BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Isnin, 2 Ogos 2010

Advise paling bodoh...

Demam Awisy tak kebah lagi, masuk hari ni dah 6 hari. Pagi tadi, masa dia bangun, sampai tersentak aku macam terkena karen masa cium dahi dia. Panass.. malam tadi kitaorang dah pi hospital coz ubat demam pun dah abis lagi pun laki aku risau demam dia tak baik2. Bila kasi ubat, panas dia reda, pas tu kang panas balik...

Dah lah menunggu kat ruang legar tu lama, bila dapat jumpa doktor, menyakitkan hati pulak.
Aku tau lah doktor pun manusia biasa jugak, tapi ingat lah sket awak tu golongan profesional (konon2 nye lah), dan lagi pun kan time keje. Kalau awak tak berminat nak layan pesakit kenapa pilih profesion doktor sebagai kerjaya. Kalau nak keje relaks2 je, baik jadi pak guard..
Bila aku duduk je (Awisy aku pangku) dia tanye "sakit ape" dengar nada suara dgn reaksi muka dia je, aku dah rasa semacam. "demam" aku jawab. "dah berapa hari". Aku jawab lah "dari hari khamis".. "iyelah, dah berapa hari"... aku terus membilang hari, dari hari khamis sampai hari senin kuat2 (dlm hati aku, ek eh doktor ni kurang asam betol..) Then aku explain kat dia yang Awisy demam, panas dia berulang2, dia tanye "dok kat kawasan denggi ke" aku berfikir sejenak, then aku mengiyakan bila aku teringat banner yang di gantung dekat dgn flat aku "KAWASAN ANDA, ADALAH KAWASAN DENGGI" (lebih kurang cam tu lah). "Ada orang sembur nyamuk ke?" aku berfikir lagi, cuma mengingat kembali.. 2-3 minggu lepas masa aku balik keje macam ada bau asap sembur nyamuk tu. aku pun jawab lah "ada, tapi sejak kebelakangan ni tak de"..
"ada ke, tak de".. dia menekan aku. Aku mengulang kembali jawapan tadi.. "ada dengar orang kena denggi tak" lagi sekali dahi aku berkerut, cuba mengingat... "tak de pulak"
Pas tu dia pun check Awisy lebih kurang. Then aku mengadu dgn dia pasal Awisy selalu menampar cuping telinga dia, and malam sebelum nye dia menangis meraung-raung bila aku korek telinga dia. Nak tau apa reaksi dia "siapa suruh awak korek".. dengan nada suara yang betol2 menjengkelkan pendengaran aku ni, aku yang daripada tadi memang dah menyirap, terus macam kucing menerkam tikus lah. Punggung ni memang dah tak melekat kat kerusi lagi. Mulut aku ni memang dah macam mesin gun yang memuntahkan peluru bertalu-talu. suara aku pun dah high pitch "abis tak kan nak biar aje taik telinga anak saya terkeluar-keluar" dia pun jawab "biar kan aje lah, sebab normally taik telinga akan keluar sendiri. bila dengar je jawapan dari mulut doktor tu, makin terbuntang biji mata aku ni. "doktor, seumur idup saya ni, ni lah baru first time seorang doktor advise kat saya jangan korek telinga sebab taik telinga akan keluar sendiri" dengan selamba dia menjawab "terpulang kalau awak nak dengar cakap saya ke tidak, nanti kalau telinga anak awak dah luka, awak datang sini jugak" cepat2 aku menjawab, "doktor, saya cakap sebab ada reason. selalunye anak saya kalau saya korek telinga dia, dia ok je. Ada pernah tu sampai tertidur, so bila semalam saya korek telinga dia, dia menangis meraung2, mesti lah ada something wrong. Thats why saya mintak tolong doktor, tolong check kan telinga anak saya ni".. dengan nak tak nak baru lah dia bangun "ok, sini lah.."
arghhhhh, kan bagus kalau dari tadi dia check telinga anak aku. Tak payah lah aku nak argue panjang2. Bukan nye kitaorang saje2 nak datang buang masa dia. kitaorang pun penat balik keje terkejar2 ke sana sini, menunggu giliran (berjam-jam), penat berdiri (coz seat menunggu semua nye dah penuh) dengan karenah Awisy lagi..
Kitaorang ni bukan nye orang kampung hulu, tak tau ape. Main hentam buta je... sekarang zaman IT lah, Ilmu di hujung jari.
Kerja tu satu Ibadah, cuba buat keje dgn ikhlas. Barulah rezeki pun berkat..