BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 6 September 2010

Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Sejak 30 Ogos


Jutawan kosmetik yang juga bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu bersama tiga individu lain dipercayai peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank.

Kehilangan Sosilawati menimbulkan misteri kerana sehingga malam tadi polis masih belum dapat mengenal pasti motifnya, malah ahli keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan menuntut wang tebusan.

Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.

Sosilawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan.

Bagaimanapun, selepas tiga hari tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ahli perniagaan itu, katanya.

Difahamkan, selain pemandunya, Sosilawati turut ditemani dua lagi individu. Ketiga-tiga individu itu juga tidak dapat dikesan sehingga malam tadi.

Berdasarkan maklumat diterima, tiga individu yang bersama Sosilawati ialah peguam dan pemandunya serta seorang pegawai bank yang mengikuti ahli perniagaan itu untuk meninjau projek terbarunya di Banting, katanya.
Kali terakhir Sooselawati dilihat di khalayak ramai ialah pada 28 Ogos lalu ketika menghadiri majlis berbuka puasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dua hari sebelum itu, Sosilawati menghadiri perbicaraan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash atau Nasharuddin Elias.

Selepas Datuk Sosilawati meninggalkan pejabatnya bagi menghadiri majlis berbuka puasa, telefon bimbit milik wanita terbabit gagal dihubungi menyebabkan anak sulungnya yang dikenali sebagai Rita membuat laporan di Balai Polis Gombak. Difahamkan, sebelum dilaporkan hilang, Sosilawati yang berasal dari Batu Pahat, Johor dipercayai telah mengeluarkan wang sebanyak RM4 juta kononnya bagi membeli sebidang tanah di Banting, Selangor.

Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Muhammad Sabtu berkata, usaha menjejaki keempat-empat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an dan kereta dinaiki mereka sehingga kini tidak berhasil.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan. Wang tu masih belum dipastikan sama ada tunai atau pun dalam bentuk cek.
Sumber: You Tube, Berita Harian, Kosmo dan Utusan

Pemakanan Bayi Dan Anak-anak

Risau kan bila anak kita tak nak makan. Tapi ok lagi dia masih nak minum susu. Pergi klinik pun misi tak bising. Tapi still risau lagi coz anak aku tak nak makan langsung. Dia cuma makan beberapa butir nasi je! Jangan lah kasi dia makan sembarang, bau pun dia nak muntah. Alhamdulilah sejak aku tukar susu dia, batuk dia dah baik. Sebab dia kurang makan, aku beralih kpd susu sustagen. Coz susu tu lengkap dgn nutrien seolah2 kita makan makanan yang seimbang 3X sehari.

Tengok anak2 orang lain makan selera je. Kasi apa pun makan je, Awisy siap dia tepis lagi sudu yg kita pegang nak suap dia. Tapi kalau nampak susu dia, mcm dah bertahun tak minum susu. Tak sabar2..

So, aku search kat internet nak cari tips2/nak tambah ilmu keibu-bapaan sket. Nak kaji apa masalah anak aku ni sebab dia tak nak makan.
Mula-mula kita kena tgok bila umur yang sesuai utk anak kita diberi makan.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI BILA BAYI SUDAH BOLEH MAKAN

Apabila bayi anda telah berusia 6 bulan anda boleh menguji kesediaannya menerima makanan baru dengan cara:

1) Bayi anda boleh menegakkan kepala apabila didudukan
2) Menolak lidahnya ke atas dan ke luar apabila diletakkan makanan ke dalam mulutnya
3) Anda boleh menguji dengan meletakan sedikit makanan pada hujung lidahnnya, jika bibirnya ditutup atau bayi menolak ,ini bermakna bayi anda belum bersedia
4) Bayi anda mungkin meleleh air liur, membuka mulut apabila melihat anda makan
5) Bayi anda menangis dengan lebih kerap antara waktu makan, ini menunjukkan pemberian susu tidak lagi mencukupi bagi bayi anda!

PROSES PEMBERIAN MAKANAN PELENGKAP

Proses pemberian makanan pelengkap adalah satu proses dimana bayi secara perlahan-lahan bertukar dari diet susu sahaja kepada diet campuran yang mengandungi susu dan makanan pelengkap. AdaLah digalakkan memberi makanan pelengkap ketika bayi berusia 6 bulan memandangkan sistem penghadamannya sudah matang untuk menerima makanan selain daripada susu ibu. Makanan pelengkap amat penting untuk bayi kerana nutrien daripada susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk menampung kesemua keperluan nutrien bayi anda.
Langkah-langkah untuk mengenal bayi kepada makanan pelengkap ialah:

1) Perkenalkan bubur nasi sahaja yang telah dikisar halus
2) Selepas seminggu, masukkan pula sayuran ke dalam bubur tadi. sayur yang dicadangkan ialah sayur hijau seperti bayam, kangkung atau lobak merah dll
3) Selepas seminggu masukkan pula sumber protein seperti ikan, telur kuning atau daging ayam
4) Bubur nasi perlulah seimbang dari segi zat karbohidrat, vitamin dan mineral serta protein
5) Memperkenalkan bahan satu persatu adalah untuk mengenalpasti bayi mempunyai alahan kepada makanan tertentu
6) Elakkan meletakan bahan perisa, garam atau gula ke dalam makanan bayi. Ini adalah untuk membolehkan bayi merasa bahan secara semulajadi

