BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Rabu, 25 Ogos 2010

Bersama Mu Palestin...

Sungguh Ironi, lepas aku buat catatan kat blog ni pasal kesuraman sambutan hari kemerdekaan tahun ni, esok nya kuar pulak kat Buletin Utama pasal topik ni. Sanggup pulak wartawan tu berdiri panas2 kat atas jejantas untuk mengira kenderaan persendirian yang ada membawa Jalur Gemilang. Sangat menyedihkan, setelah hampir sejam, statistik menunjukan tak ada satu pun kenderaan persendirian yang membawa Jalur Gemilang. Ditakuti rakyat negara kita dah kurang semangat patriotik. Cuma mengharapkan bendera percuma, baru nak tampal kat kenderaan.

Tersayat hati aku ni lepas tengok citer Bersama Mu Palestin kat TV3 tadi. Betapa daif nya kehidupan pelarian2 Palestin di khemah Sabra-shatila di Beirut, Lubnan. Melihat makanan yang diaorang makan, tersentuh hati aku. Teringat pulak yang selama ni, ringan je tangan menguis lebihan makanan kat pinggan masuk ke dalam tong sampah. Aku bersyukur sangat kerana dilahirkan sebagai warganegara Malaysia. Orang yang bukan warganegara berpusu2 pindah masuk Malaysia (aku kan kerja company forwarding. Tiap minggu, paling kurang pun satu shipment barang pindah. Warganegara Singapore pindah masuk Malaysia, tak tahan dengan tekanan ekonomi kat sana. Diaorang cakap kat sana semua nya nak pakai duit).

Laki aku pulak memberi satu cadangan yang aku rasa dah beberapa kali aku dengar tapi aku tak ambil endah je. Dia cakap, tak boleh ke kalau semua negara kat dunia ni bersatu untuk perang Israel. Mesti dia kalah kan.. Cakap memang senang, bunyi nya pun macam mudah je. Tapi nak buat semua tu, bukan lah semudah memetik jari. Pappp, dah jadi. Kau pikir ini silap mata... Bangsa2 arab yang terdekat pun tak bersatu untuk membantu. ntah lah its too complicated. Apa yang aku tahu semua nya sudah dijelaskan di dalam Al-Quran tentang kebongkak kan orang2 yahudi.
Ekonomi dunia tengah meleset, Amerika negara yang konon nya gah sangat tu pun turut terjejas. Kebuluran di sana-sini. Kalau rakyat kat negara lain mati coz tak makan, tapi kita kat sini mati sebab banyak makan (kebanyakan punca penyakit disebab kan mengambil sesuatu makanan secara berlebihan). Ni sekarang ni, aku tengah memantau suami aku yang rajin sangat minum air berkarbonat. Pas makan nasi pun minum air gas. Botol besar saiz 1.5l tu, dia sorang yang balun (aku memang tak minat air gas-gas ni). Aku cakap dengan dia, kalau rasa nak kena potong kaki muda2 ni, amal kan lah selalu.

Awisy pulak, susah sangat nak kasi makan. Habit dia: dia akan luah kan balik apa yang dia dah masuk kan dalam mulut. Tak pun dia akan korek menggunakan jari dia. Bertuah nya kalau dapat suapkan dia dalam 5 sudu kecil tu (tu pun kat hujung2 sudu je). Untung nye dia, dia kuat minum susu. 4 auns dalam 1-1 jam setengah. Masih pakai botol kecik yang utk saiz 4 auns punya. Aku dah try tukar pakai botol susu yang besar. Aku buat 6 auns, tapi dia tetap minum 4 auns jugak. Dia akan tinggalkan balance lagi 2 auns (bijak2 budak ni.. hehe). Sekarang ni dia dah pandai merajuk bila kita marah dia. Jalan pun dah makin laju, berlenggang macam penguin kehkehkeh..
Fokus aku skang ni adalah, kerja keras untuk masa depan kitaorang. Adalah 1-2 idea untuk aku set up bisnes. Ingat nak buat bisnes on line. Awal2 lagi, laki aku dah condem aku. Dia cakap boleh jalan ke bisnes ni, ada ke orang nak beli.. memang kena tiau balik lah dengan aku. Bukan nye nak bagi semangat & dorongan. InsaAllah, kita usaha dan minta Tuhan tunjuk kan jalan. Usaha, Doa & Tawakal..

Atleast kita buat sesuatu, daripada kita tak buat apa. Tu lah yang aku pelajari masa pi motivasi dulu. Dia cakap, jangan takut untuk gagal, kerana kita belajar daripada kegagalan. Lagi pun tak kan kita nak kat takuk lama je. Lagi dua tahun umur aku nak menginjak ke 30an. So, aku mesti bersedia dan lakukan sesuatu (anjakan paradigma).
Barulah berkesan hidup kita ni. Aku berazam untuk berikan Awisy yang terbaik dan menghargai detik2 bersama nya.