BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Sabtu, 28 Ogos 2010

Bermula disini...

Alhamdulillah, tiada kata2 yang lebih sesuai mengambarkan kegembiraan aku tika ini. Rutin aku pada hari ni bermula dengan membawa Awisy bersiar2 di sekeliling kawasan flet. Aku biarkan dia bebas berjalan dengan riang. Aku hanya mengikuti nya dari belakang sambil memantau gerak geri dia. Bertambah suka lah dia bila berjumpa dengan 3 ekor anak kucing yang comel2 di dalam carton box kat bus stop. Kemungkinan anak kucing tu di buang orang. Suara anak2 kucing yang nyaring tu begitu menarik perhatian dia. Aku biarkan dia mengusap anak2 kucing tu. Biar dia mempunyai rasa belas kasihan pada binatang bila dewasa nanti.
Pas tu, aku biarkan dia bebas berjalan lagi. Dia menghampiri pokok2 bunga yang ditanam di tepi2 rumah penghuni flet yang lain. " tu,tu,tu... riuh mulut nya sambil jari telunjuk nya menunjuk pokok2 kat situ. Tapi kalau nak tahu, Awisy sebenar nya takut dgn pokok2. kehkehkeh... Aku terus dukung dia dan dekat kan dia dgn pokok2 tu. Mengelupur dia. Kuat betul dia peluk aku.
Pas tu dia dah tak nak jalan2 lagi. Mungkin dah penat gak nya. Aku terus dukung dia dan bawak dia pi tepi laut. Tengok orang2 laut meniaga kat tepi jalan. Aku turun kan dia untuk biarkan dia bebas berjalan. Tapi dia tak nak, dah sedap di dukung gak nya. Hampir 10-15 minit jugak kitaorang kat situ. Bila sampai dirumah, aku terus buatkan susu untuk Awisy. Lepas habis susu 4 auns tu, terus dia tido.
Sekitar pukul 2 ptg, laki aku balik. Aku pun terus siap2 pas tu siap kan Awisy. Petang ni kitaorang nak berbuka puasa kat rumah Kak Fidah (akak ipar aku). Tapi sebelum tu, aku ada misi penting untuk diselesaikan. Aku bercadang untuk mengunjungi kedai Sahabat Rozel di Bandar Baru Uda. Hari ni bermula lah perjalanan hidup aku sebagai seorang "business woman".
Hari ni aku dah mendaftarkan diri sebagai stokis barang2 keluaran syarikat HIRAQ MARKETING & TRADING (M) SDN BHD. Terdapat pelbagai produk dari keluaran syarikat ni untuk kegunaan kita seharian. Produk nya yang pelbagai sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur. Selain tu, tujuan aku memilih produk keluaran syarikat HIRAQ ni sebab, produk2 nya dirumuskan daripada bahan2 yang menjadi sunnah dan disyorkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W sendiri. Yang sudah tentunya HALAL dan tak perlu diragui lagi. Selain berniaga untuk menambah pendapatan, aku juga ingin mencari keberkatan dan menambah pahala dengan menyebarkan sunnah Rasulullah. Dan mereka yang menggunakan produk ini selain daripada mendapat manfaatnya, juga memperoleh keberkatan dan pahala kerana mengamalkan sunnah Rasulullah.
Dari pemerhatian aku, sekarang ni lambakan produk2 yang dipopular kan oleh barat mendominasi pasaran. Bila tengok label kat bahagian ingredients tu, mesti berkerut dahi. Satu hapah pun kita tak paham. Kalau paham pun adalah satu dua, tu pun was2. Status HALAL nya pulak boleh percaya ke. Bila dah terbongkar kat media cetak dan media massa barulah kita nak cakap "alamak! aku dah terpakai barang ni" (sambil tepuk dahi @ menggigit bibir @ tergaru2 kepala yang tak gatal). Dalam islam semuanya sudah jelas mana yang halal & haram. Tapi kita suka menyusah kan diri sendiri dgn menggunakan barang2 yang syubahah @ tak berapa pasti status halal-haram nya. So, jadi mulai hari ini, jom kita start buku baru! Kita gunakan produk yang berasas kan sunnah. Dapat manfaat dan secara tak langsung dapat pahala. InsaAllah...
Dari masa ke semasa, aku akan update blog ni untuk mempromosikan pelbagai produk. Belian boleh dibeli secara online dan barang akan dihantar dengan courier. Mudah kan, tak payah nak pergi kedai membazir masa dan duit minyak. Pas tu terpaksa menempuh jalan jammed. Arghh.. tension nya! Sekarang ni cuma duduk depan komputer je. Bagi nama, no contact & address pas tu bank in kan duit (lagi senang kalau u all buat online banking. Sok lusa aku pun nak buat jugak) then tunggu barang sampai dalam masa 1-2 hari. Tapi semua tu mesti berdasarkan kepercayaan. Trust me ok!
Aku harap ALLAH memberkati nawaitu aku ni dan berharap semua nya berjalan dgn lancar. Amin... InsaAllah.