BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Sabtu, 18 September 2010

Kenali Guarana dan khasiat nya



Asal-usul Guarana

Terdapat satu dongeng di kalangan orang asli yang tinggal di basin Amazon mengenai asal usul Guarana. Kononnya ada seorang budak lelaki yang cerdik dari suku kaum Maues. Budak ini seorang periang, baik hati dan disayangi oleh semua orang. Ini menimbulkan perasaan dengki di kalangan jin. Satu hari, ketika budak itu sedang memetik buah-buahan di lereng bukit seorang diri, jin menjelma sebagai seekor ular bisa lalu mematuk budak itu dan menimbuskannya. Kemudiannya beberapa jenis pokok rotan yang tidak dikenali terjumpa di kawasan itu. itulah Guarana yang bentuknya macam bentuk mata seperti yang ada sekarang ini.

Satu dongeng lagi mengesahkan tentang seorang budak perempuan dari suku kaum Cibi bernama Pakuna. Gadis ini berasal dari sebuah keluarga miskin dan terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia mati dipatuk ular bisa dan mayatnya dikebumikan di belakang hutan. Beberapa tahun kemudian, di kubur Pakuna tumbuh sejenis pokok rotan yang tidak dikenali dan mengeluarkan buah. Buah-buah itulah sekarang ini dipanggil Guarana yang digunakan untuk membantu meningkatkan kesihatan manusia.

Penemuan Guarana

Pada tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah yang sangat berkhasiat ini.

Selamat untuk dimakan

Jabatan FDA di Amerika Syarikat dan Institut Pasteur di Perancis telah mengesahkan Guarana sebagai makanan kesihatan semualajadi. Fakulti perubatan Universiti St Paul juga menbuktikan Guarana adalah bebas dari segala unsur-unsur racun. Analisa yang dibuat oleh Laerte dall’ Agnol, seorang ahli farmasi, ke atas kandungan Guarana mengesahkan Guarana adalah kaya dengan asid amino dan bebas dari segala unsur-unsur racun. Para pengguna diberi jaminan nikmat dan manfaat yang akan mereka perolehi menerusi pemakanan Guarana.


Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata. Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah timur bandar Manaus. Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA.


Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan

Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut:

1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat

· Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

2. memerangi Radikal Bebas

· Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

3. mengaktifkan sel-sel dan system saraf

· sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.

4. memperbaiki system penghadaman

· Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

5. melindungi hati

· Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

6. menyegarkan

· asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.

7. merendahkan kolesterol dan asid lemak

· guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

8. menguatkan system imun

· penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.

9. awet muda

· Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

· Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.

· Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

10. air kencing

· tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

11. menguatkan keupayaan seks

· pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”

· beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

12. penjagaan kulit dan kosmetik

· guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.

13. mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran

· tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

14. menghilangkan rasa lapar

· untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.

15. menguatkan badan

· memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

Pada asasnya Guarana mempunyai 4 kegunaan yang utama:

1)Menghasilkan minuman berkarbonat

Tiga suku dariapda pengeluaran tahunan Guarana digunakan untuk menghasilkan minuman berkarbonet.Pengasingan ekstrak Guarana dari alcohol yang digemari ramai di Brazil. Pada tahun 1940, satu akta diluluskan mensyaratkan minuma Guarana mesti mengandungi sekurang-kurangnya 6% ekstrak Guarana.

2)Dikisar menjadi serbuk

Proses pengisaran Guarana adalah kompleks dan rumit. Dua hingga tiga bulan diperlukan untuk menyempurnakan proses pengisaran. Kaedah tradisional yang digunakan dan suasana alam sekitar yang unik seperti kelembapan dan keadaan cuaca yang hanya terdapat di Brasil melambatkan kerja pergisaran ini.

3)Perubatan

Disebabkan kekayaan kandungan asid amino, alkaloid dan Tanin, Guarana telah digunakan secara meluas dalam bidang penyembuhan dan perubatan.