BILA BAYI ANDA BOLEH DIBERI MAKAN FINGER FOOD

Makanan finger food bermaksud makanan yang diberi kepada bayi apabila bayi boleh memegang objek dengan menggunakan tangan. Bayi berumur diantara 8 hingga 10 bulan boleh diberi makanan finger food ini. Makanan finger food ini diberikan untuk menambahkan tenaga dan zat kerana bayi semakin membesar. Diantara ciri-ciri bayi yang boleh diberikan makanan finger food ialah:

1) Apabila bayi boleh merangkak dan berdiri tanpa sokongan
2) Memegang dan mengengam objek dengan baik menggunakan tangan
3) Boleh mencubit atau boleh mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk
4) Boleh mula minum dengan cawan
5) Boleh mengigit dengan baik
6) Menunjukkan minat pada hidangan makanan
7) Dua gigi hadapan telah tumbuh

Berikan bayi anda makanan finger foods seperti buah-buahan mentah yang lembut, biskut / roti yang lembut. Potongan ikan/ ayam/daging yang lembut juga boleh diberikan. Pastikan makanan tersebut dipotong kecil-kecil supaya mudah dipegang dan lembut agar bayi anda tidak tercekik.

Semua yang di atas ni aku dah buat. Biskut dgn roti jgn harap lah dia nak makan. Tengok pun tak selera. Bila aku nak suap, dia terus paling kan muka dia. Favourite dia, nasi kosong je. Tu pun beberapa butir je dia makan.

TIP2 UNTUK IBU BEKERJA MENYEDIAKAN MENU SIHAT ANAK

Mengikut kajian, kanak-kanak yang ditinggalkan di rumah pengasuh mempunyai taraf pemakanan yang tidak sempurna dan mengalami kekurangan berat badan. Ini kemungkinan terjadi akibat pengasuh tidak memberikan makanan yang sempurna dan tidak seimbang. Oleh itu, Ibu –ibu yang bekerja disarankan agar membekalkan makanan tambahan kepada anak mereka apabila menghantar ke rumah jagaan kanak – kanak supaya mereka tidak mengalami kekurangan zat makanan.
Beberapa tips untuk ibu membekalkan makanan ke rumah pengasuh :

1) Bekalkan makanan yang seimbang seperti nasi goreng, bubur nasi, bihun goreng atau sandwich
untuk anak apabila dihantar ke rumah pengasuh
2) Kanak – kanak senang mendapat jangkitan penyakit terutama di rumah pengasuh. Oleh itu, bekalkan buah – buahan seperti pisang, limau, jambu batu atau kismis yang kaya dengan vitamin dan mineral.
3) Makanan yang tahan lama seperti biskut, roti atau keropok ikan boleh dibekalkan untuk waktu snek kanak – kanak.

Biasa lah tu kan, budak2 memang suka makan makanan yang remeh2 ni.. Awisy makan jugak buah, tapi kang dia muntah kan balik. Tak pun dia gigit2 pas tu dia luah kan balik. dah berterabur sepah, bapak dia pulak bising. Aku lah yg pening!

Lastly, ada menu special utk korang try for your kids lah. Beruntung kalau awisy nak makan. Dah lah masak bubur ambil masa yg lama, bila dah siap masak, sikit pun dia tak nak makan. Tension nya aku!!!

Banana Cream Puff (Mcm sdp je ni!)

Bahan-bahan:

300 grm telur ayam
250 liter air
200 gm tepung gandum
200gm Whip cream/krim putar
100gm mentega
Beberapa keping pisang yang telah dipotong bulat-bulat
Sedikit coklat masakan

Cara Menyediakan:
1. Jerang air dengan mentega hingga mendidih. Biar 1 minit
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga menjadi doh
3. Matikan api. Biar adunan suam. Kacau adunan dengan mesin pemutar dan masukkan telur sedikit demi sedikit.
4. Masukkan adunan tersebut ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bulat.
5. Paipkan mengikut saiz yang digemari di atas dulang pembakar yang disapu mentega.
5. Bakar hingga masak dengan suhu 180C. Biarkan sejuk.
6. Potong dengan menggunakan pisau bergerigi, paipkan whip cream lalu disusunkan beberapa keping pisang
sebelum ditutup.Hiaskan dengan sedikit coklat masakan di atasnya.

Sumber : Kompilasi si manja, terbitan Alaf21

Hopefully korang dpt info yg menarik, walau pun ia nya tak bole solve probleam aku. May be Awisy lum bersedia nak makan lagi gak nye. Dia tengah sedap minum susu. Lagi pun berat dia cun.. sesuai dgn ketinggian dia. Ensem lah anak mama! ;)