BELI PRODUK HIRAQ SECARA ONLINE. TIADA CAJ PENGHANTARAN!

Jumaat, 24 September 2010

Buah Kurma; Kurniaan Terbaik dari Ilahi


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.


KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya:" Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan- santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala.


KHASIAT KURMA

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah saw kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.

Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin.Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional. Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.

Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

KHASIAT DAN KEBAIKAN KURMA UNTUK KANAK-KANAK

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

zat besi dan kalsium baik sebagai sumber tenaga, terutama untuk ibu mengandung, selepas bersalin dan menambahkan kandungan susu ibu. Ia juga berperanan dalam membantu pembesaran kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

Hiraq Marketing & Trading telah mengadun makanan2 pilihan para rasul; ekstrak kurma,madu,goji, buah tin, minyak habbatus sauda, minyak zaitun, rozel, gingko, kismis untuk menjadikan makanan penguat minda bagi kanak2.


KHASIAT HIRAQ WILDAN
DATES HERBAL ESSENCE WITH GOJI FOR KIDS, 300ml
SEM: RM 59.90
S/S: RM 69.90
TIADA CAJ PENGHANTARAN
(untuk kanak2 berumur 1-12 tahun)

Untuk kaum adam pulak, Hiraq Marketing & Trading telah mengeluarkan produk yang boleh meningkatkan tenaga dalaman dan luaran. Produk yg mengandungi ekstrak kurma, madu, moca, za'faran, ashwaganda, tongkat ali, ubi jaga dan habbatus sauda ini diyakini memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin, membantu mengatasi penyakit dalaman dan luaran sperti batuk dan asma, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah tidur malam, membuang angin yg berkumpul dlm perut, membantu mengurangi risiko diabetis, dan juga mencerdaskan minda.

QHAWWI MOCA + ZA'FARAN
KURMA HERBAL ESSENCE, 300ml
SEM: RM 59.90
S/S: RM 69.90
(TIADA CAJ PENGHANTARAN)
2 SUDU BESAR SEKALI SEBELUM SARAPAN

Untuk meningkatkan kesihatan dalaman dan menambahkan kecantikkan wanita, Hiraq Marketing & Trading telah merumuskan pelbagai makanan terbaik dunia untuk kegunaan para wanita; ekstrak kurma, madu, guarana, za'faran, akar serapat, manjakani, kacip fatimah, mirifica, kolagen dan herba terpilih. Produk ini diyakini dapat mengatasi pelbagai masalah kesihatan wanita antara nya; masalah senggugut dan keputihan, menguatkan otot dalaman dan merapatkan faraj wanita, mengecutkan rahim dan menguatkan sistem kemutan, meningkatkan tenaga seksual dan memberi kesan positif kpd pasangan semasa hubungan kelamin, mencantikkan kulit menaikkan seri wajah dan menegangkan payudara,membuang angin di dlm perut, membaik pulih kelesuan dan mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia).


HIRAQ KARMILA GUARANA + ZA'FARAN
KURMA HERBAL ESSENCE, 300ml
SEM: RM 59.90
S/S: RM 69.90
(TIADA CAJ PENGHANTARAN)
2 SUDU BESAR SEKALI SEHARI SEBELUM SARAPAN
*TIDAK PERLU DIMINIUM KETIKA DATANG HAID @ SEDANG HAMIL

Khamis, 23 September 2010

FIQ MENTOR - MANIFESTASI CINTA(MIRWANA)

Aizat Amdan - Sungai Lui ( HQ Audio )

Za'faran Makanan Penguat Minda




Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:


"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


Klasifikasi Saintifik

Nama saintifik : saffron crocus

Alam : Tumbuhan

(unranked) : Angiosperms

(unranked) : Monocots

Order : Asparagales

Famili : Iridaceae

Sub Famili : Crocoideae

Genus : Crocus

Spesis : C.Sativus

Saffron ialah sejenis rempah yang diekstrak dari bunga saffron crocus, sejenis spesis crocus dari famili Iridaceae. Bunga C.sativus mempunyai 3 stigma, setiapnya dihujung distal carpel. Stigma ini dikeringkan dan lazimnya digunakapakai untuk masakan sebagai agen penambah rasa ataupun pewarna. Saffron, rempah termahal didunia dari segi berat, merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia barat.

Rasa pahit dan bau seakan iodoform ataupun jerami merupakan hasil dari bahan kimia procrocrocin dan safranal. Sejenis pewarna carotenoid, crocin, membuatkan saffron menghasilkan warna kuning keemasan pada makanan dan tekstil. Selain itu, saffron juga mempunyai kelebihan untuk tujuan perubatan.

Perkataan saffron berasal dari perkataan latin safranum yang dipetik dari perkataan lama Perancis, safran yang terdapat pada kurun ke-12. Perkataan latin safranum juga merupakan sumber kepada perkataan Itali zafferano dan Sepanyol azafran. Safranum merupakan perkataan yang dipinjam dari Bahas Parsi lama (za’feran) yang berasal dari perkataan Arab (), diilhamkan dari perkataan asfar yang bermaksud ‘kuning’.

