BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 4 Oktober 2010

Solat Dhuha; Tenteramkan Jiwaku

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)

Lately, aku berada dlm satu keadaan yg kusut dan berserabut. Seolah seperti dlm suatu keadaan yg terdesak. Benar2 menganggu ketenangan akal fikiran dan hati nurani. Teringat aku dgn satu pesanan ahli bijak pandai yg mengatakan 'andai kita berada dlm keadaan situasi sukar dan bermasalah, cuba check balik bagaimana perhubungan kita dengan Tuhan'.
Yup, aku tahu lately aku hanya sambil lewa menunaikan kewajipan ku terhadap Nya. Ambil ringan di setiap ingatan yg terlintas di hati. Mudah memberikan alasan2 yg rapuh, walaupun aku tahu solat itu adalah keutamaan ku.
Seorang rakan telah mengesyorkan aku utk mengerjakan solat dhuha bagi menenangkan jiwa dan memurahkan rezeki. Curi2 masa yg ada, sebelum pi kerje sempat jugak aku mengerja kan nya.
Teringat aku kat arwah nenek sebelah arwah bapak aku yg kitaorang panggil 'atuk teh'. Dia seorang yg tegas dan mementingkan didikan agama. Pantang dia tgok aku duduk saja tak berbuat apa. Lagilah kalau pagi2 buta aku dah dok termenung, memang dia jerkah nya. Pas tu dia suruh amik muqaddam, ngaji... (coz umah dia tak ada tv. pagi2 pulak dah kena bangun. lepas sarap mata aku ni mcm dibuai2 je utk tido. kekadang aku curi2 jugak tido... hehe)
Dia seorang yg sgt berdisiplin dan tertib. Aku selalu memerhatikan dia mengambil wudhu, begitu dia berhati2 mengenai hukum2 air. Khuatir air yg digunakan tidak sah utk berwudhu.
Setiap pagi dia akan mengerjakan solat dhuha. Walau sesibuk mana pun. walau pun waktu itu dia sedang berkebun. Dia akan tanya aku, jam dah pukul berapa. Kalau dah agak lewat dlm pukul 10 @ 11 pagi, dia akan cepat2 membersihkan diri nya utk menunaikan solat dhuha.
Ntah lah, nape lah aku setan sgt. Datuk nenek aku, mak bapak aku semua nya memberi contoh yg baik, tapi aku tak jadi yg terbaik pun. hehehe
Diatas saranan yg diberikan kwn aku tu, aku pun curi2 lah masa yg ada utk menunaikan solat dhuha. Panik jugak bila tgok buku rujukan solat2 sunat tu suruh baca surah al-Syams masa rakaat pertama & surah al-Dhuha pd rakaat kedua. Aku dah tak ingat dah surah al-syams tu mcm mana bunyi nye. Tapi aku yakin tuhan paham masalah aku. Aku buat mana yg termampu je lah.. Ampun kan hamba mu ini Ya Allah!
Dlm masa yg terluang ni, aku cari lah info sket2 kat internet ni mengenai solat Dhuha. Yelah, utk menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman.. ;)

SOLAT DHUHA

Rasulullah bersabda,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Ruang Waktu & waktu afdal
Dhuha bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).


Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakan nya:

Niat:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Kita adalah manusia yg serba kekurangan, dan tidak lepas dpd melakukan dosa &

kesilapan. Bersyukur kita kerana masih diberi kesempatan utk bertaubat diatas segala dosa yg telah dilakukan. sesungguhnya aku hanyalah insan yg kerdil lagi hina..