BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Selasa, 26 Oktober 2010

Kesian Kat Negara Jiran kita...

salam..
Hari ni bila baca tajuk berita kat Berita Harian OnLine; Tsunami Indonesia; 112 maut, 502 masih hilang. Macam-macam berlegar kat kepala otak aku ni.
Tak putus-putus bencana melanda negara jiran kita yang satu ni. Semua nya yg dasat2 pulak tu. Semua nya menarik perhatian mata dunia.
Dpd kemusnahan akibat bencana alam hingga lh kepada kemusnahan akibat perilaku manusia; lebih di sifatkan kpd terrorist. Ironi nya serangan-serangan terrorist tu pulak master mind nya adalah warga Malaysia. Berjuang atas nama jihad di jalan Allah kata nya. Malu pd masyarakat dunia bila islam dikecam agama pengganas. Jangan babit kan nama Allah utk buat kejahatan. Islam agama yg suci penuh kedamaian ;)


Banjir di Kota Tinggi 2007

Kesimpulan nya; Malaysia dan Indonesia memang senang di ajak kolaborasi, tp senang jugak utk di jadi bahan konfrontasi. Tak paham sgt dgn perangai manusia yg suka kan konfrontasi. Mungkin kerana aku ni miliki jiwa yg damai. Tapi jgn di sangka sedamai air di lautan tiada bahanya, tsunami telah membukti kan nya. Habis Banda aceh telah di sapu bersih. Masya Allah.. masih terasa sebak di dada bila mengingat kembali gambar-gambar yg ku lihat sama ada di tv atau di akhbar. Begitu besar kuasa Allah, hingga beberapa tempat di semenanjung Malaysia juga terkena tempias nya. Tu baru sket je. Baru warning kot! Banjir besar yg melanda Kota Tinggi pun apa kurang nya. Siap ada 1st wave, 2nd wave pulak. Hingga tak tercapai akal ku. Macam mana air boleh naik meninggi hingga menenggelam kan deretan kedai-kedai di bandar Kota Tinggi.. Tiada yang mustahil bagi Allah ;)

Berbalik kepada tsunami yg melanda Indonesia semalam; dikatakan kadar kematian mencecah seramai 112 orang dan seramai 500 orang masih hilang tak dapat dikesan. Tsunami yg terhasil dpd impak gempa bumi bermagnitud 7.7 skala ritcher yg melanda kepulauan Mentawai, Barat Sumatera isnin lalu membentuk ombak setinggi 3 meter memusnahkan 10 perkampungan di negara itu. Pihak berkuasa Indonesia berkata, air memusnahkan kawasan darat sejauh 600 meter di bahagian selatan Pulau Pagai.

Minggu lepas negara kita diselubungi jerebu yg dasat. Hingga memaksa sekolah-sekolah di Muar di tutup kerana indeks udara yg tidak sihat. Udara beracun! hehe.. Bila aku pi keje kol 10 pg pun terasa mcm kol 7 pg. jalan nampak berkabus je.. Rasa nya mcm dh jadi acara tahunan pulak jerebu ni. akibat dpd kebakaran hutan yang tidak terkawal di negara seberang. Ada desas-desus dikata kan di dalangi oleh warga Malaysia juga; yg mengusahakan ladang2.

Malaysia & Indonesia memang tak boleh di pisah kan agak nya. Jujur aku akui, darah yg mengalir di tubuh ku ini juga campuran darah Indonesia. Arwah datuk aku asal nya dari Jawa, Ponorogo. Malah, beberapa tahun lepas, ada saudara mara sebelah atuk aku yg menjejak kami utk mengerat kan silaturrahim. So sweet.. ;)

Gunung Berapi Merapi

Dalam masa yg sama, Gunung Berapi Merapi juga telah memuntah kan lava nya. Kini korban di jangka telah mencapai 25 orang. Merapi maksud nya Gunung Api di dlm bahasa Indonesia. aku kesian kan meraka-meraka yg tidak berdosa. Kanak-kanak dan orang tua. Makin ramai lh kanak-kanak yg akan menjadi yatim piatu, atau bertambah lah wanita yg menjadi balu.

Keadaan ekonomi dunia makin kacau. Harga barangan makin naik, tak setimpal dgn pendapatan. Yang kaya terus kaya, yang si miskin hidup merana. Kesusahan dan kesempitan hidup menjadi kan mereka sanggup meninggalkan tanah air dan keluarga tercinta demi menyuap nasi ke mulut-mulut yg semesti nya menjadi kewajipan.

Setiap orang mempunyai jalan nya sendiri. Jalan sukar atau mungkin kita seorang yg bernasib baik melalui jalan yg mudah utk mencapai kesenangan. Semua nya sudah tertulis di Loh Mahfuz. Dalam kita berusaha jgn lupa utk menggantung kan harapan kepada yg Maha Esa.

DIA sentiasa ada, Maha Mendengar akan segala keluh kesah hamba Nya. Janji Nya amat pasti. Yakin pasti... ;)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan