BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 13 Ogos 2010

i'm sorry sayang..

Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari keempat Ramadhan. Memang lesu sket badan ni, coz aku kena demam selsema. Jangkit Awisy lah ni. Genap seminggu Awisy kuar Hospital, tapi sakit dia tak baik2. Batuk dengan selsema dia makin menjadi2 pulak. Geram tengok hingus dia meleleh, bila aku nak kesat, meronta-ronta pulak dia.. :)
Aku seboleh-boleh nye tak nak sampai dia masuk wad lagi. Aku trauma tengok dia kena amik darah masa 1st time dia masuk wad coz demam panas dua bulan lepas. Renungan mata nye yang tertancap ke arah mata ku (bagai meminta simpati & menggambar kan kesakitan) dan raungan suara nye (sampai serak) memang aku tak boleh lupa sampai sekarang. Tapi dah seminggu lebih dia demam, pi hospital gomen diaorang bagi ubat je. Dah dua hari makan ubat pun tak baik jugak ,and one day tu bila dia balik dari rumah mak mentua aku, badan dia panas sangat. Sampai je rumah, dia terus peluk kaki aku nak intak dukung. Aku yang masa tu baru keluar dari bilik air (baru pas mandi) panik sket, coz macam mana nak pakai baju ni coz dia tak nak lepas kan aku. Dia menangis je, mungkin nak mengadu. Terasa bahang panas badan dia. Bila aku cium dahi dia, tersentak aku. Terdetik pulak kat hati "apsal panas sangat badan dia ni". Masa tu hawa mulut dia pun busuk. Hiba betul hati aku tengok juraian air mata dia, lagi pun kulit dia putih, so bila dia menangis muka dia jadi merah.
Esok nye aku pakat dengan laki aku, kitaorang kerja amik half day. Lepas lunch kitaorang bawak dia pi specialist. Thanks to dr Ismail Haron (pakar puteri) kerana merawat anak saya dengan baik : full of etique. Dia tunjuk kan kat kitaorang betapa banyak nye ulser kat tekak Awisy (area anak tekak) tu yang dia tak selera nak minum susu and hawa mulut dia jadi busuk. No wonder lah dia demam panas semalam. Pas tu 3 hari lah kitaorang dok wad, amik kau!
Tapi yang menjadi masalah aku skang ni, aku suspek Awisy batuk sebab pertukaran susu. Bila aku tukar susu dia ke langkah 3 (coz dia dah masuk 1 tahun) dia stat batuk2. Anak opismate aku yang minum susu sama dgn Awisy pun batuk2. Tapi Awisy dah minum susu tu (dari brand yg sama) dari langkah 1 lagi. Tak tahu lah nak tukar susu apa pulak. Bagi susu kambing kang baru tau, kehkehkeh...
Hopefully anak mama get well soon. hepi and aktiv selalu.. muakhss