BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 20 Ogos 2010

salam kemerdekaan...

Syukur Alhamdulillah, dah masuk hari ke-10 Ramadhan, that's mean dah 10 hari kita berpuasa: pada sesape yang berpuasa lah ye ;)
Persiapan untuk menyambut raya pun dah makin terasa, hingga mengaburi sambutan hari kemerdekaan. Tahun ni aku macam tak terasa sangat bahang sambutan hari kemerdekaan. Bila aku suara kan keraguan aku ni kat laki aku, respond dia "alah, awal lagi. baru berapa haribulan.." berkerut dahi aku, tak ada jawapan.. ntah lah, mukin hari kemerdekaan tak termasuk dalam senarai yang perlu di beri perhatian agak nya (coz, tak melibat kan bajet). Tapi bagi aku pulak, ia termasuk dalam senarai penting aku coz ia melibat kan cuti dan juga duit(kalau kena kerje time public holiday, bos akan bayar ot triple beb). What ever lah, family come first. Kita cari duit pun untuk keluarga kan, untuk Awisy yang comei tu, muakhss. Dah tido dah si comei tu zzzz
Berbalik pada sambutan hari kemerdekaan yang tak berapa nak meriah pada mata aku ni: sebab aku cakap macam tu kerana mungkin keadaan kawasan persekitaran aku yang tak ada tanda-tanda nak celebrate hari merdeka (bazar ramadhan kat bawah blok pun tak berapa meriah, mungkin ekonomi gawat gak nye. semua orang safe bajet). Selalu nye time2 cam gini banyak orang dah tampal bendera kat kenderaan masing2. Bendera jalur gemilang pun banyak berkibar kat tepi jalan. Promo2 @ iklan hari kemerdekaan banyak kat tv @ radio. Tapi tahun ni cam tak happening je.
Dah 53 tahun kita merdeka, tapi dari apa yang aku amati tidak semua rakyat malaysia dapat merasa kesenangan sekurang-kurang nya mengecapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih (jika boleh di panggil air bersih, sesungguh nya aku memang fed up giler dengan bekalan air kat kawasan rumah aku ni. Aku sanggup bawa setengah dozen botol air mineral 1.5L yang kosong untuk membeli air dari vending machine Dr Sukida. Becoz aku tak sanggup nak bagi Awisy minum air kuning karat yang keluar dari pili paip tu. Please upgrade sket perkhidmatan tu SAJ. Orang komplen pun cam tak ada makna je.) Trust me, masih ada lagi kawasan yang belum ada perkhidmatan bekalan air bersih,bekalan elektrik,jalan berturap tar... kesian kan. Alhamdulillah, aku tengok kampung aku tu ada kemajuan sket, walau pun ada lagi ala2 koboi dia tu.
Pas tu gejala sosial makin menjadi2.. buang bayi sesuka hati je macam sampah. Macam tisu yang dah di pakai pas tu di buang masuk dalam lubang tandas. Sengal betol! Common lah, merdeka kan jiwa kita dari tipu daya syaitan. Sempena bulan Ramadhan yang suci ni, suci kan lah hati dan nurani. Dia juga berhak hidup di atas muka bumi ni. Menghirup udara percuma kurniaan tuhan, menikmati panas nya terik matahari & sejuk nya air hujan. Jangan lah dia di hukum kerana kesalahan diri sendiri. Kasihani lah dia, tak terusik kah nurani keibuan mendengar tangisan nya.
Kasihani lah dia... ;(
Hari ni, aku dah beli broadband aku sendiri. Selalunya aku curi2 masa untuk melayari internet kat opis. Skang kat rumah, pas Awisy tidur aku boleh spend masa untuk up dated blog aku ni.
Dengan duit sket yang aku ada ni, aku ingat nak buat modal untuk start bisnes on line. Aku dah survey beberapa brand, tapi belum ada respond lagi. Tapi tak apa, dont u ever give up until u succeed. Maklum lah, bukan senang nak senang kan. Demi Awisy, mama akan kerja keras sayang. Aku ralat sangat sebab tak dapat bawa Awisy pi specialist untuk rawatan susulan coz laki aku tak ada bajet. Aku rasa hina nya. Hina sangat... Itu pun aku tak boleh buat. Nak hantar anak sakit untuk rawatan yang terbaik pun aku tak boleh buat. Aku teringat cerita yang dilakon kan oleh Rosyam Nor bulan lepas: bagaimana seorang ayah sanggup melakukan perlbagai jenis kerja demi untuk memenuhi permintaan anak nya (becoz dia trauma bila isteri dia yang masa tu sakit teringin nak makan kek, tapi dia tak ada duit nak beli. Terpaksa tunggu gaji. Tapi pada hari dia belikan kek tu, isteri dia dah meninggal. Dan kek tu pulak terjatuh kat bawah tangga) Kesian tau sorb sorb.. sedih nya.
That's why aku bertekad untuk do something. Aku tak nak terus berada dalam keadaan ini. Anak tu anugerah ALLAH, kalau kita tak menjaga nya dengan baik, aku takut tuhan ambil balik nanti. Macam2 benda ada dalam kepala otak aku ni.. strategi untuk meneruskan kelangsungan hidup.. Tawakal ilalallah..