4)Membuat barang-barang hiasan

Tukang ukir Maues menghasilkan pelbagai jenis hasil seni dari Guarana. Tetapi seni kreatif ini sekarang hampir pupus ditelan zaman.

Pilihan terbaik untuk anda

Produk Guarana boleh dimakan terus atau dijadikan perisa makanan, menghasilkan hidangan makanan yang lazat dan menyihatkan. Guarana adalah buah semulajadi yang boleh dicampur adukkan dengan makanan lain tanpa menyebabkan kesan sampingan. Juga tidak ada sebarang pantang larang dalam penggunaannya. Namun, apa yang penting ialah kandungan zatnya yang tidak musnah jika dimasak pada suhu yang tinggi. Selain daripada boleh dimakan, Guarana boleh juga digunakan untuk menyembuhkan luka luaran ataupun untuk kosmetik muka sendiri.

Kemujaraban Guarana yang menakjubkan ini memang benar tetapi selama ini terlindung di sebalik tabir basin Amazon yang mistik tanpa diketahui oleh dunia luar. Semua produk Guarana mengekalkan khasiatnya yang asli. Kerana itu Guarana adalah makanan sampingan yang mengandungi zat yang sangat tinggi dan amat berguna kepada manusia.

sumber: thanks to fazlisyam.com & www.sabah.com.my

Selain itu HIRAQ MARKETING & TRADING telah memberi anda pilihan yang terbaik diantara produk2 keluaran nya yang mengandungi GUARANA iaitu:

HIRAQ KARMILA GUARANA + ZA'FARAN

KURMA HERBAL ESSENCE, 300ml

SEM: RM 59.90

S/S: RM 69.90

(TIADA CAJ PENGHANTARAN)

Bahan2: Ekstrak Kurma, madu, guarana, za'faran, akar serapat, manjakani, kacip fatimah, mirifica, kolagen dan herba terpilih

Cara guna: 2 sudu besar sekali sehari sebelum sarapan. Ia tidak perlu diminum ketika datang haid atau wanita sedang hamil

Manfaat:

1)Meningkatkan kesihatan dalaman dan menambahkan kecantikkan wanita

2) Mengatasi masalah senggugut dan keputihan

3) Menguatkan otot dalaman dan merapatkan faraj wanita

4) Mengecutkan rahim dan menguatkan sistem kemutan

5) Meningkatkan tenaga seksual dan memberi kesan positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin

6) Mencantikkan kulit menaikkan seri wajah dan menegangkan payudara

7) Membaiki sistem peredaran haid dan meredakan senggugut dan masalah keputihan

8) Bertindak sebagai anti pengoksidaan, membuang angin di dalam perut, membaik pulih kelesuan dan mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia)

9) Membaik pulih kelesuan yang kronik

Untuk pesanan hubungi saya di: 014-6165379 / email kepada saya di sardinmaniac_sedap@yahoo.com. atau cari saya di facebook/darwisy aulia


Kenali Khasiat Aloe Vera



Nama Tempatan: Lidah buaya
Nama Saintifik: Aloe Vera Linn.
Nama Lain: jadam(melayu), crocodile tounge(english), salvia(sepanyol) dan lu hui (cina)
Lokasi dijumpai: Seluruh dunia
Asal: Afrika Utara

Keterangan:
Aloe vera atau lidah buaya atau nama saintifiknya Aloe Vera Linn dikenali juga dengan nama lily of the desert,plant of immortality dan tumbuhan berubat.

Nama aloe berasal dari perkataan arab (alloeh) yang bermaksud pahit. Pada tahun 1500 sebelum masehi, orang-orang mesir telah mula menggunakan aloe vera untuk mengubat kelecuran akibat terbakar, jangkitan kuman dan serangan parasit.
Aloe vera mudah ditemui di seluruh dunia dan pada semua iklim. Terdapat lebih dari 500 jenis aloe vera.

