BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 27 Ogos 2010

Haruskah...

Hmm, bulan depan 17/09/10, genap 8 tahun aku keje kat Effa Forwarding. Kalau buah2an tu selalu nya makin masak, makin manis. Tapi ntah lah, lately aku rasa kemanisan nya dah tak ada. Rasa nya macam sebelah kaki aku ni, dah kuar dari Effa. Bos pun ada cabar kitaorang hari tu, "sape yang nak berhenti, berhenti lah... silakan". Tak lama kemudian Mail berhenti, sebulan kemudian Ogy berhenti.
Sepanjang aku keje kat Effa, aku perhati kan staff Effa ni asik lah bertukar ganti. Dalam setahun tu adalah 3-4 orang yang kuar-masuk. Staff cuma ada 6 orang je. Minggu ni Ezwan teruk kena marah. Dua hari berturut2 dia datang lambat. Hari yang kedua, memang hari yang malang untuk dia. Tanpa menghiraukan customer yang ada, memang akak sembur dia cukup2. Aku pun terkejut jugak, selalu nya akak masih boleh consider lagi. Dari penilaian aku, rasa nya akak dah tak ada perlukan perkhidmatan dia. Tapi mungkin ada lagi belas kasihan, maklum lah nak raya. Banyak nak pakai duit. Memang malang lah kalau kena buang keje, dekat2 nak raya ni.
Tapi kemarahan akak berlarut2 kat semua orang termasuk aku pun kena tempias dia. Dan aku paling tak suka kalau orang ugut2 aku. Macam aku tak boleh cari rezeki kat tempat lain.
Mungkin aku tak berapa berani nak buat keputusan untuk undur diri dari Effa. Atau mungkin sekarang ni, time aku tengah marah, jadi emosi mempengaruhi fikiran. Suara hati aku cakap, "alah, biasalah bos marah. Untuk kebaikan. Mana ada bos tak marah. Keje kat mana2 pun sama je.." Tapi HARUS KAH seorang bos wanita memakai tudung, bergelaran hajah, pi umrah pun sudah, sangat2 menjaga waktu solat nya (selama ni aku tgok, bila masuk waktu solat, dia terus solat) memarahi orang dengan cara memaki dan menghina. Seolah kita ni berharap sangat makan dari dia. "akak, untuk pengetahuan akak. Segala kekayaan akak tu pun hasil dari titik peluh kitaorang yang bodoh & lembap ni. Boleh ke akak yang konon nya pandai ni, buat keje sorang2 kat opis tu tanpa pekerja. Kalau panggil anak-beranak keje pun bole ke sama macam kitaorang yang bodoh & lembap ni buat keje. Nak ke diaorang tu dengar cakap akak, melaporkan segala yang terkini dan boleh terima segala caci maki akak tu. Boleh ke diaorang tu jadi pekerja yang jujur,ikhlas & amanah macam akak nak.. boleh ke. Kalau akak cakap hati akak luka, kitaorang ni tak ada hati & perasaan ke. Kalau akak tu bagus sangat, kenapa pekerja akak semua nya berhenti! Seorang bos yang baik akan menganggap pekerja itu, sebagai asset yang perlu dihargai.
Lately, apa yang aku nampak dia dah tak sharp macam dulu lagi. Yang paling ketara, sifat pelupa dia. Biasa lah tu, hukum karma. Kalau hari ni kita mengata orang, esok lusa kena kat kita balik. What u give, u get back! Tapi yang paling menyakitkan hati perangai dia yang suka: sekarang cakap lain, pas tu kang cakap lain. Pas tu dia nak angin pulak kan. Memang aku menyirap sangat, sebab aku dah banyak kali terkena. Ina yang tak pernah marah pun dah pandai merungut skang dengan perangai akak.
Haruskah aku berhenti.. What do you think?!
Dah bulat ke hati aku ni dengan keputusan aku. Meninggalkan kawan2 terumbang-ambing. Arghh.. Biar lah, bos kan banyak duit. Boleh amik pekerja lain.
Aku nak teruskan dengan bisnes on line aku tu. Kena kerja keras sket untuk cari pelanggan. Tak apa lah, aku harus yakin. Dan jangan lupa berdoa pada tuhan.
Yaa Razaaq, tuhan yang memberi rezeki. KAU murah kan lah rezeki lagi yang berkecukupan bagi kami, demi untuk membesarkan anak kami dengan sebaik mungkin. Amin ya rabbal alamin