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Bunga Saffron / Za'faran

  • Saffron / Za'faran / Kuma-kuma atau nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus merupakan bunga yang terwangi di dunia

  • Untuk mendapatkan 1kg Saffron / Za'faran kering, sebanyak 150,000 kuntum bunga Saffron diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan yang digelar sebagai "Longgok Emas Gurun Pasir" ini dianggap sebagai bunga yang paling mahal di dunia.

  • Tumbuhan yang dikenali dengan nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus ini memang terkenal dengan khasiat dan kegunaannya dalam bidang perubatan mahupun sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan serta di bidang kosmetik.

  • Kini, Saffron / Za'faran banyak ditanam di Iran, Barat Mediterranean (Sepanyol), sehingga ke India (Kashmir). Sepanyol dan Iran adalah negara pengeluar Saffron yang terbesar di dunia. Lebih daripada 80% keluaran Saffron dunia, iaitu kira-kira 300 tan setahun, datangnya dari negara-negara ini, terutamanya Iran.

  • Saffron / Za'faran yang kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin) boleh membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah, merawat penyakit saraf, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi dan turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.

  • Selain digunakan di dalam perubatan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti artritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya kalangan wanita menggunakan Saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan pengaliran darah.

  • Saffron / Za'faran adalah antara rempah yang unik kerana aromanya yang mengasyikkan dan kandungan warnanya yang boleh larut dalam air. Di negara-negara Asia, warna kuning yang dihasilkan dengan merendam filamen Saffron, dijadikan sebagai topeng muka untuk membuang jerawat dan ruam di muka kerabat diraja dan golongan bangsawan zaman dahulu.Saffron juga digunakan seperti bedak asas yang digunakan oleh wanita zaman sekarang. Ia bukan sahaja membuatkan kulit wanita bertambah lembut, namun ia juga membuatkan kulit mereka bertambah cerah.

  • Kandungan Saffron / Za'faran yang mempunyai kuasa penenang dan bahan penyembuh sakit kepala secara semulajadi menyebabkan ia telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil ‘Attar Za’faran (campuran Saffron dan Sandalwood) di negara-negara Timur Tengah. Bukan itu sahaja, Saffron juga turut digunakan sebagai bahan pewangi di dalam jenama minyak wangi antarabangsa yang lain.

    Za'faran atau pun saffron adalah antara bahan utama yg digunakan dlm produk keluaran HIRAQ MARKETING & TRADING.


    HIRAQ KARMILA GUARANA + ZA'FARAN

    KURMA HERBAL ESSENCE, 300ml

    SEM: RM 59.90

    S/S: RM 69.90

    (TIADA CAJ PENGHANTARAN)


Sabtu, 18 September 2010

Kenali Guarana dan khasiat nya



Asal-usul Guarana

Terdapat satu dongeng di kalangan orang asli yang tinggal di basin Amazon mengenai asal usul Guarana. Kononnya ada seorang budak lelaki yang cerdik dari suku kaum Maues. Budak ini seorang periang, baik hati dan disayangi oleh semua orang. Ini menimbulkan perasaan dengki di kalangan jin. Satu hari, ketika budak itu sedang memetik buah-buahan di lereng bukit seorang diri, jin menjelma sebagai seekor ular bisa lalu mematuk budak itu dan menimbuskannya. Kemudiannya beberapa jenis pokok rotan yang tidak dikenali terjumpa di kawasan itu. itulah Guarana yang bentuknya macam bentuk mata seperti yang ada sekarang ini.

Satu dongeng lagi mengesahkan tentang seorang budak perempuan dari suku kaum Cibi bernama Pakuna. Gadis ini berasal dari sebuah keluarga miskin dan terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia mati dipatuk ular bisa dan mayatnya dikebumikan di belakang hutan. Beberapa tahun kemudian, di kubur Pakuna tumbuh sejenis pokok rotan yang tidak dikenali dan mengeluarkan buah. Buah-buah itulah sekarang ini dipanggil Guarana yang digunakan untuk membantu meningkatkan kesihatan manusia.

Penemuan Guarana

Pada tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah yang sangat berkhasiat ini.

Selamat untuk dimakan

Jabatan FDA di Amerika Syarikat dan Institut Pasteur di Perancis telah mengesahkan Guarana sebagai makanan kesihatan semualajadi. Fakulti perubatan Universiti St Paul juga menbuktikan Guarana adalah bebas dari segala unsur-unsur racun. Analisa yang dibuat oleh Laerte dall’ Agnol, seorang ahli farmasi, ke atas kandungan Guarana mengesahkan Guarana adalah kaya dengan asid amino dan bebas dari segala unsur-unsur racun. Para pengguna diberi jaminan nikmat dan manfaat yang akan mereka perolehi menerusi pemakanan Guarana.


Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata. Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah timur bandar Manaus. Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA.


Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan

Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut:

1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat

· Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

2. memerangi Radikal Bebas

· Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel.

3. mengaktifkan sel-sel dan system saraf

· sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain.

4. memperbaiki system penghadaman

· Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

5. melindungi hati

· Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas.

6. menyegarkan

· asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan.

7. merendahkan kolesterol dan asid lemak

· guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

8. menguatkan system imun

· penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain.

9. awet muda

· Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

· Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.

· Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat.

10. air kencing

· tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

11. menguatkan keupayaan seks

· pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”

· beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

12. penjagaan kulit dan kosmetik

· guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin.

13. mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran

· tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

14. menghilangkan rasa lapar

· untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana.

15. menguatkan badan

· memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

Pada asasnya Guarana mempunyai 4 kegunaan yang utama:

1)Menghasilkan minuman berkarbonat

Tiga suku dariapda pengeluaran tahunan Guarana digunakan untuk menghasilkan minuman berkarbonet.Pengasingan ekstrak Guarana dari alcohol yang digemari ramai di Brazil. Pada tahun 1940, satu akta diluluskan mensyaratkan minuma Guarana mesti mengandungi sekurang-kurangnya 6% ekstrak Guarana.

2)Dikisar menjadi serbuk

Proses pengisaran Guarana adalah kompleks dan rumit. Dua hingga tiga bulan diperlukan untuk menyempurnakan proses pengisaran. Kaedah tradisional yang digunakan dan suasana alam sekitar yang unik seperti kelembapan dan keadaan cuaca yang hanya terdapat di Brasil melambatkan kerja pergisaran ini.

3)Perubatan

Disebabkan kekayaan kandungan asid amino, alkaloid dan Tanin, Guarana telah digunakan secara meluas dalam bidang penyembuhan dan perubatan.

4)Membuat barang-barang hiasan

Tukang ukir Maues menghasilkan pelbagai jenis hasil seni dari Guarana. Tetapi seni kreatif ini sekarang hampir pupus ditelan zaman.

Pilihan terbaik untuk anda

Produk Guarana boleh dimakan terus atau dijadikan perisa makanan, menghasilkan hidangan makanan yang lazat dan menyihatkan. Guarana adalah buah semulajadi yang boleh dicampur adukkan dengan makanan lain tanpa menyebabkan kesan sampingan. Juga tidak ada sebarang pantang larang dalam penggunaannya. Namun, apa yang penting ialah kandungan zatnya yang tidak musnah jika dimasak pada suhu yang tinggi. Selain daripada boleh dimakan, Guarana boleh juga digunakan untuk menyembuhkan luka luaran ataupun untuk kosmetik muka sendiri.

Kemujaraban Guarana yang menakjubkan ini memang benar tetapi selama ini terlindung di sebalik tabir basin Amazon yang mistik tanpa diketahui oleh dunia luar. Semua produk Guarana mengekalkan khasiatnya yang asli. Kerana itu Guarana adalah makanan sampingan yang mengandungi zat yang sangat tinggi dan amat berguna kepada manusia.

sumber: thanks to fazlisyam.com & www.sabah.com.my

Selain itu HIRAQ MARKETING & TRADING telah memberi anda pilihan yang terbaik diantara produk2 keluaran nya yang mengandungi GUARANA iaitu:

HIRAQ KARMILA GUARANA + ZA'FARAN

KURMA HERBAL ESSENCE, 300ml

SEM: RM 59.90

S/S: RM 69.90

(TIADA CAJ PENGHANTARAN)

Bahan2: Ekstrak Kurma, madu, guarana, za'faran, akar serapat, manjakani, kacip fatimah, mirifica, kolagen dan herba terpilih

Cara guna: 2 sudu besar sekali sehari sebelum sarapan. Ia tidak perlu diminum ketika datang haid atau wanita sedang hamil

Manfaat:

1)Meningkatkan kesihatan dalaman dan menambahkan kecantikkan wanita

2) Mengatasi masalah senggugut dan keputihan

3) Menguatkan otot dalaman dan merapatkan faraj wanita

4) Mengecutkan rahim dan menguatkan sistem kemutan

5) Meningkatkan tenaga seksual dan memberi kesan positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin

6) Mencantikkan kulit menaikkan seri wajah dan menegangkan payudara

7) Membaiki sistem peredaran haid dan meredakan senggugut dan masalah keputihan

8) Bertindak sebagai anti pengoksidaan, membuang angin di dalam perut, membaik pulih kelesuan dan mengatasi masalah sukar tidur malam (insomnia)

9) Membaik pulih kelesuan yang kronik

Untuk pesanan hubungi saya di: 014-6165379 / email kepada saya di sardinmaniac_sedap@yahoo.com. atau cari saya di facebook/darwisy aulia