BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 11 Oktober 2010

Kesan Buruk Baby Walker



Salam...
Actually, teruk jugak penangan majlis perkahwinan Datuk SMS dgn pasangan nya terhadap masyarakat. Melambak-lambak kutukan kat ruangan chat tu aku baca. Sampaikan ada customer (singaporean) yg dtg opis aku buat payment ptg tadi, pun turut buat ulasan tak rasmi.. hehe. Relaks lah kawan2, doakan diaorang bahagia hingga ke akhir hayat cukup lah.

Sejuk hati ni tgok raut wajah Datuk SMS... eee memang menantu pilihan mak bapak lah ni. hehehe

Kita tinggalkan lah hal kawin2 ni. Coz aku ada entry yg agak menarik utk para ibu bapa yg prihatin dgn perkembangan anak2 meraka. Specially ibu-bapa yg teruja sangat dgn kelahiran anak pertama, contoh nya aku lah. hehe. Mesti tak sabar sangat nak tgok perkembangan diaorang dari satu step ke satu step.. kan kan kan ;)

pssst, nak tau tak.. baby walker tu sebenar nya tak bagus tau utk perkembangan & keselamatan baby. Serious, aku pun baru tahu info ni masa aku cari info2 utk precaution sekiranya baby jatuh dgn kepala terhentak. Untuk tatapan korang semua agar kita dpt sama2 improved kan diri kita utk anak2 yg akan datang atau anak sedara ke, anak jiran tetangga ke.. bla bla bla



Baby_Walker


ni gambar walker ye! utk sesape yg tak tau.. hehe


Menurut blog UmmuSaif.com:

Ringkasan

1. Daripada tahun 1990-2001, sebanyak 200,000 kecederaan kanak-kanak dilaporkan di AS berkait dengan baby walker. 3/4 daripada kes-kes ini disebabkan jatuh tangga.


2. Pada tahun 1997, AS menetapkan garis panduan kepada ciri dan reka bentuk baby walker seperti ianya mesti besar supaya tidak boleh melepasi pintu atau tangga, dan mempunyai alat penahan (brake) apabila hendak terjatuh. Selepas tahun 1997, semakin kurang bayi yang terjatuh dari tangga. Malah, kebanyakan kejadian jatuh tangga hanya melibatkan reka bentuk walker yang lama (tidak menepati garis panduan). Adakah baby walker anak anda mempunyai ciri-ciri garis panduan ini?


3. Tetapi, mengapa ingin mengambil risiko? Kerana padahal, walker tidak mempunyai sebarang kegunaan. Malah, ia tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan dan ia juga melambatkan sistem tumbesaran motor, otot dan mental.


4. Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker. Di AS juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.


Satu lagi artikel menarik daripada Eropah: http://www.capt.org.uk/pdfs/factsheet%20baby%20walkers.pdf


1. Garis panduan reka bentuk walker di Eropah telah diperbaharui pada tahun 2005. Walker direka agar tidak bergerak laju dan ianya sepatutnya berhenti (brake) apabila hendak terjatuh.


2. Jenis-jenis kecederaan kanak-kanak yang melibatkan baby walker: terjatuh tangga, kecederaan kepala, kebakaran air panas (mencapai cerek atau air panas di atas meja), mencapai objek tajam di tempat tinggi, keracunan (mencapai minyak wangi dan alkohol).


3. Walker mengajar anak-anak berjalan adalah mitos di kalangan ibu bapa sahaja. Merangkak, duduk, berguling dan bermain blok adalah lebih baik untuk pembentukan minda dan fizikal.


4. Walaupun sesetengah ibu bapa mengatakan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kecederaan berlaku dengan pantas di depan ibu bapa dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).


5. Di Kanada, penjualan baby walker telah diharamkan sepenuhnya.


So kesimpulan nya, biarkan anak kita membesar secara natural mengikut step2 yg sepatut nya. Don't push too hard lah.. Mungkin kita tak berniat begitu, cuma teruja. Tapi hakikat nya adalah sebalik nya.

So kesimpulan nya, biarkan anak kita membesar secara natural mengikut step2 yg sepatut nya. Don't push too hard lah.. Mungkin kita tak berniat begitu, cuma teruja. Tapi hakikat nya adalah sebalik nya. Konon nya kita beli walker tu supaya dia cepat jalan atau memudahkan dia utk kesana-sini ataupun sebenar nya utk memudahkan kita buat keje2 lain bila dia dah leka bermain dgn walker dia. Sedar tak sedar, disitulah datang nya punca bahaya... jeng jeng jeng


Masa Awisy masih menggunakan walker, banyak kali jugak walker dia terbalik. Coz habit dia suka mengutip barang di atas lantai. So, masa dia dok menonggeng nak ambil barang tu, terbalik lah walker dia.. Bila kita bebaskan dia main kat lantai keje dia lain pulak; dok jilat lantai. Bila benda yg dia nak ambil tu tak boleh di ambil dgn jari dia akan ambil dgn mulut dia (dia jilat). Of course lah benda tak boleh diambil, sebab itu hanya lah corak2 yg terdapat kat tikar getah.. adusss bikin fenin ini kepala lah...


Bila dah besar, dan dah pandai jalan ni lain pulak hal dia. Hari2 daddy dia nak kena menjerit "Awisy, jangan main tv lah" Habit dia; dia suka menepuk skrin tv LCD daddy dia. Aku takut tv tu hempap dia je, coz ada kes kanak2 meninggal kena hempap tv. Tapi aku confused sket sebenar nya; daddy dia marah sebab sayang kan tv LCD dia ke atau sayang anak dia?




p/s: pls advise..