BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 3 September 2010

Malam Lailatul Qadar


Satu topik yang menarik untuk di kupas di sini. Sedar tak sedar malam ni malam yang ke-25 Ramadhan. Bermakna tinggal 5 hari lagi untuk kita berpuasa, InsaAllah.
Balik dar opis tadi, sempat jugak aku menonton rancangan Al-Kuliyah kat TV3. Topik yang di bincangkan hari ni bertajuk Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dpd 1000 bulan!
Mengikut apa yang aku tahu (sama juga yang seperti di beritahu oleh ahli panel, kalau tak silap aku Dato Hassan Din) dijangka malam lailatul qadar itu berlaku di 10 malam terakhir di bulan ramadhan dan di malam2 yang ganjil. Contoh nya malam ni, malam yg ke-25 ramadhan.
Bermula nya malam lailatul qadar itu ialah, ketika masuk nya senja iaitu waktu maghrib sampailah subuh hari. Detik yang dipanggil lailatul qadar pula ketika semua malaikat turun untuk menyaksikan para hamba2 Allah yang tekun menunaikan ibadah.

Macam mana nak tahu malam Lailatul Qadar?

Antara tanda2 nya ialah:
1)Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

2) Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh radliyallahu’anhu pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh bulatan.” (HR. Muslim)

3) Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadis hasan)

4) Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi
wa sallam bersabda:Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan”

Boleh ingat tak semua tanda2 tu.. kekadang kita tak perasan. sibuk dengan urusan dunia je. Lagi2 lah dah dekat nak raya ni. Terawih pun dah malas nak pergi. Yang paling parah, Siang hari berpuasa, malam pi terawih... tapi lepas terawih pi clubbing pulak. kehkehkeh.. jangan ingat tak de orang buat, dunia akhir zaman ni. Macam2 ada..

Ada soalan yg menarik diutarakn oleh penonton: bagaimana seorang wanita yg didatangi haid nak beribadah di malam lailatul qadar?

Melihat senyuman ahli panel, aku pun turut tersenyum. Jawab nya, macam2 kita boleh buat. Bukan setakat solat dan puasa je. Selain berwirid dan berzikir, memasak untuk suami, mengemas meja lepas makan, membasuh pinggan mangkuk juga satu ibadah.

Pengertian Ibadah? Apa itu ibadah. Yang aku terap kan dalam diri aku selama ini ibadah itu adalah segala benda kebaikan yang aku lakukan dgn ikhlas kerana Allah (untuk mendapat keredhaan NYA), hatta walaupun dengan sebuah senyuman. Senyum tu kan sedekah. kehkehkeh...

Tujuan kita dihidupkan dimuka bumi ini pun semata2 untuk beribadah. Menjadi Khalifah. Besar tau tanggungjawab, dont play2 eh. HIngga tak ada satu apa pun kat dunia ni sanggup menggalas tanggungjawab ni melainkan manusia. Tapi apa yg kita buat selama ni... maksiat disana-sini, membinasa kan diri sendiri, kufur akan nikmat Tuhan. Bukan mengata sesiapa, ini ditujukan utk diri aku sendiri. Solat yg lima waktu tu, kalau aku dapat buat 3 waktu pun aku rasa dah ok lah tu. Tuhan paham, aku penat.. (jgn ikut perangai aku tau)

REMINDER: Perlu ditegaskan bahawa ibadah dalam Islam tidak hanya menjurus kepada syiar ibadat sahaja , bahkan ianya juga merangkumi sama aspek ekonomi , pergaulan , sosial , politik , kebudayaan , budaya hidup dan sebagainya sejajar dengan ciri-ciri keistimewaan Islam yang bersifat syumul dan universal . Dengan ini , apa-apa sahaja gerak geri dan tindakan seseorang muslim di dalam kehidupan seharian tidak dapat lari dari pengertian ibadah kepada Allah taala . Lebih-lebih lagi , Islam itu sendiri sudah pun merupakan satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

Ingat tau pesanan cikgu ni. hehe.. isi lah saki baki ramadhan yg ada ni dgn ibadah yg seikhlas hati, baru terasa kemanisan nya. InsaAllah...