Aloe vera mengandungi 96% kandungan air dan selebihnya adalah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.Aloe vera banyak ditanam kini sebagai tumbuhan hiasan didalam pasu.Daunnya tajam dan berbentuk taji dengan duri disekeliling daunnya. Panjang daunnya boleh mencapai antara 15-20 cm panjang.
Aloe vera juga mempunyai bunga yang berwarna kuning kemerahan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Afrika Utara. Aloe Vera membiak dengan cara pembahagian anak.

Kandungan di dalam pokok lidah buaya:

1. Air

2. 20 mineral

3. 12 vitamin

4. 18 asid amino

5. 200 phytonutrien

6. Enzim

7. Triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)

8. Glyconutrien & glycoprotein

9. Polisakaraid

10. Acemann, mannose-6-fosfat polimannan

11. Fenolik glikosid

12. Dihidrokomarin


Pokok Aloe Vera memang dijadikan Tuhan untuk memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki" yang besar pada daunnya yang keras dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubah kepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan terlindung dari serangan bakteria.Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit manusia apabila terluka.

Kegunaan:
Pengamal perubatan moden mula menggunakan aloe vera semenjak tahun 1930 an.Bahagian yang digunakan adalah daunnya. Ia banyak digunakan untuk mengubat colitis dan ulcer peptic.


Ia juga digunakan sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.
Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.

Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

Untuk kegunaan dirumah pula, gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

Lidah buaya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

Ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. Ia juga digunakan untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus. Untuk membuat jusnya, kupas bahagian luar daun dan blend hingga hancur, campurkan sedikit air.

Faedah yang boleh diperolehi daripada Aloe Vera:

1. Menghentikan pertumbuhan tumor

2. Merendahkan kadar kolesterol

3. Memperbaiki sel darah

4. Menambah oksigen di dalam darah

5. Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh

6. Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan

7. Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman

8. Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom

9. Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan

10. Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar

11. Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut

12. Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria

13. Menghentikan kanser kolon

14. Sebagai pelincir salur perkumuhan

15. Menghilangkan buasir

16. Meneutralkan gula di dalam darah

17. Memelihara buah pinggang dari penyakit

18. Menghalang jangkitan

19. Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga

20. Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak

21. Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

Cleopatra
Ratu Cleopatra pada zaman remajanya yang dikatakan kurang cantik disebabkan kulit mukanya yang tidak sekata dan banyak jerawat, berubah menjadi ratu yang sangat jelita selepas menggunakan Aloe Vera. Ratu Cleopatra dikatakan menggunakan Aloe Vera untuk menghaluskan kulit dan mengilatkan rambutnya sehingga berjaya menundukkan Julius Caesar. Disebabkan kelebihan Aloe Vera itu sendiri, ratu-ratu Mesir yang jelita seperti Cleopatra dan Nefertiti sudah memanfaatkan lidah buaya untuk merawat kecantikannya mereka. Alexander Agung pernah berkata “Pecayalah pada Lidah Buaya’ – kerana tanaman ini dapat digunakan untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit.

Dengan pelbagai kelebihan yang ada pada tumbuhan ajaib ini, HIRAQ MARKETING & TRADING telah menggabungkan ekstrak gamat tulen & aloe vera untuk menghasilkan produk yang menakjubkan untuk kegunaan kita bersama.

HIRAQ JELI GAMAT WITH GOJI AND ROSELLE 250ml
(Strawberry flavour)
SEM: RM 69.90
S/S: RM 79.90
(TIADA CAJ PENGHANTARAN)

Bahan2: Ekstrak gamat tulen, kolagen, aloe vera, ekstrak goji dan roselle

Manfaat:
1) Mengurangkan rasa sakit sendi, badan dan otot.
2) Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
3) Menghindari masalah alahan dan lelah
4) Melancarkan peredaran darah
5) Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin dan sembelit
6) Membantu mencantikkan kulit dan awet muda
7) Membantu mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan metabolisma
8) Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kolesterol
9) Memperbaiki tekstur kulit agar menjadi tegang dan licin
10) Membantu memulihkan kekenyalan otot


