah Islami ) . Ayah dan Ibunyalah kelak yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusyi." HR Bukhary.;1100;243/15.

Setiap anak adam dipandang suci di dalam islam. Banyak ayat yang menyatakan demikian. Diantaranya surah Al-Isra ayat 70; setiap anak yang lahir dijamin kesuciannya, ia berhak mendapat pengasuhan dan pendidikan dari orang tua atau penjaganya. Setiap anak memiliki hak fizikal dan moral. Hak fizikal itu antara lain kepemilikan, warisan, disumbang dan disokong. Hak moral antara lain; diberikan nama yang baik, mengetahui siapa orang tuanya, mengetahui asal usulnya dan mendapat bimbingan dalam bidang agama dan moral.

Diantara hak anak dalam pengasuhan yang diatur dalam ajaran islam (Q;S : Al-Baqarah, ayat 233) adalah mendapatkan air susu ibu sejak lahir - hingga usianya 2 tahun penuh. Dua tahun penuh adalah durasi yg ideal untuk seorang bayi mendapat susu ibu, tanpa harus membebani ibunya secara berlebihan, apalagi hingga membuat sang ibu sengsara. Kerana islam juga memberi resolusi bagi ibu yang kurang sihat, boleh memberi hak penyusuan kepada wanita lain yang sihat dengan persetujuan bersama suami. Penyusuan boleh dihentikan sebelum 2 tahun, tapi terlebih dahulu kedua orang tua harus berbincang utk menilai buruk & baiknya pemberhentian penyusuan tersebut.

Bapa pula harus membantu agar air susu ibu terus tersedia cukup dgn menyediakan makanan yang cukup bagi ibu dan suasana yang tenteram dan damai. Hal ini menjadi suatu petanda bahawa sebenarnya islam menganggap menyusui anak sebagai satu kewajipan utama bagi ibu sehingga ia tidak boleh dibebani pekerjaan yang akan menganggu proses penyusuan itu.

Konsep ini adalah bertujuan untuk mengatur dan menjamin hak kesihatan dan hak pengasuhan serta pendidikan kerana seperti yg diketahui susu ibu berperanan besar dalam membentuk ketahanan tubuh seorang bayi dari penyakit, juga berperanan dalam pembentukan karekter dan kecerdasan seorang bayi.

Hak pengasuhan yang harus diperoleh setiap anak juga mencakupi hak mendapatkan nama, aqiqah, dan pengenalan terhadap lingkungan dan penamaan ideologi serta pendidikan.

Mendidik anak haruslah bersesuaian dengan tingkat pertumbuhan dan perkembangan psikologinya. Ini termasuklah hal2 yg berkaitan dgn keagamaan, sebagai contoh pendidikan tentang solat, yg dianjurkan oleh Rasulullah dalam sabdanya;
Perintahlah anak-anakmu untuk melaksanakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun. Pukullah mereka jika sampai berusia sepuluh tahun mereka tetap enggan mengerjakan solat”. (HR. Abu Daud dan al-Hakim).

Hadis ini jelas menunjukkan jangan menggunakan kekerasan kpd kanak2 yg berumur dibawah 10 tahun dlm permasalahan solat, apatah lagi dlm permasalahan lain.. ;) Masa depan dan pendidikan anak menjadi kewajipan utama orang tuanya.

Didiklah Anak-anakmu, karena mereka diciptakan untuk menghadapi zaman yang berbeza dengan zamanmu,” Pesan nabi ini menegaskan bahawa karekter pendidikan haruslah futuristik dan membebaskan setiap anak utk berkreasi sesuai minat dan bakat seiring dgn zamannya, tanpa menghalang mereka utk menikmati keindahan zaman kanak2 nya.

Dalam hal hubungan dgn anak, Rasulullah mengajarkan ibu-bapa menggunakan pendekatan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Bila tuntutan Rasulullah ini diabaikan maka muncul lah kes2 penderaan terhadap anak2, sumbang mahram, pembuangan bayi dan sebagai nya yang tak sanggup kita nak dengar dan pandang.

Nabi pernah mengungkapkan "Pemuda hari ini adalah pemimpin masa depan,” dan untuk mencipta peribadi seorang pemimpin yang beribawa dan terpuji haruslah bermula dgn didikan dari rumah. Ibu-bapa seharus nya menunjukkan contoh yang baik kpd anak2. Jangan terkejut kalau sesuatu yang buruk kita lakukan hari ini, esok lusa anak kita copy balik..Tepuk dada, tanya iman..

Berbalik pada kes di atas, apa lah daya bayi yang hanya berusia 3 bulan utk melawan keganasan yg dilakukan ke atasnya. Teringat aku dengan kes arwah adik Safiya Humairah Sahari, 3 tahun yang dibunuh dgn sadis oleh boypren mak nya. Aku mengikuti kat paper, perbicaraan boypren mak dia tu. Memang terlalu sedih dan sebak bila membaca satu persatu keterangan para saksi masa sesi soaljawab kat mahkamah bagaimana dgn sadis dan kejam nya arwah adik Safiya diperlakukan..

Kulit hitam tak ape, tapi jangan hati kita hitam. Maka kita akan jadi manusia yang tiada pedoman..
Peliharalah hati.. ;)