Cara Guna: Kanak2 (3-12 tahun) - 1 sudu teh, 2 kali sehari
Dewasa - 1-2 sudu besar, 2 kali sehari.
Waktu terbaik ialah sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam

sumber: ecah786 & myherba2u.blogspot. terima kasih ;)


1001 Macam Kelebihan Gamat



Gamat
GAMAT

Gamat merujuk kepada sejenis haiwan yang hidup di dasar laut di dalam kelas Holothuroidea. Ia tidak mempunyai anggota yang menjulur keluar dan lebih berbentuk timun. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai timun laut di sesetengah tempat.

GAMAT merupakan sejenis haiwan laut yang biasanya mendiami di celah-celah atau di bawah batu karang, beberntuk seakan-akan timun dan cempedak. Dianggarkan terdapat sebanyak 1100 spesis timun laut di dunia tetapi hanya lebih kurang 50 spesis sahaja yang boleh dijumpai di perairan Malaysia.

Gamat boleh didapati dalam pelbagai warna, ada yang berwarna hitam, putih, perang, berbelang dan lain-lain. Tetapi spesis timun laut yang benar-benar asli dan bermutu tinggi serta paling berkhasiat berwarna kuning keemasan - dikenali sebagai Gamat Emas atau nama saintifiknya STICHOPUS HORRENS.

Habitat gamat pada waktu siang ialah suka menyembunyikan diri di celah-celah batu karang. Ia aktif pada waktu malam dan terpaksa menyelam sedalam 60-70 kaki untuk mendapatkannya pada waktu malam. Saiznya sebesar tapak tangan. Gamat paling besar sepanjang satu kaki. Saiz gamat berbeza mengijut tempat dan paras laut. Misalnya gamat di Pulau Langkawi, Kedah, saiznya kecil kerana lebih terdedah kepada pencemaran dan tekanan berbanding saiz gamat yang diperolehi di Pulau Pangkor, Perak yang lebih besar.

Gamat sangat sensitif kepada pencemaran dan akan bertindak membunuh diri jika disentuh manusia. Yang anehnya, ia mampu hidup walaupun badannya dipotong-potong dan akan bercantum semula setelah dicampak ke laut. Ataupun gamat yang dipotong dua, campakkan ke laut akan menjadi dua ekor gamat. Kalau dipotong empat, campakkan ke laut akan menjadi empat ekor dan begitulah seterusnya.

Gamat mempunyai nilai terapeutik (keupayaan menyembuh / merawat) yang baik. Oleh itu, potensi untuk dikomersialkan dalam bidang perawatan moden dan kosmetik, khasnya sangat luas.

Berdasarkan kajian saintifik dan maklumbalas pesakit, gamat ternyata mampu menyembuhkan luka dalaman (seperti penyakit gastrik) dan luka luaran dengar kadar yang cepat, mengurangkan rasa sakit, mengawal simptom asma, meningkatkan kecepatan jantung berfungsi, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar metabolisme sel-sel badan yang secaara tidak langsung meningkatkan penambahan dan bekalan tenaga, mengurangkan paras kolesterol dan glukosa. Selain itu, kajian juga menunjukkan ia dapat meningkatkan daya pertahanan badan dan mengurangkan penyakit alahan.


Kajian yang dijalankan oleh Professor Dr.Ridzwan Hashim dan rakan-rakan penyelidik universiti islam Antarabangsa menunjukkan Gamat adalah kaya dengan protein,asid-asid amino,vitamin,mineral dan juga asid lemak perlu

Gamat juga mempunyai khasiat yang tinggi tetapi tidak mengandungi kolestrol. Ia mengandungi lebih daripada 50 jenis nutriens seperti protein, lemak, gula, vitamin B1, B2, asid nikotinik, kalsium fosfat, zat besi, iodin, vanadium, zink, kalium, kromium, asid benzoid, kondrotin sulfat, asik mukopolisakarida. Kandungan protein dalam bentuk asid-asid amino seperti arginina, sistina dan histina adalah amat diperlukan untuk badan kita kerana merupakan asas kepada pembentukan deosiribonuekleik asid (DNA)

Kolagen

  • Merencatkan proses penuaan, mengurangkan pembentukan kedutan kulit
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka
  • Meningkatkan sistem imunisasi Kondroitin & Glukosamin
  • Melegakan sakit akibat osteoarthiritis
  • Meransang pembentukan dan pemulihan tulang rawan
  • Membantu pertumbuhan tulang dan gigi

Omega-3

  • Merendahkan kolestrol dalam darah
  • Melindungi arteri
  • Mengurankan risiko mendapat penyakit jantung
  • Memperbaiki kesihatan mental

Mineral-mineral

Kalsium

  • Membentuk tulang dan gigi
  • Memantau sistem peredaran darah
  • Meregulasikan denyutan jantung

Zat Besi

  • Penting dalam pengangkutan oksigen dan metabolisme
  • Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah yang sihat.

Iodin

  • Perlu bagi sistem tiroid untuk berfungsi dengan normal

Selenium

  • Sebagai antioksidan
  • Mempertahankan sel-sel badan daripada radikal-radikal bebas
  • Mengelakkan kerosakkan sel

Vanadium

  • Mengurangkan penghasilan kolestrol
  • Terlibat dalam proses katekotamin dan metabolisme lipid serta dalam pembentukan sel-sel darah merah

Kronium

  • Menambahkan bilangan reseptor insulin pada membran sel dan menggalakkan pelekatan insulin pada sel-sel
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Memperbaiki masalah diabetes melitus (kencing manis)

Kebaikan lain

  • Meningkatkan sistem imun
  • Merencat pertumbuhan sel-sel kanser
  • Menggalakan pertumbuhan sel

Sumber: Healwell Pharmaceutical

Kajian pemerhatian terhadap penduduk di Kudat, Semporna, Setiu, Kuantan, Pekan dan Pulau Pangkor menguatkan lagi bukti keberkesanan Gamat sebagai agen anti-hipertensi (mengurangkan tekanan darah tinggi). Sementara kajian-kajian di luar negara turut menyerlahkan potensi Gamat sebagai anti-tumor dan memberi kesan positif terhadap penyakit Aids.

Gamat yang telah diproses sebagai makanan dan dijual di pasar raya

Dengan anugerah yang diberi tuhan kepada umat manusia ini. Hiraq Marketing & Trading mengambil langkah mengeluarkan produk berasaskan gamat untuk faedah kita bersama


HIRAQ JELI GAMAT WITH GOJI & ROSELLE 250ml
(strawberry flavour)
SEM: RM 69.90
S/S: RM 79.90
Penghantaran adalah percuma ;)

Manfaat:
1) Mengurangkan rasa askit sendi,badan dan otot.
2) Mempercepatkan penyembuhan luka dalaman
3) Menghindari masalah alahan dan lelah
4) Melancarkan peredaran darah
5) Memulihkan sistem peranakan selepas bersalin dan sembelit
6) Membantu mencantikkan kulit dan awet muda
7) Membantu mengatasi masalah keletihan dan meningkatkan metabolisma
8) Mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan tahap kolesterol
9) Memperbaiki tekstur kulit agar menjadi tegang dan licin
10) Membantu memulihkan kekenyalan otot

Bahan2: Ekstrak gamat tulen, kolagen, aloe vera, ekstrak goji dan roselle

Cara Guna: kanak2 (3-12 tahun) - 1 sudu teh, 2 kali sehari
Dewasa: 1-2 sudu besar, 2 kali sehari.
Waktu terbaik ialah sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam